Hah!!Amek aku! Total up semua 22 credit hour untuk sem2. Mana tak terkejut otak Albert Einstein aku ni nanti. Dari 17 jadi 22. Pandai U aku ni buat surprise. Dulu masa mula-mula masuk course ni tengok sem2 19 credit hour je. hahaha ok tabah,jangan bermarah.
ching~
*bidadari merayap keliling mata
19 je la. Statistik bukan sem ni.Baru update.
Dalam menuntut ilmu ni, apa yang penting niat kita. Tak kiralah kita suka atau tidak benda tu. Allah baru bagi kita sedikit je ilmu yang Dia ada pada kita. Kita dah nak menggelabah. Ya, memang berat untuk orang yang malas (macam aku). Tapi percayalah, tak semua benda kat dunia ni mudah kecuali dengan
DOA, USAHA, ISTIQAMAH & TAWAKAL.
Selagi ada nyawa,selagi tu kita cuba belajar. Tak rugi kalau kita ada ilmu. Macam A.B.C. Ada rasa menyesal tak belajar A.B.C masa tadika dulu? Sekarang memang lah kita kata :
"Alah, A.B.C je pun. Tok sah belajo le".
Penah tak kita fikir,
tanpa A.B.C takde lah sekolah,
tanpa A.B.C takde lah universiti,
tanpa A.B.C takde lah buku,
tanpa A.B.C takde lah ilmu,
tanpa A.B.C takde lah kita tahu isu semasa,
tanpa A.B.C takde lah kita baca blog ni (nak jugak).
tanpa A.B.C takde lah kita macam katak bawah tempurung,
dan
tanpa A.B.C mungkin kita tak kenal erti komunikasi.
Gunalah A.B.C sebaiknya. Sama macam ALIF.BA.TA. Tak rugi pun belajar.
Yang pentng:
SEMANGAT PATAH JANGAN!!
Moral of the story, tak perlu kot kita kata apa yang kita belajar tu buang masa,sebab suatu hari mesti kita akan guna. Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita belajar.
No comments:
Post a Comment