S.M.I.L.E





Smile
Senyum
ابتسم

Three different words with the same meaning.
Senyum dulu lebar-lebar baru boleh baca entry ni.

Berdebar pula nak tulis . Maklumlah, dah dekat sebulan tak jumpa.
Jom cakap pasal senyum.
Fakta,orang yang suka senyum tu nampak lagi lawa, lagi kacak. Serius, tak tipu. Cuba selfie sikit sekarang. Mula-mula shoot gambar masam, lepas tu shoot gambar senyum. Maka terlihatlah kita lagi lawa, lagi kacak bila senyum. Tak tipu,cuba lah sekarang! Haha

Tiba-tiba teringin pula nak cakap pasal senyum sebab malam tadi aku senyum kat jiran searas dengan bilik aku ni, boleh pula dia buat bodoh siap jeling lagi. Okey, dia tak bodoh sebab dia masuk U. haha Tapi serius sakit hati. Dekat setahun juga aku duduk satu aras dengan dia, berapa ribu kali aku senyum pun dia tak pernah senyum balik. Aku terus konklusikan dia tak lawa. HAHAHAHAHA *gelak penuh kealiman.

Memang ada pun jenis orang yang tak mahu senyum, tapi melampau kot kalau orang senyum kat kita, lepas tu kita tak balas balik dengan senyuman, tapi campak kemasaman semasam-masamnya. Pernah tak kita fikir, kita jeling-jeling orang tu, tiba-tiba satu hari dia je yang ada masa kita betul-betul perlukan orang untuk tolong kita. Tak kan kita nak minta tolong dari dia, mestilah malu yang amat sangat kan? Habis tu?? Tak kan kita nak buat benda sorang-sorang,sedangkan kita tak mampu. 
MAKA, KALAU TAK MAMPU NAK SENYUM SELALU, BALAS LAH SENYUM KALAU ORANG SENYUM PADA KITA.

Mat Senyum/ Minah Senyum
Biasa dengar kan word atas ni?
Kenapa bagi gelaran tu?? Sebab dia suka senyum.
HAHA tapi betullah, fakta. Kat mana-mana je nampak Mat/Minah ni mesti senyum. Dia kene marah ke, dia tengah seronok ke, dia tengah sedih ke; memang tak ada beza. Kadang-kadang tu pelik jugak, macam mana dia mampu senyum macam tu. Tapi honestly la, aku kagum sangat-sangat pada orang macam tu. Dia selalu buat orang tenang.

Moral :

RAJIN-RAJIN SENYUM
^____________^


Puding Karemel


Mintak izin beeha,nak guna gambar-gambar ni..hehe






Mood teringat zaman muda-muda dulu. Kalau cuti sekolah lama pun rasa macam sekejap. Rasa malas sangat-sangat nak balik asrama. Kalau abah aku pengetua kat situ, confirm aku ulang alik je hari-hari dari rumah ke sekolah. Bukan jauh sangat pun rumah aku ni ha dari sekolah.

Sekarang ni duduk U rasa macam kalau boleh nak balik tiap minggu. Untunglah rumah jauh, malas nak bazir duit beli minyak kereta. Tapi bila dah balik rumah, cukup lah seminggu je cuti. Jangan lebih-lebih, sebab lepas je seminggu rasa macam BOSANNYAAAAAAA!!!

HAHA
Tapi takde lah tiap kali cuti rasa macam tu. Tipu je lebih.
Kata "RUMAHKU SYURGAKU".
Okeyh, pagi-pagi lagi aku dah teringat kat puding karemel yang Nabilah selalu bawa masa 4 Firdaus & 5 Firdaus tu. Rindu kelas kot. Petang bosan terus pergi dapur main masak-masak.
Hmmm,nah resepi.

Sumber : google (tak tahu blog sape)

BAHAN-BAHAN :

400 ml susu cair (1 tin,,tapi kalau nak guna fresh milk pun boleh)
5 Sudu besar gula halus
3 biji telur
2 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanilla

Bahan Karemel :

5 sudu besar gula pasir kasar
2 sudu besar air

CARA-CARA :

1. Masukkan 5 sudu besar gula  bersama 2 sudu besar air ke dalam loyang.
2. Masak gula menggunakan api sederhana sehingga warna berubah keperangan. Jangan sampai hangus.
3. Matikan api dan ratakan gula hangus (karemel) tadi.
4. Masukkan semua telur & gula halus ke dalam bekas yang lain, kemudian kacau hingga sebati.
5. Masukkan susu cair dalam periuk beserta esen vanilla. Kemudian masak menggunakan api sederhana sehingga suam.
6. Tuangkan susu ke dalam adunan telur sambil kacau bancuhan.
7. Tuangkan bancuhan ke dalam karemel (tapis ketika tuang)
8. Bungkus acuan & kukus dengan api sederhana hingga 30 minit.
9. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang.

Untuk resepi lengkap, boleh click Cahaya Cinta Ku

Sori takde gambar. Malas nak snapshoot




Yang Berlalu Tak Sepenting yang Mendatang


Semua orang busy,
Busy tanya result aku.Ok,kalau tanya personal aku jawab je.
Sebenarnya result aku bukan lah lawa sangat. Biasa-biasa je. Kena lah bersyukur bukan?
Kita bukan siapa-siapa. Haha Tolong jangan baca dengan nada sedih,benci aku. 
Pointer dah lepas target pun dah syukur dah. Tak target tinggi-tinggi pun.
Sujud syukur terus sebab ada satu subjek tu aku faham masa study week tu haaa. Tak ke buruk pe'el aku. Nak exam baru bersungguh nak fahamkan. Alhamdulillah la Allah bagi aku faham masa tu.

Cuma satu je masalah aku, pandai guna formula, tapi tak mahu menghafal. Kena gagahkan ingatan dengan Al-Quran lepas ni. Tu la tips menghafal sebenarnya. Tak tipu, cubalah. Ternyata berkesan.

Aku rasa tak perlu kot share pointer aku kat sini. Nak tahu, private contact. haha Bajet lawa sangat je pointer tu. Ada aku kisah? Orang kata ilmu bukan pada pointer. Yeah! It's true. Kau faham la macam mana pun, tapi kalau masa exam tu kau tak reti nak trick masa jawab, tak dibuka rezeki jawab dengan betul, tak dibuka rezeki lecturer tu nak bagi markah yang superb; jangan mimpi lah kau nak dapat markah yang tinggi-tinggi. Maybe carry mark pun tak memberansangkan. Tengok usaha je lah. Redha.

Buka-buka je estudent untuk cek result, aku tengok gred koko aku dulu. HAHA malas nak tengok pointer. Then terus je aku whatsapp lecturer tu sebab dua hari sebelum result keluar, dia dah text aku awal-awal. Rasa dihargai sebab macam caring lah jugak lecturer sorang ni kat aku. Kehkehkeh Perasan je aku ni.



HAHAHAHAHA
Punya panjang lebar, dia balas sikit je sebab dia tengah drive masa tu.
Suka hati aku je kan bagi bahasa macam tu. Aku harap dia tak kisah. In fact, dia one of adik beradik angkat aku dalam projek akhir subjek ni. Nak tengok ke adik beradik aku??


abah angkat, Mama angkat, Dir, Aku, Pidot, Syakir, Faris

Macam mana boleh dapat serumah dengan lelaki pun aku tak faham. Sebenarnya lecturer tu tak ada pun dalam gambar ni.hahaha (ok tak lawak). Mereka sangat berusaha gigih untuk projek ni. Lagi-lagi yang hujung sekali tu, Faris nama dia. Respect sangat lah kat dia. Umur setahun tua sikit dari aku. Tak tahu nak cakap macam mana betapa baiknya dia dengan kitorang yang ambil kursus ni. Aku harap kalau satu hari aku dapat jawatan yang macam ni lagi, aku dapat berkerjasama dengan orang macam Faris ni. Tak tahu nak balas jasa apa lagi dekat Faris ni. Setiap kali berurusan, dia mesti akan bagi ucapan terima kasih yang melimpah ruah dan tak mampu aku nak balas. Sebab, aku cakap terima kasih,dia terima kasih balik, aku cakap lagi terima kasih,dia cakap lagi terima kasih. Betapa bidadara nya Faris ni. HAHA ok tak nak puji lebih-lebih. Meluat pula aku memuji-muji ajnabi ni.

Apa yang penting, USAHA kita. Dah,nampak dah. Tak usah lah nak sedih sangat dapat pointer rendah. Kau ingat orang yang tak belajar kat luar tu suka ke dengar kau sedih dapat pointer rendah. Diorang lagi sedih tahu?sebab diorang tak mampu pun nak belajar macam kita. 

Moral :
TERUSKAN BERSYUKUR
TERUSKAN BERUSAHA
kerana
YANG BERLALU TIDAK SEPENTING YANG MENDATANG
:)




Rainbow Cookies ( Biskut Lidah Kucing)

Ok,Jangan tanya kenapa nama biskut tu macam tak ada kena mengena je dua-dua bahasa.
Sebenarnya rasa biskut ni sama je macam biskut biasa yang rasa margerin sikit tu. Tapi not bad la, sedap jugak buat kudapan bosan-bosan.
Resepi dari google,tak ingat ambil dari mana.

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur (dalam 4 biji)
200gm  tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)

pewarna (banyak-banyak warna pun takpe)
*jangan letakkan terlalu banyak,tak baik untuk kesihatan

biskut tak bertamadun

CARA:

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, & emplex. Kemudian ketepikan.
2. Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung & kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
4. Bahagikan adunan & letak dengan pewarna yang berlainan.
5. Masukkan adunan kedalam piping bag dengan nozle bulat & picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut warna pelangi.
6. Bakar dalam oven 150⁰C selama 15 minit. (Jangan biarkan permukaan atas keperangan)
7. Biarkan sejuk, makan dan simpan dalam perut.
SIAP!!!

Senang je,tak susah pun. Tapi biskut yang dalam gambar ni tak berapa nak lawa bentuknya sebab tak guna loyang lidah kucing tu. Kontot dan penyek.hehe Tak rajin nak beli. Kalau rasa teringin nak tahu loyang tu macam mana,google la. Baru lawa.

OK,Selamat mencuba.