RESEPI SPAGETI CARBONARA (edisi tanpa prego)
Hampir lupa nak share resepi spegeti carbonara ni. Haha
Ok esok cuti kan? Boleh la cuba.
Selalu yang makan ni baby baby. Contohnya macam wanie. .kahkahkah
Credit : Aqilah Kamarudin & siblings sebab diorang yang ajar.
BAHAN-BAHAN :
🍝 1 bungkus pasta ikut minat (wanie guna angel hair sebab dia halus senang nak kunyah "pemalas")
🍝 1 tin susu cair/sejat
🍝 1 kiub pati ayam
🍝 1 biji bawang holland
🍝 1 tin cendawan butang (optional, kalau tak nak pun takpe, tapi kalau ada memang sedap)
🍝 1 bungkus sosej/daging cincang/ayam cincang (optional tapi ni yang buat spegeti lagi sedap)
🍝 1 biji telur
🍝 sedikit margerin/minyak (merjerin lagi sedap)
🍝 1/2 sudu tepung jagung (bancuh siap² dalam cawan)
CARA-CARA :
Pasta :
1. Rebus pasta korang sampai kembang.
2. Toskan.
Basuh sikit spageti tu supaya hilang rasa wax tu.
P/s : kalau nak bagi pasta tu nampak lawa tak melekat antara satu sama lain, masukkan sedikit minyak masa rebus tu supaya dia terlerai. (biasa la adik-beradik kan suka sama²)
Carbonara :
1. Potong dadu bawang holland dan sosej/daging cincang/ ayam
2. Panaskan margerin/minyak, kemudian tumis bawang holland sehingga naik bau.
3. Masukkan kesemua susu sejat.
4. Masukkan kiub pati ayam bila susu sejat dah mula mendidih.
5. Masukkan sosej/daging/ayam tadi.
6. Dah nampak panas mendidih macam nak meletus tu (over haha), masukkan telur dan gaul jangan bagi lepas.
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung supaya kuah tu likat. (siapa yang nak rasa melayu sikit tak perlu pun tepung jagung ni sebab telur tadi pun dah bantu likatkan kuah)
8. Texture dah lawa, tutup api.
9. Hidang (letak la bunga-bunga sikit hahaha)
SELAMAT MENCUBA!!!!
No comments:
Post a Comment