Mashed Potato


Jauh mindaku melayang,
Terkenangkan dirimu sayang,
Kau pergi ku sendiri,
Kini kau kembali.

Terpaku melihat wajahmuuuuuu dot dot dot dot dot.
Suatu pagi yang indah, terdetik hati seorang hazwanie untuk menikmati mashed potato air tangannya sendiri. Lalu di google-google beliau mendapati benda alah itu tersangatlah mudah untuk diolahnya.


MASHED POTATO

Bahann-bahan (KENTANG PUTAR)

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu besar butter
serbuk lada hitam & lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan sos (GRAVY KENTANG PUTAR)

1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
2 kiub ayam knorr
serbuk lada hitam & lada sulah secukup rasa
2 1/2 cawan air

Cara-cara (Kentang):

1. Kupas kulit kentang
2. Masukkan kentang ke dalam periuk & rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam dalam lingkungan 20 minit.
3. Toskan air apabila kentang sudah empuk.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyekkan.
5. Masukkan lada sulah & lada hitam secukup rasa. (tak nak letak pun boleh).
6. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan lenyek sehingga rata. (fungsi susu adalah untuk menjadikan kentang lebih berlemak dan gebu-gebu gituuuu).

Cara-cara (Gravy):

1. Cairkan butter dalam kuali & tumiskan kesemua bawang sehingga caramelized (perang-perng macam tu)
2. Masukkan bancuhan tepung jagunng & tumis sehingga tepung bertukar ke warna coklat yang kita suka.
3.Masukkan air & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam & secukup rasa lada hitam dan lada sulah.
5. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api.
7. Tuangkan ke atas kentang yang sudah siap tadi.

Tak susah pun. Senang je. Aku buat benda ni dalam keadaan tak cukup bahan sebab dah teringin sangat-sangat. Kalau pergi kepsi kena bayar. Masa tu dalam dompet ada lah dalam RM2.20. HAHA. Masa tu kat rumah ada kentang 3 biji, susu anelene mak pastu bawang merah kecik tu, kiub ayam tu seketul. Itu pun dah sedap. Ok, boleh lah try lepas ni kan. Selamat mencuba.



1 comment:

Bintu mat radzi said...

nak amik resepi ni .. hehe