Wedding Prep

Patah hati, putus jiwa, pecah rasa.
Cuti semester sekali lagi. Feeling?? Tak tahu nak rasa apa. Seronok dah selesai segala urusan semester kedua walaupun penuh onak, ranjau, duri, ombak, tsunami, musim buah segala bagai. Terima kasih yang sudi mendengar keluhan kepenatan, masalah, sedih, suka, pelbagai feeling dengan penuh tabah. 
Perasaan sama je setiap kali cuti sem. Seronok, tapi bosan, tapi seronok,tapi bosan. Haaaaa,macam tu lah dok ulang-ulang 4 kali cuti sem termasuk yang sekarang ni.

Cuti sem ni nak buat apa??
Memandangkan cuti aku dah burn dekat dua minggu lah juga dengan ELSP ( English Language Support Program) dan ALSP (Arabic Language Support Program) , total up semua ada lagi dalam 6,7 minggu. Tak sia-sia juga lah ikut program tu even masa mula-mula rasa beraaaaaaaaaat sangat hati nak pergi sebab final exam sem ni course kitorang macam biasa, paper course yang last-laaaaaast tu. Orang lain dah balik, kita pun duduk lah sorang-sorang kat bilik. Sebenarnya ALSP dengan ELSP ni bagus lah juga sebab at least terisi lah juga masa lapang sementara yang Allah bagi pinjam ni. 
Word SABAR paling banyak berzikir kat dalam hati ni selama seminggu. Alhamdulillah dapat hadir full. Mohon tak kena repeat ya anak-anak.

Hmmmm, melebar pula sembang pasal LSP ni.
Ok sambung. Mula-mula rasa macam nak kerja tempat biasa. Gaji belakang cerita sebab bagi aku masa tu lagi berharga daripada duit. Eceyhhhhhhh.
Tak, serius talk. Biasa kalau duduk rumah jadi anak tunggal separuh masa rasa macam boring sangat-sangat. Bangun pagi, solat subuh, dengar tazkirah kat tv sikit (kadang-kadang tertidur,bukan kadang-kadang,tapi selalunya la..hehe), lepas tu lipat kain berjam-jam (aktiviti paling aku malas nak buat), sambung tengok tv, dalam pukul 11 pergi dapur siang ikan, lepas tu usya mak masak sambil potong-potong bawang, pastu makan, pastu solat zohor, pastu tengok tv, tertidur lagi, masuk bilik yang penuh dengan buku tu cari buku-buku yang macam tak pernah baca lagi, tertidur lagi, solat asar, tengok tv, dot dot dot dot dot dot..................................... dan aktiviti ni akan berulang setiap hari kalau tak ada matlamat hidup. Kalau tak ada buku dengan tv maybe aku bakal mengalami kebodohan yang melampau. Nauzubillahi min zalik. Aku tak nak jadi orang bodoh.

Memandangkan cuti kali ni sekejap je, so terus buat keputusan untuk rehat kat rumah buat preparation kahwin. Kahwin ok kahwin. Temankan mak pergi mana-mana yang beliau mahu untuk majlis tu nanti. Beli barang-barang nak kahwin. Hari first duduk rumah mak dah ajak keluar. Masa ni lah aku dok terfikir, "macam mana lah nanti dah kahwin. Mesti susah nak jumpa mak. Tsktsktsk"
Aim cuti ni nak buat macam photo booth yang ada candy comel-comel, guest book yang lawaaaa. Art activity kali ni nak belajar quilling paper. Dari dulu kalau teman mak pergi cari barang menjahit dia, aku dok jeling-jeling je quilling paper yang warna-warni tu. Pantang tahu nampak benda-benda art ni. Mesti nak cuba. Kalau biasa hanya menggunakan kan foam paper untuk buat book mark, kali ni boleh improve product bookmark tu dengan seni menggulung kertas ni. Ecewaaaah.
Dan satu hobi baru, conteng tangan orang guna inai. Betapa suka nya aku dengan aktiviti-aktiviti macam ni. Botol kismis aku habis kena doodle akibat terlampau bosan sementara nak tunggu LSP tu habis bila petang-petang duduk terperap dengan roommate sampai kadang-kadang buat-buat tidur pun tak mahu tidur. Maka dinding pun jadi mangsa keadaan. Mungkin nanti bila dah berumah tangga, aku nak request kat suami tolong sediakan satu bilik "pendidikan seni" untuk aku. Wowwwww,seronok. Aku dapat bayangkan. Lepas tu baju semua aku gantung tak nak lipat. Hahahahaha. Jangan wanie jangan.
Lepas tu,preparation wedding lagi, cuti ni nak buat kuih raya sikit-sikit. Sebelum ni mak buat kuih tunjuk je dekat kawan-kawan dia. Kali ni aku nak manfaatkan cuti ni sebaik nya. Sebenarnya jujur, aku tak berbakat lansung memasak ni sebab mak sendiri pun tak pandai sangat masak dan tak rajin pun masak. Dia just ajar aku basic-basic je. Kira ok la kan ada basic memasak. Nanti belajar la dengan mak mertua. Hiksssss. Biasanya lah kan, aku belajar buat kuih daripada Prof Google je. Nampak resepi,pastu tengok feedback orang positif, aku pun try la. Biasanya first time buat tu jadi. Tapi second time tu rasa dia macam merapu sikit la sebab ajet-ajet dah tahu buat benda tu tanpa tengok resepi. Tapi dah bakat tadi tak berapa nak ada kan,lain la jadinya.
Menjahit????
Kali ni macam tak nak buat aktiviti ni dulu. Tunggu cuti sem yang lain.
By the way, untuk awak-awak yang tengah cuti tu, jom la jangan sia-siakan cuti kita. Lagi-lagi yang perempuan kan. Dah nak kahwin weyyyyy. Umur bukan belasan tahun dah. Jom kita belajar macam-macam.
Nasihat ala-ala mama.

Ikhlaskah Kita?


Most of us .
( tak kata semua ) 

We did perform the prayer.
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib and Isya’.

Tapi hanya sekadar rutin harian saja . 
A must-to-do list .

Sampai kadang2 kita solat laju2 kan?
Semata-mata nak kejar dunia.. 

”Nanti cerita running man hbis pulak”
”Nanti cerita Kuch Kuch Hota Hai habis pulak”
”Nanti cerita kerana terpaksa aku relakan habis pulak”
”Nanti novel tak habis bace pulak”
”Nanti masa studi aku sikit pulak”

Mcm2 nanti, kan?
Too many excuses.

Der~ Allah tak pernah bg excuse utk TAK bagi kite udara utk bernafas.

Have you ever think if Allah gives excuses in giving His oxygen to His slaves ?
All of us will certainly DIE. In a nick of time. 

Solat kita takde penghayatan, takde kualiti, or in other words, should i say ”murah” ?
Yep. Cheap at His sight. Totally.

Tajdid niatmu semula, sahabat .

Kenapa kita solat?
Kerana manusia? Kerana kita ni muslim? Kerana nak cukupkan syarat kita ni beragama?

Firman Allah :
”Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku”

Ibadah.
Tujuan utama kita hidup di dunia ini. Dengan ibadah kita mencari redhaNya,
Tapi apa gunanya kita lakukan ibadah,
tapi bukan kerana Allah?
Kerana tuntutan agama semata.
Kerana pandangan manusia semata.
Adakah manusia yang akan nilai ibadah kita kat padang mahsyar nanti?
Disebabkan solat yg ‘lack of quality’ ni jugaklah.
You and me .
Kita btrusan lakukan sesuatu dosa.
Sebab solat yang kita buat tak dapat meresap dalam hati kita.
And thus , tak dapat nak cegah kita dari buat dosa dan kemungkaran.

Firman Allah:
sesungguhnya solat itu mencegah drpd ker0sakan dan kemungkaran.
Therefore, perform your prayer with a sincere heart from a slave towards his rabb.
I am n0 one to judge your sincerity.

Kerana ikhlas tu ibarat titik hitam pd batu yang hitam di malam yang gelap~
sdgkan malaikat and syaitan pun tak pernah tahu tntg keikhlasan kita.
Hanya allah sahaja yg tahu tntg keikhlasan hati hamba2nya dalam amalan yg dilakukan nya.

Maka dgn itu.
Ikhlaskanlah hatimu dalam mengerjakan solat, dlm apa jua ibadah 
solatlah dgn sempurna ye kwn2~

an advice exclusively for me and generally towards all my beloved friends and families,
smile.