Not Accomplished


Makin besar makin suka menyusahkan diri sendiri. Boooo untuk diri sendiri sebab misi dan visi 2013 masih tak tercapai. Ya,aku kena ada satu planner sebab tak pandai lansung jaga masa kat U ni haaa. Tak, bukan planner yang salah,tapi diri sendiri yang tak pandai alert dengan masa.

Apa misi dan visi 2013? Menjadi anak emak yang manja. hahaha takde lah. Aku pun tak sure sebenarnya. Yang pasti dulu masa TAMHIDI semester2 aku pernah simpan cita-cita nak belajar rajin-rajin. Okey,misi & visi tu tercapai masa sem2 tamhidi je lah kan. Habis tamhidi duduk rumah sambil-sambil kerja kat MHP dalam 5 bulan macam tu la. Masuk je bulan 9 dah tukar title budak asasi jadi budak degree. Semangat nak belajar tu tak tahu lah macam mana kan. Tapi alhamdulillah sekarang makin boleh sesuaikan diri dengan subjek ni. 

Terima kasih USIM sebab suruh student belajar bahasa lagi banyak dari subjek core masa semester 1 ni ha. Kalau tak,aku tak tahu apa yang minda aku akan cerap dalam masa aku tengah terima kenyataan bahawa 
"AKU BUDAK FIZIK"

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Semoga 2014 lebih baik daripada 2013.
Misi 2014?
KAHWINNNNNNN!!!
hahahaha
Misi saya akan saya bentangkan 2015 nanti. InsyaAllah


No comments: