Belum Terlambat

Selamat tinggal semester 1. Aku tahu,ramai ex-schoolmates kata aku dah berubah masuk U ni especially dah pegang title prasiswazah sarjana muda ni. Nope,I'm not such that. Aku yang dulu sebenarnya sama je dengan sekarang. Tak ada beza pun. Cuma dulu aku jarang cakap dengan lelaki ni. Sebab?? sebab macam tak ada sebab aku nak cakap dengan lelaki. In fact, aku dulu memang tak suka sangat cakap dengan lelaki. Sebab? sebab aku rasa aku tak layak cakap dengan lelaki kat sekolah tu. Rasa malu, berdebar dup dap dup dap semua ada. Tapi ada la juga cakap sikit-sikit kalau ada hal. Itu pun rasa berdebar sangat-sangat. Sekarang ni assignment semua satu group dengan lelaki. Kenapa sampai sekarang aku still tak pernah dapat group yang satu jantina sahaja? Sebab lecturer yang bagi. Haisyyy

"Wanie sekarang ramai kan kawan lelaki."
Hmmm,fakta,kawan perempuan aku lagi ramai dari lelaki. Mungkin orang nampak aku ke hulu ke hilir ada je yang hai aku. Itu bukan sebab HOT. Aku tak suka word HOT tu. Aku benci. Ok,cuba kalau korang,ada orang yang korang kenal hai korang, tak kan lah kita nak marah dia kan. Dan fakta,semua yang tegur aku tu semua kawan yang pernah satu kelas dengan aku je. Kalau perempuan tu ramai la budak yang tak pernah satu kelas dengan aku dok tegur-tegur. Tapi yang ni tak ada siapa yang nak pertikaikan? Hmmm,ok,aku cuba minimakan keramahan aku pada semua orang. Memang aku salah pun,aku cuba :) 

Maybe ramai nampak aku berbalas-balas tweet dengan budak lelaki, berbalas-balas komen dekat facebook dengan instagram tu. Ok, aku dah tutup account twitter. Dia banyak buang masa aku, dia banyak rosakkan fikiran aku, dia banyak bagi kesan negatif kat aku. Facebook,masih lagi guna,sebab banyak ilmu yang aku dapat dari situ. Information banyak tersebar dekat situ. Aku cuba,aku cuba gunakan facebook tu sebaik nya. Instagram,aku cuba minimakan insta-insta gambar ni.

Mungkin tiltle aku masa kat sekolah yang membuatkan ramai yang pertikaikan benda ni. Ok, apa yang korang nampak dekat laman sosial tu,kat laman sosial je. Hakikatnya kat luar masing-masing susah nak jumpa. Sebab dulu penah jadi kawan,selamanya tetap kawan.

Ok ni  kenangan-kenangan sem1 :




orentasi

before lecture

culture presentation. tutor

Little Red Ridinghood

baby yang banyak bagi semangat

familyday. Bonding of young physicist

i-inova'13

Kalau nak upload semua aktiviti memang tak terupload. Sekarang ni aku tengah berusaha nak jadi lebih baik dari sem1. InsyaAllah








Not Accomplished


Makin besar makin suka menyusahkan diri sendiri. Boooo untuk diri sendiri sebab misi dan visi 2013 masih tak tercapai. Ya,aku kena ada satu planner sebab tak pandai lansung jaga masa kat U ni haaa. Tak, bukan planner yang salah,tapi diri sendiri yang tak pandai alert dengan masa.

Apa misi dan visi 2013? Menjadi anak emak yang manja. hahaha takde lah. Aku pun tak sure sebenarnya. Yang pasti dulu masa TAMHIDI semester2 aku pernah simpan cita-cita nak belajar rajin-rajin. Okey,misi & visi tu tercapai masa sem2 tamhidi je lah kan. Habis tamhidi duduk rumah sambil-sambil kerja kat MHP dalam 5 bulan macam tu la. Masuk je bulan 9 dah tukar title budak asasi jadi budak degree. Semangat nak belajar tu tak tahu lah macam mana kan. Tapi alhamdulillah sekarang makin boleh sesuaikan diri dengan subjek ni. 

Terima kasih USIM sebab suruh student belajar bahasa lagi banyak dari subjek core masa semester 1 ni ha. Kalau tak,aku tak tahu apa yang minda aku akan cerap dalam masa aku tengah terima kenyataan bahawa 
"AKU BUDAK FIZIK"

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Semoga 2014 lebih baik daripada 2013.
Misi 2014?
KAHWINNNNNNN!!!
hahahaha
Misi saya akan saya bentangkan 2015 nanti. InsyaAllah


Sibuk? Apa tu??




Dulu orang kata budak DEGREE ni banyak waktu free. Memang, kalau tengok jadual kelas memang rasa lagi free dari ASASI.
In fact, degree ni terasa lagi busy dari TAMHIDI dulu.
 Ok before that, TAMHIDI tu ASASI kat USIM. Bahasa Arab bagi asasi adalah tamhidi.

Ok sambung.
Macam aku cakap tadi, degree ni lagi sibuk dari tamhidi. Masa tamhidi busy tu memang lah busy. Tapi busy tu stick kt satu benda iaitu STUDY. Takde benda lain. Study, study, dan study. Busy dengan soalan tutorial, busy dengan quiz & test, busy nak rebut bas untuk balik hostel yang jarak dia 30 minit dari U. Semuanya busy sebab belajar lah.

Masa tamhidi dulu selalu juga terfikir, seronok betul jadi budak degree ni,kelas macam "nak tak nak" je.
Sekarang ni dah rasa sendiri,haiyooo. Busy dia tak busy sangat. Tapi bila dah dapat kerja tu, memang kene buat sungguh-sungguh. Takde dah main-main.
Aktiviti apak banyak. Cara belajar?? Tak payah cakap la. kalau dapat lecturer yang alert dengan masa ok la. Dapat pula doktor yang huarggghhhhhh. Tengah siap-siap nak pergi kelas dah ni,tinggal nak sarung kasut, tetiba dapat mesej, "kelas harini dibatalkan".

Ok, mungkin seronok untuk subjek yang kita anggap remeh je. Tapi kalau subjek core dalam course tu,memang la lagi "seronok" kan. Bila masa dia mengajar kat depan, kita mula la terkebil-kebil. Laju sangat-sangat smpai susah nak catch up.Nota suka hatilah korang nak pakai nota apa. Dia tak nak ambil tahu pun semua tu. Yang penting bila dia nak buat test, tetiba dia bawak sebundle kertas dan suruh tutup semua buku. Tak inform pun yang minggu tu ada test. harghhhhhh. Itu lah degree.

 Lagi satu group discussion. Banyak sangat group sampai kadang-kadang tu aku confuse aku satu group dengan siapa. HAHAHA. Lecturer main tukar-tukar je group tu. kadang-kadang waktu discuss tu bertindih. Masa tu lah nak fikir lab report dengan orang lain. Masa tu lah nak fikir assignment dengan group itu group ini.

Itu baru kat dalam kelas. Yang ni koko pula. memandangkan aku tak boleh nak main banyak benda atas faktor fizikal aku ni,aku pilih SENI SUARA ISLAM. Dengan niat nak belajar balik taranum-taranum tu. Tapi hampeh,tetiba lecturer tu tukar jadi nasyid.
Baru-baru ni ada buat kelas ganti hari rabu. Beliau bagi satu lagi lagu tambahan untuk dihafal. Lepas tu nak tasmi' hari sabtu minggu yang sama. Haaaaaa,memang otak keretaapi aku ni. Nak pulak aku antara AJK tertinggi untuk Projek Akhir subjek ni. Nak kene settle benda tu cepat-cepat diorang kata. Lagu dia memang klasik sangat-sangat lah. Tak pernah dengar. Tapi bila dengar balik not bad la. Sedap juga.

Nak cakap satu je, kalau macam tetiba aku tak terreply text, whatsapp, wechat segala bagai tu sori la. Bukan tak nak reply. Sebab kadang-kadang tu aku tak terperasan pun benda tu aku tak reply lagi. 


MAY ALLAH EASE EVERYTHING 


Stalker make Laugh



Bersawang kau blog ni. Dah tak tahu nak tulis apa. Semua dah cerita kat twitter. Nak cerita pasal I-Inova'13?? Cerita tu dah basi sekarang ni. Nak cerita pasal apa? Ok lah,nak cerita,ada orang suruh update blog ni. Tapi tak kenal siapa. Stalker ken?? hahahaha *perasan jap.


Ok cerita pasal STALKER lah. Mesti korang yang baca post ni pernah ken stalk someone. 
Apa beza STALK dengan STALKER?
Jap jom usya contoh tweet-tweet yg selalu buat aku gelak:



HAHAHAHAHAHA

Tahu tak STALKER tu bukan perbuatan. Betulkan dulu ayat tu dik.

nah kamus :


Dengan kata mudahnya,stalker ni adalah orang yg melakukan perbuatan stalk tu.

Aku tak ada lah pandai BI sangat. UPSR B, PMR pn B, SPM pun B+. Takpe,kita belajar sama-sama. Ingat, jangan buat aku gelak tergolek lagi baca tweet-tweet korg 

(^_____^)