~Tiramisu cup~


okey,bersama saya Chef Wanie dlm rancangan, 'kacau-kacau tepung!!yeah'..haha
hah,yang ni bukan 'membebellah'.
Jom cuba resepi tiramisu cup ni,bukan tiramisu cake taw. Bahannya dua-dua lain. Untuk Tiramisu cake saya cuba untuk belajar lepas ni & kongsi bersama anda resepinya.
"ilmu tanpa amal,ibarat pokok tidak berbuah"


yang dalam cup tu contohnya

Bahan-bahan

2 bungkus biskut tiramisu (sponge finger)
2 biji kuning telur
250 g mascarpone cheese (pastikan halal)
350 g whipping cream
100 g gula aising
Sedikit serbuk koko (hiasan)
1 sudu besar Nescafe
1 cawan air panas

Cara-cara membuat:

1.       Pukul whipping cream hingga gebu. Ketepikan
2.       Pukul kuning telur guna aising hingga pekat & gula hancur.
3.       Masukkan mascarpone cheese ke dalam adunan kuning telur yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
4.       Masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
5.       Susunkan biskut tiramisu yang telah dicelup dengan bancuhan nescafe ke dalam acuan.
6.       Kemudian letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.
7.       Ulang semula langkah 5 di atas hingga menjadi dua lapisan.
8.       Hiaskan dengan serbuk coklat di atas lapisan bancuhan terakhir.
9.       Sejukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 4-6jam.
10.   Sedia untuk dihidang.

biskut tiramisu hanya direndam sedikit sahaja dengan cara melintang atau berbaring.
patahkan 3


selapis2

Cadangan :
Bagi menghasilkan kek tiramisu cup yang lebih menarik, boleh juga dihiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Whipping cream yang okey pulak,boleh beli jenama MAURI


No comments: