Showing posts with label 'ilman nafi'an~. Show all posts
Showing posts with label 'ilman nafi'an~. Show all posts

Resepi Spageti Carbonara


Dah lama menyepi kan?
So wanie nak tampal resepi ni supaya tak hilang dari ingatan.



RESEPI SPAGETI CARBONARA (edisi tanpa prego)
Hampir lupa nak share resepi spegeti carbonara ni. Haha 
Ok esok cuti kan? Boleh la cuba.

Selalu yang makan ni baby baby. Contohnya macam wanie. .kahkahkah
Credit : Aqilah Kamarudin & siblings sebab diorang yang ajar.
BAHAN-BAHAN :
🍝 1 bungkus pasta ikut minat (wanie guna angel hair sebab dia halus senang nak kunyah "pemalas")
🍝 1 tin susu cair/sejat
🍝 1 kiub pati ayam
🍝 1 biji bawang holland
🍝 1 tin cendawan butang (optional, kalau tak nak pun takpe, tapi kalau ada memang sedap)
🍝 1 bungkus sosej/daging cincang/ayam cincang (optional tapi ni yang buat spegeti lagi sedap)
🍝 1 biji telur
🍝 sedikit margerin/minyak (merjerin lagi sedap)
🍝 1/2 sudu tepung jagung (bancuh siap² dalam cawan)


CARA-CARA :

Pasta :
1. Rebus pasta korang sampai kembang.
2. Toskan.
Basuh sikit spageti tu supaya hilang rasa wax tu.
P/s : kalau nak bagi pasta tu nampak lawa tak melekat antara satu sama lain, masukkan sedikit minyak masa rebus tu supaya dia terlerai. (biasa la adik-beradik kan suka sama²)


Carbonara :
1. Potong dadu bawang holland dan sosej/daging cincang/ ayam
2. Panaskan margerin/minyak, kemudian tumis bawang holland sehingga naik bau.
3. Masukkan kesemua susu sejat.
4. Masukkan kiub pati ayam bila susu sejat dah mula mendidih.
5. Masukkan sosej/daging/ayam tadi.
6. Dah nampak panas mendidih macam nak meletus tu (over haha), masukkan telur dan gaul jangan bagi lepas.
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung supaya kuah tu likat. (siapa yang nak rasa melayu sikit tak perlu pun tepung jagung ni sebab telur tadi pun dah bantu likatkan kuah)
8. Texture dah lawa, tutup api.
9. Hidang (letak la bunga-bunga sikit hahaha)


SELAMAT MENCUBA!!!!

Global Islamic Student Outreach : Kembara Mahabbah di Bumi Jember

Wakil sebahagian pelajar Fizik Gunaan menjelajah ke bumi Jember Indonesia pada 22-27 Ogos 2016.
Walaupun cerita ni dah sedikit basi, kita nak juga share sikit-sikit tentang aktiviti kami di sana. Tapi bukan hari ini. Nanti kannnnnn!!!
Nanti dah update boleh la klik link bawah-bawah ni tentang tempat yg kami kunjungi.
1. Juanda Airport, Surabaya
2. Universitas Jember
3. Dusun Sukorambi, Jember
4. Yayasan Az-zahra, Jember
5. Pantai Papuma, Jember
6. Gunung Bromo
7. Pesantren Darus Sholihin, Lumbang-Probolinggo
8. Monumen Tugu Pahlawan 10 November, Surabaya
Bagi kita masa sikit eh..hehe

Sabar (Make up Remover)



Aku rasa aku perlu tulis berjuta-juta-juta-juta-juta-juta-juta entry pasal sabar. Sebab kadang-kadang aku ni kurang sikit sabarnya. Lagi-lagi bila tengah stress. Tiba-tiba je nak menangis, nak marah orang. Kurang baca al-Quran letuuuu.. hehe Sedarrrr. Dulu masa umur aku dalam 8-12 tahun macam tu, ustazah tempat mengaji aku ada suruh amalkan satu ayat al-Quran daripada surah Ali Imran ayat yang terakhir supaya bila besar nanti aku jadi seorang yang penyabar. Mulai hari tu aku mula amalkan ayat tu setiap hari dan setiap kali baca al-Quran. Alhamdulillah berkesan waktu tu. Tu pun teramalkan sampai sebelum masuk U. Masuk U je kelaut semuanya. Apa nak jadi pun tak tahu.


Ayat tu bunyi dia macam ni :


"Hai orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya" 
 Surah Al-Imran,3 : 200

Ayat ni sebenarnya bukan sahaja mendidik kesabaran kita, tapi juga mampu melembutkan hati dan perasaan manusia. Tak percaya? Cuba amalkan. 


Ceitanya macam ni, semalam aku rasa macam kena tipu, tapi tak sure la kena tipu ke apa kan. Yang penting aku rasa tertipu dan kecewa. Sumpah kecewa. Yang tu rahsia lah kan kenapa sampai kecewa. Mana tak nya, minggu sebelum midsem break macam-macam jadi. Dengan assignment yang berlonggok, presentation, discussion yang sentiasa clash lagi. Lepas tu dalam masa yang sama bateri kereta aku habis. Huarghhhhh nangis kot. Acah-acah volunteer nak masak malam-malam kat rumah even hari tu penat gila dengan class and club.Tapi sebab nak buang stress tu aku gigih jugak nak masak. Nak mengadu dengan mak nanti mak bising lagi la aku nangis. Dekat abah?? hmmm aku call mengadu pasal bateri kereta tu je la, kalau cerita semua benda yang jadi mesti dia gelakkan je aku. Habis je masak memang menangis la kan. HAHA ciwek (kuat nangis) orang jawa kata. Housemate aku semua tanya kenapa kenapa kenapa dengan aku. Last-last aku benamkan je kepala kat puluh-puluh bantal yang aku ada. Sumpah la kalau orang tanya aku masa tu aku tak tahu nak cerita yang mana satu. Belum lagi part duit aku yang baru je repair bumper kena langgar, lampu belakang kereta yang rosak minggu sebelum tu. huaaaaaa !!! Dah la kurus kering, poket pun kering. Haha padan muka. Tapi takpe, selagi kita usaha, rezeki tu mesti ada, insyaAllah.

Aku decide nak balik lambat cuti midsem ni sebab nak settlekan assignment sikit-sikit. Mak pun macam pelik je bila kata aku nak balik lambat. Sumpah tak de mood lansung nak balik. Kebetulan ada lagi tiga ketul housemate yang nak balik lambat jugak bila aku ajak. Maka bertebarlah sayap-sayap kami menyiapkan assignment yang mem'Broga' (membukit). Biasalah student memang la macam tu. Nanti kerja lain pulak cabarannya. Ye dok?


Kenapa tajuk entry ni terselit (Make up Remover)? Ceritanya semalam aku jalan-jalan kat mall. Lepas tu tak bawa telekung. Yelah kan mall, seboleh-bolehnya kau rasa tak nak bawa apa-apa kat tangan. Masuk je waktu solat aku terus pergi surau sebab takut terlupa bila ditangguh-tangguh. Masa solat tu agak tak khusyuk la sebab kat telekung tu banyak sangat kesan make up macam foundation, lipstick, apa ntah lagi nama-nama make up aku tak tahu. Setiap kali nak rukuk je nampaklah warna-warni kat bahagian dada telekung tu. Maybe muka orang yang pakai telekung tu gatal lepas tu dia terus je garu, maka melekatlah segala jenis make up dia yang tak bersih masih ambil wudhu' tu. Aku tak salahkan sesiapa la dalam hal ni sebab kadang-kadang tak perasan kan? Aku pun selalu je alami benda ni setiap kali bangun tidur solat subuh. Mamai-mamai bangun tidur basuh muka tak berapa bersih sebab tidur pakai bedak sejuk. Kejap lagi solat menggaru melekatlah bedak tu dekat telekung. Lepas tu habiskan solat, pegi toilet cuci muka semula ambil wudhu then solat semula.
Ingat tau, tak sah solat kita kalau wudhu kita tak sempurna.

Kalau nak cerita pasal make up sorry la aku fail habis. HAHA Tapi basic setakat foundation dengan lip ice tu kena jugak la pakai. Sebab rasa muka kusam sangat. Aku ada la jugak tanya kawan-kawan macam mana nak hilangkan make up tu betul-betul. Untuk orang yang macam aku setakat guna pencuci muka je insyaAllah boleh hilang semua. Bagi yang pakai tebal sikit dari aku macam pakai BB Cream tu boleh la guna wet tissue. Ni je lah yang aku tahu. Plus, tadi aku tanya diorang betul tak fakta ni. Diorang kata betul. Untuk yang memang make up betul-betul tu kena la guna make up remover yang memang ada jual kat pasaran tu. Supaya tak ragu-ragu dalam solat.

Sekian terima kasih.



Yang Berlalu Tak Sepenting yang Mendatang


Semua orang busy,
Busy tanya result aku.Ok,kalau tanya personal aku jawab je.
Sebenarnya result aku bukan lah lawa sangat. Biasa-biasa je. Kena lah bersyukur bukan?
Kita bukan siapa-siapa. Haha Tolong jangan baca dengan nada sedih,benci aku. 
Pointer dah lepas target pun dah syukur dah. Tak target tinggi-tinggi pun.
Sujud syukur terus sebab ada satu subjek tu aku faham masa study week tu haaa. Tak ke buruk pe'el aku. Nak exam baru bersungguh nak fahamkan. Alhamdulillah la Allah bagi aku faham masa tu.

Cuma satu je masalah aku, pandai guna formula, tapi tak mahu menghafal. Kena gagahkan ingatan dengan Al-Quran lepas ni. Tu la tips menghafal sebenarnya. Tak tipu, cubalah. Ternyata berkesan.

Aku rasa tak perlu kot share pointer aku kat sini. Nak tahu, private contact. haha Bajet lawa sangat je pointer tu. Ada aku kisah? Orang kata ilmu bukan pada pointer. Yeah! It's true. Kau faham la macam mana pun, tapi kalau masa exam tu kau tak reti nak trick masa jawab, tak dibuka rezeki jawab dengan betul, tak dibuka rezeki lecturer tu nak bagi markah yang superb; jangan mimpi lah kau nak dapat markah yang tinggi-tinggi. Maybe carry mark pun tak memberansangkan. Tengok usaha je lah. Redha.

Buka-buka je estudent untuk cek result, aku tengok gred koko aku dulu. HAHA malas nak tengok pointer. Then terus je aku whatsapp lecturer tu sebab dua hari sebelum result keluar, dia dah text aku awal-awal. Rasa dihargai sebab macam caring lah jugak lecturer sorang ni kat aku. Kehkehkeh Perasan je aku ni.



HAHAHAHAHA
Punya panjang lebar, dia balas sikit je sebab dia tengah drive masa tu.
Suka hati aku je kan bagi bahasa macam tu. Aku harap dia tak kisah. In fact, dia one of adik beradik angkat aku dalam projek akhir subjek ni. Nak tengok ke adik beradik aku??


abah angkat, Mama angkat, Dir, Aku, Pidot, Syakir, Faris

Macam mana boleh dapat serumah dengan lelaki pun aku tak faham. Sebenarnya lecturer tu tak ada pun dalam gambar ni.hahaha (ok tak lawak). Mereka sangat berusaha gigih untuk projek ni. Lagi-lagi yang hujung sekali tu, Faris nama dia. Respect sangat lah kat dia. Umur setahun tua sikit dari aku. Tak tahu nak cakap macam mana betapa baiknya dia dengan kitorang yang ambil kursus ni. Aku harap kalau satu hari aku dapat jawatan yang macam ni lagi, aku dapat berkerjasama dengan orang macam Faris ni. Tak tahu nak balas jasa apa lagi dekat Faris ni. Setiap kali berurusan, dia mesti akan bagi ucapan terima kasih yang melimpah ruah dan tak mampu aku nak balas. Sebab, aku cakap terima kasih,dia terima kasih balik, aku cakap lagi terima kasih,dia cakap lagi terima kasih. Betapa bidadara nya Faris ni. HAHA ok tak nak puji lebih-lebih. Meluat pula aku memuji-muji ajnabi ni.

Apa yang penting, USAHA kita. Dah,nampak dah. Tak usah lah nak sedih sangat dapat pointer rendah. Kau ingat orang yang tak belajar kat luar tu suka ke dengar kau sedih dapat pointer rendah. Diorang lagi sedih tahu?sebab diorang tak mampu pun nak belajar macam kita. 

Moral :
TERUSKAN BERSYUKUR
TERUSKAN BERUSAHA
kerana
YANG BERLALU TIDAK SEPENTING YANG MENDATANG
:)




Semangat Patah Jangan



Taraaaaa~


Hah!!Amek aku! Total up semua 22 credit hour untuk sem2. Mana tak terkejut otak Albert Einstein aku ni nanti. Dari 17 jadi 22.  Pandai U aku ni buat surprise. Dulu masa mula-mula masuk course ni tengok sem2 19 credit hour je. hahaha ok tabah,jangan bermarah.

ching~
*bidadari merayap keliling mata



19 je la. Statistik bukan sem ni.Baru update.
Dalam menuntut ilmu ni, apa yang penting niat kita. Tak kiralah kita suka atau tidak benda tu. Allah baru bagi kita sedikit je ilmu yang Dia ada pada kita. Kita dah nak menggelabah. Ya, memang berat untuk orang yang malas (macam aku). Tapi percayalah, tak semua benda kat dunia ni mudah kecuali dengan
 DOA, USAHA, ISTIQAMAH & TAWAKAL. 

Selagi ada nyawa,selagi tu kita cuba belajar. Tak rugi kalau kita ada ilmu. Macam A.B.C. Ada rasa menyesal tak belajar A.B.C masa tadika dulu? Sekarang memang lah kita kata :
"Alah, A.B.C je pun. Tok sah belajo le".

Penah tak kita fikir, 
tanpa A.B.C takde lah sekolah, 
tanpa A.B.C takde lah universiti,
tanpa A.B.C takde lah buku,
tanpa A.B.C takde lah ilmu,
tanpa A.B.C takde lah kita tahu isu semasa,
tanpa A.B.C takde lah kita baca blog ni (nak jugak).
tanpa A.B.C takde lah kita macam katak bawah tempurung,
dan 
tanpa A.B.C mungkin kita tak kenal erti komunikasi.

Gunalah A.B.C sebaiknya. Sama macam ALIF.BA.TA. Tak rugi pun belajar. 
Yang pentng:
SEMANGAT PATAH JANGAN!!

Moral of the story, tak perlu kot kita kata apa yang kita belajar tu buang masa,sebab suatu hari mesti kita akan guna. Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita belajar.




hijabista


Yaa,,i luv cara mereka sampaikan.
Vlogger-vlogger ni sebaya saya je.
THISSSS!!!

MrTheAllshared

click yg atas tu.
Ok,meyh tengok tutorial tudung paling latest


Selamat mencuba!


3 soalan bertubi


Duduk kat USIM,,3 soalan ni memang orang tak tanya. Alhamdulillah semua tahu.
Tapi bila kat luar,soalan ni selalu je orang tanya.
jom senyum panjang2.
(^_________________^)

SOALAN 1 :
Kenapa kau suka pakai tudung dua lapis ha??panas kan?
Jawapan : sebab jarang. Aurat kan~. Leher tu aurat kan?

SOALAN 2 :
Kenapa kau pakai kain dalam. Kain kau tu bukan nya jarang pun
Jawapan : Tak jarang,tapi boleh menampakkan bentuk tubuh la,,

SOALAN 3 :
Kenapa orang-orang alim suka sangat pakai stokin ha? I mean sarung kaki. Kaki bukan aurat kan?
Jawapan : Kaki tu aurat la sayang. Bukan orang alim je kene pakai,tapi semua orang





Gadis bertudung Labuh & Jubah


Terasa belog ini sangat bersawang. 
PERHATIAN NUR NABILAH MARUZIKI !!!!
Saya jelesss dengan belog awak yg warna pink dan simple itu. Saya bakal memandi serta menyarung kan belog saya yang dah lama tak mandi ni tak lama lagi. HEHE tapi bila??Bila-bila je lah. Cerita pasal baju belog pulak,,

Okey,Now,jom cerita pasal JUBAH dan TUDUNG LABUH.


Siapa suka tengok orang pakai tudung labuh?? Angkat tangan!!!
SAYA!!!!!!!
Ada lah sorang kawan saya pernah tanya, 
"Macam mana nak tukar tudung saya yang kecik ni jadi labuh?"
Saya boleh jawabkan tapi saya sendiri kadang-kadang sengaja tak pakai tudung labuh. Malu dengan sendiri.  Tapi ustaz saya pernah cakap, 
"Kalau tak pakai tudung labuh pun takpe,asal kan awak tak mendedahkan apa yang Islam larang."
Oh yeah,saya mengaku,saya suka usya anda-anda yang bertudung labuh. Tapi sometimes saya termengata sikit la. Sorry,bukan mengata apa. Tak tahu la awak-awak perasan atau tidak. Bukan sekali saya nampak,tapi berkali-kali. Tak semestinya bila kita dah memakai tudung bidang 60' tu kita dah betul-betul tutup aurat. Nak berkongsi sedikit la. Ada sesetengah tudung labuh tu,dia nipis sampai nampak bentuk leher dan tutttttttt. (sori kalau menyentuh sensitiviti kalian) . Saya lagi teruk dari kalian. Tapi seyezly,saya sayang awak-awak lebih. (^*^). Doakan perubahan saya terus berjalan.

Okey then,jubah?Siapa suka pakai jubah senyum sepisang-pisangnya!!! (^________________^).
SAYA??? (v o v) *masam.
Saya tak suka pakai jubah,tapi saya suka sangat tengok orang pakai jubah. Mesti pelik kan kenapa. Sebab selalu saya pakai mesti kawan-kawan saya tegur. Sebab tu saya tak suka pakai. Terima kasih awak-awak yang tegur. Tapi kalau dah MENGIDAM sangat nak pakai jubah tu,saya pakai la.
Sebenarnya kes jubah ni berkait rapat dengan kes tudung tadi. Ada sesetengah orang pakai jubah tu menampakkan tubuh badan. So, BEWARE!!! Kalau kita nak pakai jubah tu,first-first kita check,jubah tu OK tak sebab sekarang banyak sangat jubah yang ketat, nipis, jarang. Kadang-kadang tu nampak macam membalut je. Tapi yang jubah yang besar-besar tu ok la.  

Saya nasihat diri saya sendiri jugak. 
SAYA!!!dengar sini wahai SAYA!!!

PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA.
doakan saya kawan-kawan


Bersyukur Adalah Kejayaan Paling Manis Bagi Kita




Nikmat datang dan pergi. Setiap sesuatu yang kita miliki di dunia ini mesti kita syukuri. Bagaimana cara untuk mensyukuri nikmat tersebut?? Terpulang kepada kita. Akal yang dikurniakan pada kita seharusnya digunakan sebaiknya.

Setiap orang mempunyai POSITIVE & NEGATIVE yang tersendiri. Kita sebenarnya patut mencorakkan ia dengan sebaik mungkin. Macam BATIK,terpulang pada kita bagaimana cara untuk mencoraknya. Kalau cantik,cantik lah. Kalau buruk,buruklah. Tak semestinya yang buruk itu terus buruk. Kita sebagai pencantingnya harus mencorakkan ia semula menjadi yang lebih cantik.

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Sebenarnya kegagalan itu yang membawa kita kepada kejayaan. Tanpa kegagalan kita mudah lupa diri. Dengan kegagalan kita sedar dimana aras pemikiran kita berada.
 
Usah risau jika kita jatuh kerana kita mampu berdiri semula. 
Usah risau jika kita hanya mampu merangkak kerana kita mampu untuk bertatih dan terus berjalan.
Usah risau jika kita mundur kerana kita mampu maju ke hadapan.
Usah risau jika kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan sebaiknya kerana kita mampu melakukan apa sahaja.

Perjalanan hidup ini lebih indah apabila kita diuji dengan pelbagai ujian namun kita mampu untuk lebih maju ke hadapan.



sceinces in fun


Perlukah cerita semua ni?? Ok,saya rasa perlu kot.
S . A . I . N . S  S . T . U . D . E . N . T
yAa, I'M sceince student. What the story about?

Saja nak cakap yang sains ni memang best. Bila orang tanya kenapa aku ambil bidang sains, jawapan MINAT. Memang pun. Bila orang tanya apa cita-cita aku, SURI RUMAH. Pelik sangat ke nak jadi suri rumah sepenuh masa. Ramai yang pelik kenapa aku susah-susah belajar subjek-subjek pelik ni sedangkan aku nak jadi SURI RUMAH je.
BECAUSE : SAYA NAK JAdI SURI RUMAH YANG BERILMU.
"saya belajar untuk menuntut ilmu,bukan untuk cari kerja."
Tapi sebelum tu kena juga la kerja dulu kan?hehe

Betulakan niat kita belajar:
MENUNTUT ILMU LILLAHI TAALA.

Actually cuma excited dengan experiment-experiment yang baru je aku buat. Bedah tikus, tengok bentuk geometry bagi molecule. Ok jom kita belajar pasal tikus sikit-sikit.


kalau tengok video macam ni memang lah geli,tapi kalau dah buat,rasa mcm best sangat2.




MOLECULAR GEOMETRY pn best jugak. Tapi tak bnyak gambar lah. Ok tgok j lah yang ni



Semua yang kita belajar memang menyeronokkan. Lagi-lagi bila dapat diamalkan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah. 

Umat Islam harus cemerlang,hari ini mesti lebih baik dari semalam





Hadith palsu tentang 'Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan'.



Bulan puasa yang penuh berkat.
Masuk je bulan puasa mesti inbox tu banyak ucapan nak puasa. Pantun, tazkirah, ucapan, dan macam-macam lagi. Dan termasuklah hadith. Dalam menyebarkan hadith kita perlu ada ilmu. Sebelum menyampaikan sesuatu itu mesti ada bukti. 
Nak diceritakan,seorang sahabat memberi satu hadith tentang puasa yang berbunyi :-

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah abaikanlah puasa umat Nabi Muhammad jika apabilasebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara:
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya,
2. Tidak memohon maaf terlebih dahulu antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya
"Maka Rasulullah pun mengucapkan AMIN3x

Tanpa soal selidik dan berfikir panjang,saya forward text tersebut kepada 3 orang sahabat. Tiada sebarang respon sehingga keesokan harinya,


TERSENTAK!! 

Apakah?? dan baru sekarang tanggal 26 JULY 2012 ni aku berkesempatan cari semua ni. Ilmu itu ada dimana-mana. Cari selagi kita mampu dan cuba amalkannya. Tak guna kalau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah masa SPM dapat A,tapi ilmu itu tak diamalkan. Buku teks tingkatan 4 dan 5 pun boleh jadi rujukan kita bagaimana nak pastikan sesuatu hadith itu sahih.
Tak salah kalau belajar dari kesilapan. Saya pun tak cukup ilmu untuk berhujah tentang semua ni.
 Berikut adalah link-link yang baru saya baca :-


Klik je semua tu,dan cuba fahami. Nak lebih lagi? Google sahaja.


Masa Itu Emas







"Aku kaya!!! Aku ada banyak masa!!! Sape nak??Yok amek kat aku"

*beria je orang kat atas tu. Kalau banyak masa betul takpe lah.

MASA ITU EMAS

Maksudnya masa itu sangat berhargalah kan?kankankan??Memang pun. Siapa yang kata kita banyak sangat masa? MEMANG pun kalau kita tak gunakan masa itu sebaiknya. Siapa pula kata kita sebenarnya tak cukup masa 24 jam sehari? TIPU!! Kenapa Allah sediakan 24 jam satu hari untuk kita? Sebab Dia tahu waktu yang diberi itu memang cukup untuk makhluk-Nya. Jadi kita set kat minda kita yang 24 jam tu nyawa bagi kita sehari untuk lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.

Situasi 1:
"Malas gila wey nak study. Exam dah dekat ni. Sekejap je,aku rasa aku baru je daftar semalam. Aghhhhhh!!!tak nak belajar. Kan best kalau ada bibik yang boleh bacakan buku."

#BIBIK : Bibik bisa saja bacakan NON (tuan dia) punya buku. Tapi nanti non pasti kerjanya seperti bibik.

Situasi 2 :
"ZzzzZzZZzzzzzZZZz"
Tak solat lagi,tak bersihkan diri lagi (tak mandi), tak study lagi apa yang dipelajari,taktaktaktaktak dan tak

#Sedapnya nya tidur. Awak cukup masa tak?

Situasi 3 :
"Jom main game weyh. Otak aku masih tak focus nak study la. Nanti lepas satu jam kita start ae study. Baru kurang pening sikit."
SELEPAS DUA JAM:
"Best la game ni,jom main level ni pulak. Mesti lagi best kan"

#telaahlah game tu sepuas-puasnya!

Situasi 4:
DI KEDAI EMAS:
"Pakcik, ada jual masa tak kat sini?"
PAKCIK: Cuba pergi kedai jam kat sebelah. Mesti banyak masa. Kenapa jari kat kedai emas?
"Orang kata masa itu emas. Saya datang lah sini nak beli masa. Banyak sangat kerja saya tak buat lagi ni"

#Hah,baru sibuk nak cari masa?

KONKLUSI:
Masa itu emas. Selagi kita ada masa,selagi tu kita guna sebaiknya. Jangan banyak leka. Kita ada 24 jam saja.
Renung-renungkan,selamat beramal.

............................................................

something nothing. (budak U)




Jari ni tiba-tiba teringin sangat nak menari pagi-pagi ni. Alam universiti ni memang sedikit berbeza dengan alam persekolahan dulu. Masa SEKOLAH dulu,bila buat salah mesti ada orang tegur, tapi sekarang SIAPA YANG SUDI TEGUR KESALAHAN SAYA???
Sudi-sudikanlah. 

Kejutan budaya tu sudah pasti,tak kiralah kat mana-mana tempat pun.

SITUASI 1:
"iy,malunya dengan dia tu. Orang lain semua pakai tudung labuh,tapi dia macam tu. Baju dah la macam apa entah"
#SAYANGS!!!Cuba kalau cakap dekat dia baik-baik contohnya,
"awak,kan cantik kalau awak pakai yang sopan-sopan. Asalkan menepati apa yang Islam suruh..(tak pun hulurkan satu kertas yang bertulis (surah al-azhab: 59) dengan harapan dia akan buka tafsir al-Quran dan membacanya)

Tambahan: Surah an-Nur : 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

SITUASI 2:
" Laju gila weyh lecturer ni ajar. Tak sempat nak salin. Cubalah dia bagi note siap-siap,kita tinggal tulis je yang tak tertulis dalam note tu."
#SAYANGS,jangan manja sangat boleh?? Dulu Imam Syafie tak pernah mengeluh minta nota dari tok guru dia. Buat nota sendiri lagi tu. Material untuk menulis pun sangat berbeza. Faber Castell, Stabilo, Papermate, Double A,macam-macam lagi.

Klik di sini untuk kisah Imam Syafie ----> KISAH IMAM SYAFIE MENUNTUT ILMU

SITUASI 3:
"Asyik-asyik kelas tambahan. Teringin jugak nak balik awal macam orang lain. Penatlah belajar subjek yang sama je. Boleh muntah hijau aku."
#SAYANGS,jangan mengeluh. Orang dulu sibuk mencari ilmu sendiri. Penat merantau ke hulu ke hilir. Sekarang kita yang dah diberi kemudahan untuk belajar sibuk pulak taknak belajar. Tak elok tau. Menuntut ilmu tu kan wajib bagi umat Islam.

SITUASI 4:
"pokpek pokpek pokpek blablablablablabla"(orang lain sedang belajar)
#SAYANGS,boleh diam tak. Asyik nak bercakap je. Orang lain perlukan ketenangan untuk belajar.

Konklusi :
 Kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan,bukan keadaan yang sesuaikan ia dengan kita.

.........................................................

Ya Allah,kuatkanlah hati-hati kami

.................................................................................

aku insan yang lemah

"macam mana nak tegur kawan saya yang bercouple"


ok,selalukan kita dengar soalan ni? ? Tapi ramai yang hanya mampu ternganga termasuklah pemilik jari ni. Subscribe Hilal Asyraf di facebook menarik minat saya nak baca pasal couple2 ni. Erm,, bukan gatal nak kahwin yAa..hehe

klik saja link ni
Kehidupan : Kenapa Bukan Kamu Yang Bercouple Dengan Dia

rehat mind!



Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia "


.............................

wanita



credit to : devotees

 "Lebih tertutup, lebih indah."


Saya setuju ayat ini untuk penutupan aurat. Tetapi hendak membesar-besarkan ayat ini terhadap purdah, cadar, atau apa sahaja yang kita panggil kain penutup wajah wanita itu, saya rasa tidak sesuai. Sekarang, saya sampai nampak apabila majlis perkahwinan pun, orang puja wanita berpurdah sebagai terbaik kerana menutup wajahnya, kononnya menjaga keindahannya dari dipandang ramai orang. Itu belum ditambah lagi dengan 1001 jenis ayat yang mengangkat-angkat perkara ini.

Pertamanya, jika diberikan kepada saya, saya melihat purdah tidak lebih dari satu pakaian. Ini masalah khilafiah. Jadi, saya memilih pendapat bahawa ianya adalah pakaian, dan bukan dari sunnah di dalam Islam. Kerana jelas, ada hadith-hadith yang menunjukkan betapa wanita di zaman kehidupan Rasulullah SAW juga tidak berpurdah.

Keduanya, bila ianya masalah khilafiah, tidak perlulah terlalu mengangkatkan salah satu daripada pilihan yang ada. Tidak perlu ayat-ayat seperti: "Berpurdah lebih baik", "Berpurdah lebih mulia, kerana mujahadanya lebih tinggi" dan sebagainya. Tidak perlu. Kerana asasnya, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali muka dan telapak tangan.

Dan tidak perlu pula orang yang tidak favour kepada purdah, untuk merendah-rendahkan pemakainya, sebagaimana pemakai purdah tidak boleh merendah-rendahkan mereka yang tidak memakainya. Walau dengan cara memulia-muliakan diri mereka(atau purdah yang mereka pakai).

Sedikit pendapat berkenaan berpurdah semasa majlis perkahwinan,
saya kira majlis perkahwinan ini adalah untuk isytiharkan fulanah binti fulan adalah isteri fulan bin fulan. Jadi, bagaimanakah orang ingin tahu siapakah fulanah binti fulan itu, jika wajahnya tertutup begitu?

Kita buat majlis perkahwinan, asasnya bukan untuk menunjuk-nunjuk keindahan isteri kita. Kita hendak perkenalkan siapa isteri kita. Kita hendak cakap pada masyarakat, bahawa kita dan si fulanah, sudah berkahwin. Agar tidak timbul fitnah saat kita keluar dengannya. Jadi, mengapa tutup wajahnya hingga orang sendiri tidak tahu siapakah isteri kita?

Itu sekadar pendapat saya. Boleh sahaja ditolak. Sebab pendapat berkenaan purdah semasa majlis perkahwinan itu datang dari pertimbangan akal saya sahaja.

Tetapi serius, saya merasakan kita tidak perlu memuja-muja purdah hingga seakan-akan ia adalah satu perkara qat'ie di dalam Islam. Sehingga seakan-akan tidak memakai purdah, menjadi 'satu kekurangan'. Perkara ini(memuja-muja, meninggi-ninggi) akan memberikan kesan yang tidak baik buat pemakai purdah, dan yang tidak memakai purdah.

---------------------------------
Bersederhana.
Itu adalah sebaik-baik perkara.


stokin!! (maaf saya tak busyuk!!)


Macam rindu nak berentry la. Macam ada idea nak tulis.
Ok,1st sekali nak cakap sori dulu sebab aku selalu tulis entry agk serabut. Sekejap AKU,sekejap SAYA. hah habit,habit..

ok,aku takde la baik sangat. Tapi kadang-kadang tu terbaik lah jugak. Akak kat tempat kerja aku pun ada sorang yang panggil aku TUDUNG sebab selalu tudung aku terbang-terbang macam SUPERMAN. Tak kisah pun. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Sekarang ni nak cerita pasal pemakaian kita. Erm,rupanya sebelum ni aku tak pernah sedar pun yang ada jugak muslimah kat Malaysia ni tak tahu yang mana aurat & yang mana bukan aurat. Semua yang aku tulis kat TARYJEMARY ni berdasarkan pengalaman.

Situasi : sarung kaki sebelum balik kerja

Cik A : Wey,aku nak tanya sikit boleh tak?
Pemilik sarung kaki (PSK) : boleh. Kalau mampu aku jawab.
Cik A : kenapa kalau orang yang ala-ala alim kan,selalu aku nampak pakai sarung kaki. Kaki tu aurat ke? Bukan kan?
PSK : Eh,salah tu. Anggota badan perampuan semuanya aurat kecuali muka & pergelangan tangan. Sebab tu dia pakai sarung kaki tu. Kaki tu aurat perempuan sebenarnya.
Cik A : oh yeke? Aku baru tahu wey. Lepas tu kan,kenapa kaki kita tu dikira aurat?
PSK : Sebab anggota kita hanya untuk bakal suami kita. (di dalam hati berkata, "alasan ni tak cukup kukuh")
Cik A menunjukkan minat untuk bersarung kaki. Semoga hidayah diberikan kepada Cik A dan lain-lain.

ok,jom klik disini

oh,rupanya masih ada yang tak tahu. Jadi yang dah tahu tu,ayuh!! Bersarung kaki. Perubahan bermula dengan hati. Sebenarnya aku pun musykil jugak. Takkan selama dia belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5,tak pernah ustaz atau ustazah dia bagitau benda ni. Mungkin dia kurang faham kot

ok,yang ni pulak

cara syaitan buka aurat wanita

erm,sarung kaki tu pulak jangan lah dicuci seminggu sekali atau sebulan sekali atau yang lain-lain. Tak susah kan,sampai-sampai,terus tanggalkan sarung kaki & terus letak dalam mesin. Kan wangi sarung kaki tu. Kebersihan juga penting.

"ya Allah,kau limpahilah ilmu kepada kami agar kami tidak jahil tentang agamaMu"
ameen~


acik~ jangan marah-marah??plezz!!

 
 


 
 
situasi 1:
"kat sini la!! yang kamu tercegat lagi kat situ kenapa?? Orang dah cakap bawak yang tu kat sini". Tengking seorang makcik pada seorang budak baru yang tak tahu selok belok tempat kerja tu.
#"saya sayang makcik!! sebab makcik dah tolong sy"
 
situasi 2:
"korang baru je masuk sini,dah pandai nak tunjuk belang. Akak dulu masa F1 mana ada buat perangai mcm korang ni. Nanti dah besar mcm mana? Nak ke adik2 junior korang buat kat korang macam ni? Batch korang ni jahat. Tak mcm kitorang punye batch,bahek j".
#yakin ke baik? Masuk bakul angkat sendiri. Kita kan sma-sama manusia.
 
situasi 3:
"akak dah kata dah,tolong buat ikot yang akak cakap. Sekarang kita dah banyak rugi,sape yang nk ganti??". Tegur seorang senior pada adik2 yang bekerja kt situ dengan nada sinis. (walaupun sebenarnya sorang je yang salah).
 #teguran membawa kebahagiaan. Tapi kalau berhikmah lagi seronok kn?

situasi 4:
"ko ni sibuk la. Aku tengah online,boleh pulak pergi off kan. kuang haja betul!! Hormat la sikit orang yang lebih tua ni"
#orang muda je ke kene hormat orang yang lebih tua? kalau dah seharian suntuk menghadap PC @ lappy dll 24 jam,mcm mana orang tak geram

moral of the dialog:
setiap pekerjaan tidaklah perlu akan amarah. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Mereka yang bijak adalah mereka yang berfikir sebelum berkata-kata. Jagalah lidahmu daripada tersilap kata hingga mampu membunuh jiwa-jiwa yang mendengarnya.

.....................................
"Ya Allah,kau basahkanlah lidah kami dengan menyebut namaMu. Jangan biarkan kami berkata dengan perkataan yg dusta."
ameen~
..................................................

solat kita

Sibuk sungguh dunia hari ini. Semuanya sibuk dengan tugas masing-masing. Dalam kesibukan itu jugalah kita sering leka dengan solat. Solat selalu lewat. Erm,solat tu kan tiang agama.
Kenapa kita nak remehkan??
Kadang-kadang saya pun musykil dengan semua ni. Sekarang ni pulak,makin ramai yang suka-suka tinggalkan solat. Sebenarnya disebalik solat tu banyak hikmahnya.
Saya tertarik dengan CATATAN SYABAB yg terkandung dalam majalah GenQ isu02.
Meremang jugak rasanya bila baca. Memanglah solat 5 waktu tu saya jaga. Tapi yakin ke Allah terima solat tu. Dalam catatan tersebut tertulis 15 seksaan bg orang yang meninggalkan solat.

6 SEKSAAN DITERIMA DI DUNIA

1.       Usianya tiada keberkatan
2.       Dihilangkan tanda-tanda org soleh drpd wajahnya
3.       Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan
4.       Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan Allah
5.       Semua makhluk di dunia membencinya
6.       Tidak menerima bahagian doa untuk orang-orang soleh

3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DIPENGHUJUNG

1.       Matinya dalah dalam kehinaan
2.       Matinya adalah dalam keadaan yg terlalu lapar
3.       Matinya dalah dalam keadaan yg sangat haus

3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR

1.       Kuburnya disempitkan
2.       Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yg dinyalakan
3.       Ular yg dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat

3 SEKSAAN DIHARI KIAMAT

1.       Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka
2.       Mendapat kemurkaan Allah yg amat amat hina
3.       Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yg terus dihumban ke neraka
Untuk mengelakkan drpd terabai, maka peliharalah solat kita melebihi drpd memelihara maruah kita sesame manusia di dunia ini. Jom lakukan sama-sama

Peringatan buat jemary ini juga.