Exam Fever
Hai Awak
Babi Baby Babi
Mashed Potato
Mentality
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Wedding Prep
Ikhlaskah Kita?
Lembut Bukan Lembik
S.M.I.L.E
Puding Karemel
Yang Berlalu Tak Sepenting yang Mendatang
HAHAHAHAHA
Punya panjang lebar, dia balas sikit je sebab dia tengah drive masa tu.
Suka hati aku je kan bagi bahasa macam tu. Aku harap dia tak kisah. In fact, dia one of adik beradik angkat aku dalam projek akhir subjek ni. Nak tengok ke adik beradik aku??
abah angkat, Mama angkat, Dir, Aku, Pidot, Syakir, Faris |
Macam mana boleh dapat serumah dengan lelaki pun aku tak faham. Sebenarnya lecturer tu tak ada pun dalam gambar ni.hahaha (ok tak lawak). Mereka sangat berusaha gigih untuk projek ni. Lagi-lagi yang hujung sekali tu, Faris nama dia. Respect sangat lah kat dia. Umur setahun tua sikit dari aku. Tak tahu nak cakap macam mana betapa baiknya dia dengan kitorang yang ambil kursus ni. Aku harap kalau satu hari aku dapat jawatan yang macam ni lagi, aku dapat berkerjasama dengan orang macam Faris ni. Tak tahu nak balas jasa apa lagi dekat Faris ni. Setiap kali berurusan, dia mesti akan bagi ucapan terima kasih yang melimpah ruah dan tak mampu aku nak balas. Sebab, aku cakap terima kasih,dia terima kasih balik, aku cakap lagi terima kasih,dia cakap lagi terima kasih. Betapa bidadara nya Faris ni. HAHA ok tak nak puji lebih-lebih. Meluat pula aku memuji-muji ajnabi ni.
Apa yang penting, USAHA kita. Dah,nampak dah. Tak usah lah nak sedih sangat dapat pointer rendah. Kau ingat orang yang tak belajar kat luar tu suka ke dengar kau sedih dapat pointer rendah. Diorang lagi sedih tahu?sebab diorang tak mampu pun nak belajar macam kita.
Moral :
TERUSKAN BERSYUKUR
TERUSKAN BERUSAHA
kerana
YANG BERLALU TIDAK SEPENTING YANG MENDATANG
:)
Rainbow Cookies ( Biskut Lidah Kucing)
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur (dalam 4 biji)
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
pewarna (banyak-banyak warna pun takpe)
*jangan letakkan terlalu banyak,tak baik untuk kesihatan
biskut tak bertamadun |
CARA:
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, & emplex. Kemudian ketepikan.
2. Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung & kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
4. Bahagikan adunan & letak dengan pewarna yang berlainan.
5. Masukkan adunan kedalam piping bag dengan nozle bulat & picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut warna pelangi.
6. Bakar dalam oven 150⁰C selama 15 minit. (Jangan biarkan permukaan atas keperangan)
7. Biarkan sejuk, makan dan simpan dalam perut.
SIAP!!!
Senang je,tak susah pun. Tapi biskut yang dalam gambar ni tak berapa nak lawa bentuknya sebab tak guna loyang lidah kucing tu. Kontot dan penyek.hehe Tak rajin nak beli. Kalau rasa teringin nak tahu loyang tu macam mana,google la. Baru lawa.
OK,Selamat mencuba.
Semangat Patah Jangan
Hah!!Amek aku! Total up semua 22 credit hour untuk sem2. Mana tak terkejut otak Albert Einstein aku ni nanti. Dari 17 jadi 22. Pandai U aku ni buat surprise. Dulu masa mula-mula masuk course ni tengok sem2 19 credit hour je. hahaha ok tabah,jangan bermarah.
ching~
*bidadari merayap keliling mata
19 je la. Statistik bukan sem ni.Baru update.
Dalam menuntut ilmu ni, apa yang penting niat kita. Tak kiralah kita suka atau tidak benda tu. Allah baru bagi kita sedikit je ilmu yang Dia ada pada kita. Kita dah nak menggelabah. Ya, memang berat untuk orang yang malas (macam aku). Tapi percayalah, tak semua benda kat dunia ni mudah kecuali dengan
DOA, USAHA, ISTIQAMAH & TAWAKAL.
Selagi ada nyawa,selagi tu kita cuba belajar. Tak rugi kalau kita ada ilmu. Macam A.B.C. Ada rasa menyesal tak belajar A.B.C masa tadika dulu? Sekarang memang lah kita kata :
"Alah, A.B.C je pun. Tok sah belajo le".
Penah tak kita fikir,
tanpa A.B.C takde lah sekolah,
tanpa A.B.C takde lah universiti,
tanpa A.B.C takde lah buku,
tanpa A.B.C takde lah ilmu,
tanpa A.B.C takde lah kita tahu isu semasa,
tanpa A.B.C takde lah kita baca blog ni (nak jugak).
tanpa A.B.C takde lah kita macam katak bawah tempurung,
dan
tanpa A.B.C mungkin kita tak kenal erti komunikasi.
Gunalah A.B.C sebaiknya. Sama macam ALIF.BA.TA. Tak rugi pun belajar.
Yang pentng:
SEMANGAT PATAH JANGAN!!
Moral of the story, tak perlu kot kita kata apa yang kita belajar tu buang masa,sebab suatu hari mesti kita akan guna. Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita belajar.
Belum Terlambat
orentasi |
before lecture |
culture presentation. tutor |
Little Red Ridinghood |
baby yang banyak bagi semangat |
familyday. Bonding of young physicist |
i-inova'13 |
Kalau nak upload semua aktiviti memang tak terupload. Sekarang ni aku tengah berusaha nak jadi lebih baik dari sem1. InsyaAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)
aku dan cuty
(36)
'ilman nafi'an~
(23)
cakar ayam kt U
(23)
memori ank mude~
(23)
buang-buang masa
(15)
~membebellah
(13)
bukan mintak simpati
(12)
hobies
(9)
jom nyanyi~
(9)
main masak2
(9)
USIM
(6)
puisi ajaib
(4)
bengang habis
(3)
wanie travel
(3)
~lara
(3)
cinta ulat bulu
(2)
piece book~
(2)
slissians
(2)
tahniah awak
(2)
MHPinterprise
(1)
Seyez malu
(1)
hackers
(1)
skppians
(1)