Showing posts with label USIM. Show all posts
Showing posts with label USIM. Show all posts

Dusun Sukorambi, Jember Indonesia




Hari kedua di Indonesia. Dalam perancangan awal, sepatutnya hari kedua kami berada di panti asuhan dari pagi hingga ke petang. Disebabkan pihak panti asuhan meminta kami datang selepas tengahhari, maka kami dibawa oleh Pak Wahit & Pak Nasit (dua-dua tour guide yg baik hati) ke Dusun Sukorambi, Jember atau nama manja dia Taman Botani.

Apa yang uniknya tempat ni, dia betul-betul dalam kampung dan masa tu ada renovation but still kitorang boleh masuk. HAHA Dalam tu ada swimming pool, ada flying fox, ada taman yang sebenarnya macam kat kampung je..haha yang excited dia ada rumah pokok tu apa nama scientificnya entahlah. haha

Fee masuk tak ingat dah berapa tapi kami dapat fee untuk citizen. Dekat post ni kita nak share gambar je sebab time ni tak berapa nak aktif, banyak tangkap gambar je.

Pintu masuk

Sebelum masuk.
Dari kiri : Hanim, Wanie, Hani, Aslam

CONSTRUCTION!!!!

Flying fox. I tak involve sebab tengok tu dia ikat macam mana..haha

Swimming pool. Kitorang boleh tengok je. Sebab malas nak bayar. HAHA


Bersama Pak Wahit

Perangai tak senonoh je semua



Belakang tu ada sawah.
Dari kiri : Miyun, Farah, Amni, Ipah


Hani & Dr Athirah

belanja video sikit sebab masa ni semua dah tak tahu nak buat apa



ok dah sambung cerita nanti pula

Global Islamic Student Outreach : Kembara Mahabbah di Bumi Jember

Wakil sebahagian pelajar Fizik Gunaan menjelajah ke bumi Jember Indonesia pada 22-27 Ogos 2016.
Walaupun cerita ni dah sedikit basi, kita nak juga share sikit-sikit tentang aktiviti kami di sana. Tapi bukan hari ini. Nanti kannnnnn!!!
Nanti dah update boleh la klik link bawah-bawah ni tentang tempat yg kami kunjungi.
1. Juanda Airport, Surabaya
2. Universitas Jember
3. Dusun Sukorambi, Jember
4. Yayasan Az-zahra, Jember
5. Pantai Papuma, Jember
6. Gunung Bromo
7. Pesantren Darus Sholihin, Lumbang-Probolinggo
8. Monumen Tugu Pahlawan 10 November, Surabaya
Bagi kita masa sikit eh..hehe

Yang Berlalu Tak Sepenting yang Mendatang


Semua orang busy,
Busy tanya result aku.Ok,kalau tanya personal aku jawab je.
Sebenarnya result aku bukan lah lawa sangat. Biasa-biasa je. Kena lah bersyukur bukan?
Kita bukan siapa-siapa. Haha Tolong jangan baca dengan nada sedih,benci aku. 
Pointer dah lepas target pun dah syukur dah. Tak target tinggi-tinggi pun.
Sujud syukur terus sebab ada satu subjek tu aku faham masa study week tu haaa. Tak ke buruk pe'el aku. Nak exam baru bersungguh nak fahamkan. Alhamdulillah la Allah bagi aku faham masa tu.

Cuma satu je masalah aku, pandai guna formula, tapi tak mahu menghafal. Kena gagahkan ingatan dengan Al-Quran lepas ni. Tu la tips menghafal sebenarnya. Tak tipu, cubalah. Ternyata berkesan.

Aku rasa tak perlu kot share pointer aku kat sini. Nak tahu, private contact. haha Bajet lawa sangat je pointer tu. Ada aku kisah? Orang kata ilmu bukan pada pointer. Yeah! It's true. Kau faham la macam mana pun, tapi kalau masa exam tu kau tak reti nak trick masa jawab, tak dibuka rezeki jawab dengan betul, tak dibuka rezeki lecturer tu nak bagi markah yang superb; jangan mimpi lah kau nak dapat markah yang tinggi-tinggi. Maybe carry mark pun tak memberansangkan. Tengok usaha je lah. Redha.

Buka-buka je estudent untuk cek result, aku tengok gred koko aku dulu. HAHA malas nak tengok pointer. Then terus je aku whatsapp lecturer tu sebab dua hari sebelum result keluar, dia dah text aku awal-awal. Rasa dihargai sebab macam caring lah jugak lecturer sorang ni kat aku. Kehkehkeh Perasan je aku ni.



HAHAHAHAHA
Punya panjang lebar, dia balas sikit je sebab dia tengah drive masa tu.
Suka hati aku je kan bagi bahasa macam tu. Aku harap dia tak kisah. In fact, dia one of adik beradik angkat aku dalam projek akhir subjek ni. Nak tengok ke adik beradik aku??


abah angkat, Mama angkat, Dir, Aku, Pidot, Syakir, Faris

Macam mana boleh dapat serumah dengan lelaki pun aku tak faham. Sebenarnya lecturer tu tak ada pun dalam gambar ni.hahaha (ok tak lawak). Mereka sangat berusaha gigih untuk projek ni. Lagi-lagi yang hujung sekali tu, Faris nama dia. Respect sangat lah kat dia. Umur setahun tua sikit dari aku. Tak tahu nak cakap macam mana betapa baiknya dia dengan kitorang yang ambil kursus ni. Aku harap kalau satu hari aku dapat jawatan yang macam ni lagi, aku dapat berkerjasama dengan orang macam Faris ni. Tak tahu nak balas jasa apa lagi dekat Faris ni. Setiap kali berurusan, dia mesti akan bagi ucapan terima kasih yang melimpah ruah dan tak mampu aku nak balas. Sebab, aku cakap terima kasih,dia terima kasih balik, aku cakap lagi terima kasih,dia cakap lagi terima kasih. Betapa bidadara nya Faris ni. HAHA ok tak nak puji lebih-lebih. Meluat pula aku memuji-muji ajnabi ni.

Apa yang penting, USAHA kita. Dah,nampak dah. Tak usah lah nak sedih sangat dapat pointer rendah. Kau ingat orang yang tak belajar kat luar tu suka ke dengar kau sedih dapat pointer rendah. Diorang lagi sedih tahu?sebab diorang tak mampu pun nak belajar macam kita. 

Moral :
TERUSKAN BERSYUKUR
TERUSKAN BERUSAHA
kerana
YANG BERLALU TIDAK SEPENTING YANG MENDATANG
:)




Sibuk? Apa tu??




Dulu orang kata budak DEGREE ni banyak waktu free. Memang, kalau tengok jadual kelas memang rasa lagi free dari ASASI.
In fact, degree ni terasa lagi busy dari TAMHIDI dulu.
 Ok before that, TAMHIDI tu ASASI kat USIM. Bahasa Arab bagi asasi adalah tamhidi.

Ok sambung.
Macam aku cakap tadi, degree ni lagi sibuk dari tamhidi. Masa tamhidi busy tu memang lah busy. Tapi busy tu stick kt satu benda iaitu STUDY. Takde benda lain. Study, study, dan study. Busy dengan soalan tutorial, busy dengan quiz & test, busy nak rebut bas untuk balik hostel yang jarak dia 30 minit dari U. Semuanya busy sebab belajar lah.

Masa tamhidi dulu selalu juga terfikir, seronok betul jadi budak degree ni,kelas macam "nak tak nak" je.
Sekarang ni dah rasa sendiri,haiyooo. Busy dia tak busy sangat. Tapi bila dah dapat kerja tu, memang kene buat sungguh-sungguh. Takde dah main-main.
Aktiviti apak banyak. Cara belajar?? Tak payah cakap la. kalau dapat lecturer yang alert dengan masa ok la. Dapat pula doktor yang huarggghhhhhh. Tengah siap-siap nak pergi kelas dah ni,tinggal nak sarung kasut, tetiba dapat mesej, "kelas harini dibatalkan".

Ok, mungkin seronok untuk subjek yang kita anggap remeh je. Tapi kalau subjek core dalam course tu,memang la lagi "seronok" kan. Bila masa dia mengajar kat depan, kita mula la terkebil-kebil. Laju sangat-sangat smpai susah nak catch up.Nota suka hatilah korang nak pakai nota apa. Dia tak nak ambil tahu pun semua tu. Yang penting bila dia nak buat test, tetiba dia bawak sebundle kertas dan suruh tutup semua buku. Tak inform pun yang minggu tu ada test. harghhhhhh. Itu lah degree.

 Lagi satu group discussion. Banyak sangat group sampai kadang-kadang tu aku confuse aku satu group dengan siapa. HAHAHA. Lecturer main tukar-tukar je group tu. kadang-kadang waktu discuss tu bertindih. Masa tu lah nak fikir lab report dengan orang lain. Masa tu lah nak fikir assignment dengan group itu group ini.

Itu baru kat dalam kelas. Yang ni koko pula. memandangkan aku tak boleh nak main banyak benda atas faktor fizikal aku ni,aku pilih SENI SUARA ISLAM. Dengan niat nak belajar balik taranum-taranum tu. Tapi hampeh,tetiba lecturer tu tukar jadi nasyid.
Baru-baru ni ada buat kelas ganti hari rabu. Beliau bagi satu lagi lagu tambahan untuk dihafal. Lepas tu nak tasmi' hari sabtu minggu yang sama. Haaaaaa,memang otak keretaapi aku ni. Nak pulak aku antara AJK tertinggi untuk Projek Akhir subjek ni. Nak kene settle benda tu cepat-cepat diorang kata. Lagu dia memang klasik sangat-sangat lah. Tak pernah dengar. Tapi bila dengar balik not bad la. Sedap juga.

Nak cakap satu je, kalau macam tetiba aku tak terreply text, whatsapp, wechat segala bagai tu sori la. Bukan tak nak reply. Sebab kadang-kadang tu aku tak terperasan pun benda tu aku tak reply lagi. 


MAY ALLAH EASE EVERYTHING 


Terima



Terima?
hah,terima apa ni??
Terima yang kau dalam dunia fizik wanie. Erm,bosan lah asyik post pasal fizik je kat blog ni. Kfine.

Terima kasih ya Allah kau beri aku sahabat yang sebising mereka. Makin semangat nak belajar. Walaupun sebenarnya ilmu fizik tu tak nak lekat2 lagi dalam otak ni. 

Saat kasih mula berputik. Eceyh.

BSE1






Degree here I come



2 september 2013

Bermulalah langkah kaki masuk ke alam yg lebih tua dari dulu. Dengan azam dan tekad baru, kecekalan, ketabahan. Lontarkan semangat yang kau ada Wanie.

Fizik Gunaan,bukan penghalang untuk kau berjaya. Okey,kawan-kawan bila jumpa semua bagi semangat. 
"Kau istikharah Wanie"
"Allah dah aturkan,kau minta lagi kt Dia"

Ya,betul tu apa diorang cakap. Dan abah :
"Masa ni la nak cabar diri kau. Asyik mintak apa yg kau nak je."

Hmmm,abah jarang la nak cakap kat aku macam ni,biasa dia diam je,ikut je apa yg anak-anak dia nak. Then  aku rasa macam aku perlu teruskan.
Bila orang tanya nanti kerja apa,aku jawab je.. 
"ntah"
Sebab??
Seriously,aku memang tak pernah ambil tahu apa ke bendanya Fizik Gunaan ni. Ada yang kata kerja ala-ala engineer. Haaaaa,amek kau. Tak pernah pun ada cita-cita tu. 

Apa-apa pun,harap semua doakan saya rajin belajar. Tak malas macam masa TAMHIDI dulu.

Sekian.

*harap-harap lecturemate aktif bertanya macam masa kat KTS2 dulu. Tak ada la rasa macam batu masa belajar. :)

all i love