Bukan mudah nak jadi orang yang tabah. Bukan susah nak jadi orang yang tabah. Tak susah & Tak mudah. Dia si belagak tabah.
"Ya Allah, kau tabahkanlah hati si belagak tabah ini"
Kadang-kadang gerak kerja yang dilakukan membuatkan orang lain kesian. Dia rimas dengan semua tu. Dia kata dia nak jd manusia normal. Bila dia diberi kemudahan ,orang sekeliling mula pertikaikan. Tapi kenapa? Kenapa pula mereka macam tu.Sedangkan dia tidak pernah meminta menjadi seperti itu. Ketika itulah si belagak tabah mula menitiskan air mata.
"Ya Allah,kau tabahkanlah lagi hati si belagak tabah. Moga-moga dia benar menjadi seorang yang tabah. Jangan biarkan dia menitiskan air mata kerana itu. Janganlah Kau biarkan dia rasa terbeban dengan kekurangannya."
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11
“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.
Kesusahan dan keperitan hidup. Mengajar kita erti dewasa. Memberi peluang untuk kita dekati,pada tuhan yang sering kita lupa.
No comments:
Post a Comment