~perkahwinan bukan satu mainan~

 
 
Salam mesra sahabat. Aku bukanlah  insan yang sempurna. Kadang-kadang aku terfikir,kenapa anak muda sekarang sibuk mengejar 'cinta monyet'. Mungkin ia satu trend masa kini. Sebelum tu, aku nak mintak maaf dulu kalau sebarang kata-kata aku dalam entry ni bakal mengguris mana-mana pihak. Secara jujurnya, "tak salah kalau kita jatuh cinta". Tapi sahabat,kita mesti ingat,kita masih ada PARENTS yang perlu dicintai lebih, dan yang paling penting Allah & Rasul. Kat sini bukan nak belagak baik lah kan,tp untuk ingatkan diri sendiri jugak.
'Hailah jiwa,kau tak subur. Tak subur dengan cinta Allah'
 
 

Ini kisah benar.

Situasi 1:
Encik A :nanti dah besar aku datang la rumah kau. Bawak mama datang sekali. Boleh la sembang dengan mak kau.
Cik B : Nak datang rumah aku?sekarang pun boleh kn. Buat apa tggu dah besar??
Encik A : Hantar rombongan sekali. Alang-alang dah datang masa besar,hajat mestilah besarkn?
Cik B : Oh macam tu. Okey aku paham. Tapi dah tak ada orang lain ke?
Encik A : Buat masa ni kau sorang je.
*mungkin mereka yang pertama kali diungkapkan kata simple seperti ini akan rasa, "oh,biar benar. Ini tak boleh jadi ni. Aku mesti diamkan diri". Rasa takut pn ada jugak kn..

Situasi 2:
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
woe!!cinta muka buku. Facebook tu memang la laman sosial kan?tapi yang aku musykil tu,kenapa ramai yang teroversosial kt situ. Ada pulak yang baru add & tak pernah kenal langsung,tiba-tiba mintak nak kahwin. Aiyo!! 'Encik,perkahwinan bukan permainan. Lain lah kalau main TETRIS kat Facebook tu kan,orang invite,kita join main time tu jugak.Saya belum bersedia! Result SPM pun tak keluar lagi' Haha Pelik betul orang macam ni. Main cakap je. Kalau ye pun tak sabar nak kahwin,jangan lah main sebut kalimah tu. Berbisa lah.
 
Situasi 3:
kita kahwin bulan ni,bulan depan kita cerai lah..(cerita kat tv je)
 
By the way, the point is.
Gadis : 
Kau jangan berbuat keputusan sesuka hati. Fikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu. Wanita tu diciptakan indah,jadi kita jaga keindahan tu sebaiknya. Sama-sama taw.
 
Jejaka:
Jangan kau usik mana-mana gadis yang ingin kau miliki jika dia seorang yg cuba untuk berlaku baik. Jangan juga cuba rosakkan mereka dengan perkara yang mungkin bakal merosak akhlak kau & dia.
 
"I'm not perfection. But, I'll try to be perfect"
 
"ya Allah,berikanlah Hazwanie Zul suami yang soleh kelak.aameen~"

1 comment:

SitiKhadijahMn said...

assalamualaikum.

pertama skali nak gelak hahahaha. lawak la bace entri ni. kih3. die desperate sgt nak cari org nak kawin ngan die tu...

by the way, sebenarnye umur bukanlah penghalang sebenar kalu nak kawen pun. kalau ilmu agama dah cukup, fulus dah cukup and dah sedia nak kawin, ape lagi...hehe :D