Showing posts with label ~membebellah. Show all posts
Showing posts with label ~membebellah. Show all posts

Lembut Bukan Lembik



Suatu hari, seorang kakak berjalan keluar dari kedai buku. Tiba-tiba terselisih dengan tiga manusia bernama lelaki. Jantung dia berdebar-debar tahap nak pengsan aku rasa. Dah tak ada jalan lain nak lalu ni. Terpaksa lalu jalan yang tu jugak. Semanusia yang muka dia berparut daripada tiga manusia tadi buat bunyi sweet-sweet kat semanusia kakak tu. Pastu kakak tu pun buat tak tahu. Tiba-tiba dua manusia lagi datang dekat kakak tu, seorang dengan muka menggoda,seorang lagi buat muka nak kene sepak. Kakak rasa tak tahu nak buat apa sebab kakak seorang yang sopan santun,lemah lembut,berpekerti mulia dan paling sayang sekali kakak tak pernah diajar untuk mengganas. Lalu kakak itu diraba oleh tiga manusia rakus tadi.

Okeyh,cerita tadi aku reka je sebab tiba-tiba aku terbayangkan kalau aku ada kat tempat kakak tu apa yang patut aku buat. Mesti gelabah punya lah. Dah la sorang,jumpa pulak tiga orang lelaki yang muka dia scary nak mam. Satu je benda yang aku tahu masa tu. Gunakan bakat berlari aku. Tapi lari pun tak cukup sebenarnya sebab aku tengok lelaki lari laju daripada perempuan. Yang pasti aku takkan pakai highheels kalau keluar ke mana-mana. Nak belajar taekwan doe (tak tahu eja) pun malas,silat apatah lagi. 

Tak,bukan benda ni yang aku nak cakap sebenarnya.
Nak cakap apa beza LEMBUT & LEMBIK.
Ok,cuba bezakan situasi ni :

SITUASI 1 :
Seorang kakak sedang duduk bersimpuh di hadapan televisyen sambil menikmati buat magga dengan penuh sopan. Dengan nada yang lembut kakak tadi mempelawa adik bongsunya makan bersamanya. Adik itu pun join sekali makan.

#LEMBUT
Ok,kakak yang ni aku suka.

SITUASI 2 :
Seorang kakak yang berperwatakan sama dengan cerita yang mula-mula kat atas tadi teringin sangat-sangat nak panjat Bukit Broga sebab kawan-kawan kelas dia ajak hiking satu kelas. Dia pun join. Sampai kat satu tempat yang ada batu besar tu,dia rasa macam lemah sangat bila fikirkan keayuan dan kelembutannya. Lepas tu ada lah seorang kawan lelaki dia offer nak tarik tangan dia dari atas (berlapik). Lepas tu dia tak nak,tapi semua orang dah tunggu dia kat atas.

#LEMBIK
Ok,orang-orang macam ni aku tersangatlah anti. Tahu tak bezakan lembut dengan lembik tu apa? Cuba bayangkan kau dalam situasi berperang. Ada tak orang nak tolong kau? Nak jadi lembut ada tempatnya. Ada masa kita kena ganas! Yeah!!! (over)

SITUASI 3 :
"Aku takut la nak angkat tangan nak tanya soalan. Lecturer selalu tak nampak kehadiran tangan aku yang meliuk lambai ni. Lagi pun suara aku tak kuat macam suara kau."

#LEMBIK
Ok,yang kena bercakap dalam kelas memang orang yang suara kuat je la?Kau ibarat bijak pandai yang "ok,aku dah faham semua,takyah tanya", yang bertanya tu pulak kene tuduh "BODOH benda simple pun tak tahu."

SITUASI 4 :
"Awak,awak tak patut tulis macam ni, nanti ada orang yang terasa."

#LEMBUT
Ok,aku terasa. HAHA

Konklusinya :
JADILAH SEORANG YANG LEMBUT TAPI TAK LEMBIK.
:)
 

Semangat Patah Jangan



Taraaaaa~


Hah!!Amek aku! Total up semua 22 credit hour untuk sem2. Mana tak terkejut otak Albert Einstein aku ni nanti. Dari 17 jadi 22.  Pandai U aku ni buat surprise. Dulu masa mula-mula masuk course ni tengok sem2 19 credit hour je. hahaha ok tabah,jangan bermarah.

ching~
*bidadari merayap keliling mata



19 je la. Statistik bukan sem ni.Baru update.
Dalam menuntut ilmu ni, apa yang penting niat kita. Tak kiralah kita suka atau tidak benda tu. Allah baru bagi kita sedikit je ilmu yang Dia ada pada kita. Kita dah nak menggelabah. Ya, memang berat untuk orang yang malas (macam aku). Tapi percayalah, tak semua benda kat dunia ni mudah kecuali dengan
 DOA, USAHA, ISTIQAMAH & TAWAKAL. 

Selagi ada nyawa,selagi tu kita cuba belajar. Tak rugi kalau kita ada ilmu. Macam A.B.C. Ada rasa menyesal tak belajar A.B.C masa tadika dulu? Sekarang memang lah kita kata :
"Alah, A.B.C je pun. Tok sah belajo le".

Penah tak kita fikir, 
tanpa A.B.C takde lah sekolah, 
tanpa A.B.C takde lah universiti,
tanpa A.B.C takde lah buku,
tanpa A.B.C takde lah ilmu,
tanpa A.B.C takde lah kita tahu isu semasa,
tanpa A.B.C takde lah kita baca blog ni (nak jugak).
tanpa A.B.C takde lah kita macam katak bawah tempurung,
dan 
tanpa A.B.C mungkin kita tak kenal erti komunikasi.

Gunalah A.B.C sebaiknya. Sama macam ALIF.BA.TA. Tak rugi pun belajar. 
Yang pentng:
SEMANGAT PATAH JANGAN!!

Moral of the story, tak perlu kot kita kata apa yang kita belajar tu buang masa,sebab suatu hari mesti kita akan guna. Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita belajar.




Degree here I come



2 september 2013

Bermulalah langkah kaki masuk ke alam yg lebih tua dari dulu. Dengan azam dan tekad baru, kecekalan, ketabahan. Lontarkan semangat yang kau ada Wanie.

Fizik Gunaan,bukan penghalang untuk kau berjaya. Okey,kawan-kawan bila jumpa semua bagi semangat. 
"Kau istikharah Wanie"
"Allah dah aturkan,kau minta lagi kt Dia"

Ya,betul tu apa diorang cakap. Dan abah :
"Masa ni la nak cabar diri kau. Asyik mintak apa yg kau nak je."

Hmmm,abah jarang la nak cakap kat aku macam ni,biasa dia diam je,ikut je apa yg anak-anak dia nak. Then  aku rasa macam aku perlu teruskan.
Bila orang tanya nanti kerja apa,aku jawab je.. 
"ntah"
Sebab??
Seriously,aku memang tak pernah ambil tahu apa ke bendanya Fizik Gunaan ni. Ada yang kata kerja ala-ala engineer. Haaaaa,amek kau. Tak pernah pun ada cita-cita tu. 

Apa-apa pun,harap semua doakan saya rajin belajar. Tak malas macam masa TAMHIDI dulu.

Sekian.

*harap-harap lecturemate aktif bertanya macam masa kat KTS2 dulu. Tak ada la rasa macam batu masa belajar. :)

all i love


Cikgu Chaplin


Hoyeah,hari ni jadi macam Charlie Chaplin. Gelabah.
Produk terlalu banyak sampai tak menang tangan. Senior-senior termartabat semua kene buat kerja kat tempat proses. Tinggal aku sorang jah..Kelas gitu. Dapat pulak budak-budak baru yang datang macam,,,,,
 BOOOOOOOOOM.
Amek kau,sekali ramai. Aku kene ajar budak-budak ni. 5 orang sekali gus. Kalau majoriti perempuan tak apa lah jugak. Yang ni??sorang je perempuan. Yang  lain tu lelaki. Dah la yang sorang tu hensem. HAHAHA  menyempat. Aku lah paling sibuk KONONnya. (-,-") 
Sampai bebudak ni salah pack. Padan lah muka aku. Malu sendiri.

Live chat dengan Dayah Na'aim pun tertangguh-tangguh tadi..
Hopefully budak ni masuk balik kerja sini. Please la ha~



Berani Gagal :)

Meringanan jari untuk menaip entry baru..Tiba-tiba rasa macam nak tarbiah diri sendiri harini. (Pernah ke aku tarbiah orang?hehe)
Jom cerita pasal exam.Mesti ada orang kata :
"Arghhhhhh,aku benci word tu.Murka tahap GIGA!!"
atau
"Wey,janganlah sebut lagi.Aku tak ready lagi".
Bila dapat result pulak :
"Wey,kau markah kau mesti tinggi kan?Aku punya sikit gila!"
(padahal dia lah yang the best.Ingat senang ke nak dapat satu markah tu pun.)
Nak tengok tak result seorang makcik bising yang tahu membebel,berkomen dan blablablabla??

Pointer ni amat menyeramkan bagi student TAMHIDI macam 'dia'.Alhamdulillah masih lulus.Tapi Second Semester 'dia' kena fight habis-habisan.'Dia' tu siapa?Faham-faham je lah.
Tak sedih ke?Tipu la kalau kata tak sedih.Tapi ini lah padah orang yang suka sangat main bila-bila masa. 
"Dah nak buang air besar,baru nak korek lubang" <-----orang ada="" ke="" korek="" lagi="" lubang="" p="" sekarang="">

FAILED

Maksud failed dalam 'Oxford Advance Learner's Dictionary International Student's Edition' adalah 'not successful'
Hoiyaaaa,bahasa melayu maksudnya gagal lah kan?Percaya tak kalau saya kata kita semua BERANI GAGAL? Tolong lah percaya sebab saya juga antara manusia yang BERANI GAGAL. Kenapa berani gagal? Sebab kita sanggup buat apa yang kita nak walaupun kita tahu benda tu sangat extreme untuk kita. Contoh macam saya,saya rasa saya tak mampu nak belajar subjek-subjek sains lagi lepas habis sekolah.Tapi saya sendiri yang menempah kegagalan bila masuk TAMHIDI dengan tak belajar sungguh-sungguh. Bukan ke tu berani gagal namanya.
Ok see. Jujur saya tak malu nak tunjuk ni sebab ini saya :


 Anggap je lah nombor tu comel. Then dalam hati cakap macam ni :
"Allah tak kan uji hanbaNya kalau dia tak mampu."

Tiba-tiba teringat pulak yang ini :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Ok then??Maksudnya,bila kita dah dapat kegagalan tu,kita sebenarnya boleh ubahnya sendiri jadi kejayaan.
Tapi tak bererti bila kita gagal dalam exam,kita gagal dalam hidup.Apa-apa pun,hidup mesti diteruskan. Allah tu penyayang,dia bagi lagi kita peluang untuk berjaya. Kalau tak dalam exam,maybe dalam hal yang lain. 

PERHAPS ALLAH, SAYANGSSSSS.
Kita insan terpilih,renung-renungkan :)



Tamhidians. .Eps1




Saya ada kawan baru. Kawan saya BAIK, CANTIK, MENARIK, TERTAWAN, JUTAWAN. 
'Saya Sayang Kawan Saya'

TAMHIDI SAINS & TEKNOLOGI
KTS2, TTS 5, E1-4 Kolej Kediaman Nilam Court,Nilai , Negeri Sembilan.

KTS2
Not bad dan saya sukakannya. Sebab lecturer tak kenal saya. So kalau saya tertidur,lecturer takkan mentioned nama saya.


lab physics




TTS 5
Mereka memang syiok!!HACK twitter saya. Belajar sama-sama,nakal sama-sama,kena marah sama-sama.



penolong ketua KTS2 (najihah rohmat) & TTS 5(aqilah kamaruddin)

perbincangan bahasa arab yang menyeroknokkan

hebat kan?sempat tangkap gambar masa ustaz garang

E1-4 Nilam Court,Nilai

Ok,yang ni lebih banyak bersama. Makan sama-sama,tidur sam-sama, jimat sama-sama,beli burger pakai telekung sama-sama, shopping barang rumah sama-sama, buat bising sama-sama (padahal aku je yang lebih2,hehe). Segalanyalah. Bayangkan makanan yang sepatutnya terbayar dalam RM 9 jadi RM 3-4. Hebatkan?hehe taknak banyak cakap,nak simpan air liur. Pastu taknak penatkan jari ni sebab soalan tutorial belum siap lagi. Ok jom tengok sikit-sikit gambar.

berkelah kat tasik 'CANTIK'

hang out depan restoren nasi arab..haha

surat khabar sebelum burger

fatimah yang lucu

sarapan pg yg menjimatkan


meja budak 'RAJIN' belajar

NURUL FATIN

ok,nampak tak gambar yang bawah sekali ni?? NURUL FATIN.
1JULY1994

"I wish u happy,happy, happy birthday baby tua!!!!!"

special song for u



....................tamat......................











.dulu, kini, selamanya. kita kawan kan??




K . A . W . A . N
...............

"Untungla!! Orang tu dah ada kawan baru. Kawan lama ni tinggalkan je"

TIADA ISTILAH KAWAN BARU ATAU KAWAN LAMA OK!!!

Apa pendapat anda tentang kawan?? Orang selalu susah-susah nak membezakan kawan , sahabat & sebagainya. Erm,rasanya ok2 je kot nak sebut apa-apa pun. Asalkan namanya TEMAN. Kadang-kadang bila dah rapat sangat pun susah. Mesti ada ujian punya. InsyaAllah. Kenapa? Sebab Allah nak uji persahabatan yang kita miliki. Berkata berdasarkan pengalaman diri,kawan & masyarakat sekeliling.

Kadang-kadang ada yang tak bertegur sampai 3 hari & lebih. Apa kata kalau kita saja yang selalu beralah. Tahukah anda hukumnya? baik jom!!
Klik di SINI

Kes seterusnya,
KAWAN MAKAN KAWAN.

Aum!macam sedap kan?? oh no. Tak sedap lansung. Ini lagi satu. Jika anda diberi pilihan antara DUIT dengan KAWAN,nak pilih yang mana? Kalau saya pilih saja duit.Kenapa?

1. Dengan duit kita boleh buat apa saja yang kita nak.
2. Dengan duit kita boleh cari kawan
3. Dengan duit boleh lah saya beli apa yang saya impikan selama ini.

Alahai!!Apalah yang sibuk sangat dengan duit tu. Baik pilih KAWAN.Kenapa?

1. Dengan kawan pun kita boleh buat apa saja yang kita nak.
2. Dengan kawan kita boleh kongsi cerita & dengar cerita dia. Dengan duit boleh?
3. Dengan kawan pun kita boleh mintak duit kan?

Kawan lah segalanya selepas Allah, nabi & rasul, Ibu bapa.

............................................................................................................................

ya Allah,jika kau pertemukan aku dengan sahabat, eratkanlah ukhuwah kami seadanya.  

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Husna Husin


I love your entry much-much-much. Terima kasih sebab sayangkan persahabatan kita, Walau dimana kita berada,jangan pernah kau lupa kat aku. Aku pun. Erm,by the way, I really appriciate you..muah2


<3 this ==> Hazwanie Zul

I'm 18th


lapan . belas . tahun
..........

Orang kata 18 tahun tu dah besar. Betul ke? Erm,ntah lah,tak pasti. YaA,nak diceritakan,seronoklah birthday kali ni.Kenapa?hehe

1. Ada jugak orang yang nak belikan kek untuk aku.
2. First time kot merasa FREE CALL maxis & celcom.
3. Timba pengalaman mengajar budak sekolah rendah pulak.
4. Ada orang belanja makan sambil makan angin~ haha
5. Wish banyak kot!!

Haha memang dah terasa BATAK n JAKUN sangat lah

Ok,kita mula dengan 'kenapa' (1)
Ada jugak orang yang nak belikan kek untuk aku.

Erm,mula-mula baca macam aku 1st time dpt kek kan?haha tidak-tidak. Saja je nak mentioned berapa banyak batak aku kumpul sampai pukul 6 petang ni. 
Terima kasih pertama buat HUSNA ALI sebab dialah orang pertama bagi kek kat aku. Seminggu awal pulak tu.haha
 Next,KAK WAN yang sibuk bekerja tu. Terima kasih sebab berjaya kenakan saya sehari lebih awal sampai menagis-nangis..hehe
Nak diceritakan memang panjang lah.Nah tengok kek dia..sedap.




'kenapa' (2)
First time kot merasa FREE CALL maxis & celcom.

Haha yang ni pun berbatak jugak lha. Sebab sebelum ni birthday aku memanjang je hari sekolah. Ni dah tak sekolah,ponteng kerja pulak. (hehe kak wan,bukan ponteng ngade2 ea). Erm,kalau boleh nak call semua nombor dalam list tu. Tapi tak menang tangan..cewah,macam ARTIS pulak. Haha

'kenapa' (3)
Timba pengalaman mengajar budak sekolah rendah pulak.

hah,yang ni memang penat. Sekarang baru lha faham kenapa dulu-dulu cikgu asyik-asyik marah budak-budak sekolah je. Oh,rupanya penat. Macam-macam ragam. Kalau dulu aku ajar budak prasekolah pening,yang sekolah rendah ni lagi lha pening. Bersama 8 orang lagi kawan-kawan esspecially geng-geng bawah meja sekolah rendah. 

katenye senaman pandang kelangit..ntah nye

tidur pun ada!!
'kenapa'(4)
Ada orang belanja makan sambil makan angin~ haha

Terima kasih Saifuddin khalid ketua murid dolu-dolu sebab dah belanja. Syiok-syiok ma~. Kononnya terengganu lha kan. Padahal BNO je. Mereka dengan kegirangan belon air tu. Sanggup beli main dalam kereta dalam perjalanan pulang. Papepun korang semua best sangat-sangat. Suzey, Noni, Addin, Muiz,Bobo, Fazley & tak lupa driver haram Nasri. Korang best. Pasni kita Pangkor pulak. Haha

taklimat main belon

tula blakang kete kanak2 riang

driver!!tanpa kasut & sliper!!haha

'kenapa' (5)
 Wish banyak kot!!

macam aku cakap tadi. Tak menang tangan. Ada je wish yang masuk. tqz for the wishes ALL!!!

Yang penting hari ni seronok sangat-sangat!!


.................................

malu`malu`malu~~~~

 
 
syamim!!
malu,malu,malu!!!
aku malu dengan kau!! Harap-harap kau tak nampak semua yang memalukan tu ok...
Arghhh!!seyez malu!!
Kalau nampak,aku harap kau diam-diam je..jangan cite kt sesape..Aduh!!!
 
dayah na'aim!!
aku malu!!!wu~ rasa macam tak nak kerja seminggu..
Malu~ 

~si belagak tabah~

 
 
 
Bukan mudah nak jadi orang yang tabah. Bukan susah nak jadi orang yang tabah. Tak susah & Tak mudah. Dia si belagak tabah.

"Ya Allah, kau tabahkanlah hati si belagak tabah ini"


Kadang-kadang gerak kerja yang dilakukan membuatkan orang lain kesian. Dia rimas dengan semua tu. Dia kata dia nak jd manusia normal. Bila dia diberi kemudahan ,orang sekeliling mula pertikaikan. Tapi kenapa? Kenapa pula mereka macam tu.Sedangkan dia tidak pernah meminta menjadi seperti itu. Ketika itulah si belagak tabah mula menitiskan air mata.
 
"Ya Allah,kau tabahkanlah lagi hati si belagak tabah. Moga-moga dia benar menjadi seorang yang tabah. Jangan biarkan dia menitiskan air mata kerana itu. Janganlah Kau biarkan dia rasa terbeban dengan kekurangannya."
 
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Kesusahan dan keperitan hidup. Mengajar kita erti dewasa. Memberi peluang untuk kita dekati,pada tuhan yang sering kita lupa.