Rainbow Cookies ( Biskut Lidah Kucing)

Ok,Jangan tanya kenapa nama biskut tu macam tak ada kena mengena je dua-dua bahasa.
Sebenarnya rasa biskut ni sama je macam biskut biasa yang rasa margerin sikit tu. Tapi not bad la, sedap jugak buat kudapan bosan-bosan.
Resepi dari google,tak ingat ambil dari mana.

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur (dalam 4 biji)
200gm  tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)

pewarna (banyak-banyak warna pun takpe)
*jangan letakkan terlalu banyak,tak baik untuk kesihatan

biskut tak bertamadun

CARA:

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, & emplex. Kemudian ketepikan.
2. Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung & kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
4. Bahagikan adunan & letak dengan pewarna yang berlainan.
5. Masukkan adunan kedalam piping bag dengan nozle bulat & picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut warna pelangi.
6. Bakar dalam oven 150⁰C selama 15 minit. (Jangan biarkan permukaan atas keperangan)
7. Biarkan sejuk, makan dan simpan dalam perut.
SIAP!!!

Senang je,tak susah pun. Tapi biskut yang dalam gambar ni tak berapa nak lawa bentuknya sebab tak guna loyang lidah kucing tu. Kontot dan penyek.hehe Tak rajin nak beli. Kalau rasa teringin nak tahu loyang tu macam mana,google la. Baru lawa.

OK,Selamat mencuba.


Semangat Patah Jangan



Taraaaaa~


Hah!!Amek aku! Total up semua 22 credit hour untuk sem2. Mana tak terkejut otak Albert Einstein aku ni nanti. Dari 17 jadi 22.  Pandai U aku ni buat surprise. Dulu masa mula-mula masuk course ni tengok sem2 19 credit hour je. hahaha ok tabah,jangan bermarah.

ching~
*bidadari merayap keliling mata



19 je la. Statistik bukan sem ni.Baru update.
Dalam menuntut ilmu ni, apa yang penting niat kita. Tak kiralah kita suka atau tidak benda tu. Allah baru bagi kita sedikit je ilmu yang Dia ada pada kita. Kita dah nak menggelabah. Ya, memang berat untuk orang yang malas (macam aku). Tapi percayalah, tak semua benda kat dunia ni mudah kecuali dengan
 DOA, USAHA, ISTIQAMAH & TAWAKAL. 

Selagi ada nyawa,selagi tu kita cuba belajar. Tak rugi kalau kita ada ilmu. Macam A.B.C. Ada rasa menyesal tak belajar A.B.C masa tadika dulu? Sekarang memang lah kita kata :
"Alah, A.B.C je pun. Tok sah belajo le".

Penah tak kita fikir, 
tanpa A.B.C takde lah sekolah, 
tanpa A.B.C takde lah universiti,
tanpa A.B.C takde lah buku,
tanpa A.B.C takde lah ilmu,
tanpa A.B.C takde lah kita tahu isu semasa,
tanpa A.B.C takde lah kita baca blog ni (nak jugak).
tanpa A.B.C takde lah kita macam katak bawah tempurung,
dan 
tanpa A.B.C mungkin kita tak kenal erti komunikasi.

Gunalah A.B.C sebaiknya. Sama macam ALIF.BA.TA. Tak rugi pun belajar. 
Yang pentng:
SEMANGAT PATAH JANGAN!!

Moral of the story, tak perlu kot kita kata apa yang kita belajar tu buang masa,sebab suatu hari mesti kita akan guna. Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita belajar.




Belum Terlambat

Selamat tinggal semester 1. Aku tahu,ramai ex-schoolmates kata aku dah berubah masuk U ni especially dah pegang title prasiswazah sarjana muda ni. Nope,I'm not such that. Aku yang dulu sebenarnya sama je dengan sekarang. Tak ada beza pun. Cuma dulu aku jarang cakap dengan lelaki ni. Sebab?? sebab macam tak ada sebab aku nak cakap dengan lelaki. In fact, aku dulu memang tak suka sangat cakap dengan lelaki. Sebab? sebab aku rasa aku tak layak cakap dengan lelaki kat sekolah tu. Rasa malu, berdebar dup dap dup dap semua ada. Tapi ada la juga cakap sikit-sikit kalau ada hal. Itu pun rasa berdebar sangat-sangat. Sekarang ni assignment semua satu group dengan lelaki. Kenapa sampai sekarang aku still tak pernah dapat group yang satu jantina sahaja? Sebab lecturer yang bagi. Haisyyy

"Wanie sekarang ramai kan kawan lelaki."
Hmmm,fakta,kawan perempuan aku lagi ramai dari lelaki. Mungkin orang nampak aku ke hulu ke hilir ada je yang hai aku. Itu bukan sebab HOT. Aku tak suka word HOT tu. Aku benci. Ok,cuba kalau korang,ada orang yang korang kenal hai korang, tak kan lah kita nak marah dia kan. Dan fakta,semua yang tegur aku tu semua kawan yang pernah satu kelas dengan aku je. Kalau perempuan tu ramai la budak yang tak pernah satu kelas dengan aku dok tegur-tegur. Tapi yang ni tak ada siapa yang nak pertikaikan? Hmmm,ok,aku cuba minimakan keramahan aku pada semua orang. Memang aku salah pun,aku cuba :) 

Maybe ramai nampak aku berbalas-balas tweet dengan budak lelaki, berbalas-balas komen dekat facebook dengan instagram tu. Ok, aku dah tutup account twitter. Dia banyak buang masa aku, dia banyak rosakkan fikiran aku, dia banyak bagi kesan negatif kat aku. Facebook,masih lagi guna,sebab banyak ilmu yang aku dapat dari situ. Information banyak tersebar dekat situ. Aku cuba,aku cuba gunakan facebook tu sebaik nya. Instagram,aku cuba minimakan insta-insta gambar ni.

Mungkin tiltle aku masa kat sekolah yang membuatkan ramai yang pertikaikan benda ni. Ok, apa yang korang nampak dekat laman sosial tu,kat laman sosial je. Hakikatnya kat luar masing-masing susah nak jumpa. Sebab dulu penah jadi kawan,selamanya tetap kawan.

Ok ni  kenangan-kenangan sem1 :




orentasi

before lecture

culture presentation. tutor

Little Red Ridinghood

baby yang banyak bagi semangat

familyday. Bonding of young physicist

i-inova'13

Kalau nak upload semua aktiviti memang tak terupload. Sekarang ni aku tengah berusaha nak jadi lebih baik dari sem1. InsyaAllah








Not Accomplished


Makin besar makin suka menyusahkan diri sendiri. Boooo untuk diri sendiri sebab misi dan visi 2013 masih tak tercapai. Ya,aku kena ada satu planner sebab tak pandai lansung jaga masa kat U ni haaa. Tak, bukan planner yang salah,tapi diri sendiri yang tak pandai alert dengan masa.

Apa misi dan visi 2013? Menjadi anak emak yang manja. hahaha takde lah. Aku pun tak sure sebenarnya. Yang pasti dulu masa TAMHIDI semester2 aku pernah simpan cita-cita nak belajar rajin-rajin. Okey,misi & visi tu tercapai masa sem2 tamhidi je lah kan. Habis tamhidi duduk rumah sambil-sambil kerja kat MHP dalam 5 bulan macam tu la. Masuk je bulan 9 dah tukar title budak asasi jadi budak degree. Semangat nak belajar tu tak tahu lah macam mana kan. Tapi alhamdulillah sekarang makin boleh sesuaikan diri dengan subjek ni. 

Terima kasih USIM sebab suruh student belajar bahasa lagi banyak dari subjek core masa semester 1 ni ha. Kalau tak,aku tak tahu apa yang minda aku akan cerap dalam masa aku tengah terima kenyataan bahawa 
"AKU BUDAK FIZIK"

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Semoga 2014 lebih baik daripada 2013.
Misi 2014?
KAHWINNNNNNN!!!
hahahaha
Misi saya akan saya bentangkan 2015 nanti. InsyaAllah