something nothing. (budak U)




Jari ni tiba-tiba teringin sangat nak menari pagi-pagi ni. Alam universiti ni memang sedikit berbeza dengan alam persekolahan dulu. Masa SEKOLAH dulu,bila buat salah mesti ada orang tegur, tapi sekarang SIAPA YANG SUDI TEGUR KESALAHAN SAYA???
Sudi-sudikanlah. 

Kejutan budaya tu sudah pasti,tak kiralah kat mana-mana tempat pun.

SITUASI 1:
"iy,malunya dengan dia tu. Orang lain semua pakai tudung labuh,tapi dia macam tu. Baju dah la macam apa entah"
#SAYANGS!!!Cuba kalau cakap dekat dia baik-baik contohnya,
"awak,kan cantik kalau awak pakai yang sopan-sopan. Asalkan menepati apa yang Islam suruh..(tak pun hulurkan satu kertas yang bertulis (surah al-azhab: 59) dengan harapan dia akan buka tafsir al-Quran dan membacanya)

Tambahan: Surah an-Nur : 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

SITUASI 2:
" Laju gila weyh lecturer ni ajar. Tak sempat nak salin. Cubalah dia bagi note siap-siap,kita tinggal tulis je yang tak tertulis dalam note tu."
#SAYANGS,jangan manja sangat boleh?? Dulu Imam Syafie tak pernah mengeluh minta nota dari tok guru dia. Buat nota sendiri lagi tu. Material untuk menulis pun sangat berbeza. Faber Castell, Stabilo, Papermate, Double A,macam-macam lagi.

Klik di sini untuk kisah Imam Syafie ----> KISAH IMAM SYAFIE MENUNTUT ILMU

SITUASI 3:
"Asyik-asyik kelas tambahan. Teringin jugak nak balik awal macam orang lain. Penatlah belajar subjek yang sama je. Boleh muntah hijau aku."
#SAYANGS,jangan mengeluh. Orang dulu sibuk mencari ilmu sendiri. Penat merantau ke hulu ke hilir. Sekarang kita yang dah diberi kemudahan untuk belajar sibuk pulak taknak belajar. Tak elok tau. Menuntut ilmu tu kan wajib bagi umat Islam.

SITUASI 4:
"pokpek pokpek pokpek blablablablablabla"(orang lain sedang belajar)
#SAYANGS,boleh diam tak. Asyik nak bercakap je. Orang lain perlukan ketenangan untuk belajar.

Konklusi :
 Kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan,bukan keadaan yang sesuaikan ia dengan kita.

.........................................................

Ya Allah,kuatkanlah hati-hati kami

.................................................................................

aku insan yang lemah

Patah Hati - Saujana



tekan button pause kat bawaaaahhh sekali tu..lepas tu tekan play kat link ni..



KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU 
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

Jangan selalu lupa ya SAYANGS!!!



Hazwanie kini suka terlupa. Doakan dia tak mudah lupa please!!!

ni contoh doa :

Klik di SINI


Paksaan bukan jalan penyelesaian




Siapa sukakan paksaan?? Semua orang tak suka kan??kankankan?
Okeyh, bayangkan kalau 5 orang mintak kita buat benda yang sama sedangkan kita dah berkeras tak nak buat benda tu dan kita tak suka benda tu. BENGANG kan?knknkn??
Cuba bayangkan dalam 5 orang tu ada dalam 2 orang yang ulang benda yang sama BANYAK,BANYAK, dan BANYAK kali!!!
Sangat bengang kan?

Nak diceritakan,ada sorang kawan aku ni,menjadi mangsa makian sebab dia suggestkan aku join something yang memang dah ramai sangat orang anjurkan untuk aku ikut. 
"KALAU DAH KATA TAK NAK TU, TAK NAK LA!!!TAK FAHAM BAHASA KE!!!"

Usahakan tangga kejayaan. So,pandailah orang nak naik tangga tu macam mana kan. Jalan kaki ke, merangkak ke, berlari ke,suka hati lah. Susahkan sangat ke? Kalau rasa susah,buat apa nak join jugak benda tu. MENYIBUK!!!! Dan korang suka tak nak ikut something tu padahal mula-mula lagi orang dah tipu kita. Mesti tak kan. Ok sorry to say lah kawan sebab aku dah berceramah dengan kau. Aku pun tahu yang kau lagi banyak ceramah nak bagi kat aku untuk cepat jadi KAYA. Aku tak kejar semua tu. Aku lebih selesa hidup bersederhana.

Konklusinya, READERS, 

i. Jangan tipu orang untuk kepentingan diri sendiri
ii. Jangan paksa orang kalau orang tak nak bagi anda kaya.
iii. Jangan suka ceramah orang yang dah ada jalan sendiri untuk berjaya.
iv. Jangan patahkan kata-kata orang untuk bagi alasan kenapa dia taknak kaya awal-awal.
v. Kalau dah rasa diri tu kaya, tak payah suruh orang jadi kaya,gunakan kekayaan anda dijalan kebaikan.BUKAN MENIPU ORANG UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRi.

.............THE END.............

Perjalanan bermula.










Kini aku bergelar siswi. Ayat mesti gramatis. haha
Ok kehidupan universiti sedikit berbeza dengan sekolah dulu-dulu. Apa-apa pun aku tetap sukakan sekolah sebab kat situ banyak sangat kenangan yang dah terbuat.

Baiklah,selepas sekolah:

lebatnya lah bagasi




Cerita bermula dengan orentasi:

Orentasi agak memenatkan. Tapi ia sangat berbeza dengan orentasi yang yg aku pernah ikut. Hanya duduk dan goyang kaki,kadang-kadang tu sampai tertidur. Bosan pun kot..hehe tapi ok je,banyak ilmu yang dikongsikan. Kitorng tak boleh nak balik kolej penginapan sebab jauh~ sangat-sangat. 12km tu,jauh!!! Sampai malam. 
Ta'aruf Week : klik di SINI

Pagi-pagi buat senaman sikit. BERDIRI & BEREBUT bas untuk sampai ke Stadium Tertutup Nilai. Sejuk betul stadium tu sampai boleh tidurkan kami-kami kat situ.

cantik tak baju orentasi tu

ni kerja budak bosan

wakil SLISSIAN di sini

senamrobik yang mampu memitamkan orang..haha

pusat TAMHIDI baru yang sangat sejuk

Norin, Wahida, Asma'

Lepas ni kawan serumah yang satu kuliah dengan aku pergi Beijing,siapa nak temankan aku kt rumah kalau takde kelas. Btw USIM boleh tahan lah. Aida Salleh & Hannan,semoga perjuangan kita disini tak terhenti.

FULLSTOP