Exam Fever



Exam fever, sejenis penyakit yang aku sendiri tak boleh nak elak sejak zaman sekolah rendah lagi.

23 Disember 2014
6.30 p.m
Capai telefon dan membuka aplikasi Whatsapp. (amboi sangat aplikasi)
Conversation yang personal aku akan buka dulu.
Mama
Mak : Sihat tak? Tiba-tiba rasa nak tanya.
Aku : Sihat je. Cuma sejuk sangat la tempat ni. macam kat luar negara pakai stokin baju sejuk bagai. Haha
Mak : Takpe, dulu nak belajar luar negara tak dapat kan. Minum air banyak-banyak.

Padahal masa tu kepala dah berat selesema batuk semua ada. Kalau tak jaga dah demam agaknya. Sengaja je tak bagitahu sebab mesti word "mengade" mak akan cakap.

27 Disember 2014
10.00 a.m
Capai telefon terus buka contact list search "Mama".
Mak angkat call lepas tu tak sempat cakap pape lagi aku dah terbatuk.
Mak : Dah agak dah, tiap kali nak periksa je mula dia tu batuk lah, selesema lah, demam lah, migran lah.
Aku : Haha orang bukan nak bagi tahu orang tak sihat pun. Saje je nak call.
Mak : Mengada betul, cuba kalau sekali periksa tu tak sakit dot dot dot dot dot dot dot dot

Yup, typical mom, she is really understand me walaupun tak bagi tahu tapi dia dah dapat rasa. Aku harap aku pun ada instinct yang kuat bila dah ada anak nanti. Harrrr.

Mak pernah cerita dari tadika aku memang sokmo je demam atau sakit perut masa nak exam. Masa sekolah rendah yang selalunya aku akan sakit perut . Bangun awal pagi dalam pukul 4 atau 5 tu kejutkan mak atau abah ajak teman pergi toilet nak buang air. Ingat lagi masa nak ambil result UPSR tidur berdua kat rumah nenek, aku buat benda yang sama, kejut nenek ajak pergi bilik air, tapi nenek tidur mati. HAHA padan muka. Lepas tu sanggup keluar rumah nenek lari lintang pukang balik rumah nak suruh mak teman pergi tandas. Bila fikir balik kenapa aku pandai sangat haaaa?? Tandas kat dalam rumah tu aku takut, tapi nak balik rumah masa gelap gelita berani pulak. Tak lawak sangat. 

Dah masuk sekolah menengah dah takde dah sakit perut, tapi batuk selesa tu mesti ada. Demam tu almost je la,takde pun setiap kali exam. Yang aku ingat masa PMR aku takde suara lansung, mungkin sebab batuk over sangat kot. HAhA tanda ngade-ngadenya seorang Hazwanie. Masa SPM pula aku demam mengejut menggigil satu katil. Mak pun takut nak tidur dengan aku masa tu. Toto dua tiga lapis takde effect, sama je rasa sejuk dia. Boleh baca kot post lama ni ---> extreme shivering . Tapi jangan gelak laaa sebab ntah apa-apa ntah ceritanya.

Dah masuk U memang tiap kali akhir semester aku punya migran tu datang. Syukur sem ni tak rasa pening-pening kepala. 

Ok dah nak sambung study. Doakan saya ya awak-awak. Doakan terus kuat!!