nak itu, nak ini!!


Erm, nak cerita pasal apa ye?? Ok,jom cerita pasal impian atau apa saja lah yg kita impikan..hehe sama la tu kan. Kalau kita buat interview sorang-sorang,ada saja benda or something yg dia nak. Tua atau muda, semua ada keinginan masing-masing. Sejak baby lagi.. tak percaya?? Jom tengok..

“uwek!!uwek!!”tangisan seorang baby.
Maksodnya apa?? Mesti ramai yg boleh jawab kan? Selalunya mestilah baby tu nak susu. Atau dia suruh tukar lampin dia. Impian kan? Betul tak??

Bila umur dah naik 3,4,5 tahun pulak,lagi la banyak ragamnya.
“papa,adik nak sangat Transformers macam dia tu. Hebat lah. Bila tembak je keluar api.”
Padahal lampu je. Tu bagi budak-budak lelaki.
“daddy,kakak nak sgt patung Barbie yang pakai baju kembang-kembang yg cantik tu. Best la,sebab kita boleh sikat-sikat kan rambut dia. Pastu daddy belikan lah baju dia. Boleh tukar-tukar. Tak pun daddy belikan kakak Baby Alive. Alr,yg boleh makan tu………….blablablabla”.
Uh,yg ni lagi panjang. Keletah benar.

Bila naik tadika semua sibuk nak belajar ABC. Bagus-bagus. Tapi~
“mama, kita nak beg,pencil case,pemadam, semuanya Angry Bird. Yg warna merah taw. Kalau yang biru tu tak cantik.”
Hamboih2. Impian anak kecil ni!!

Bila naik sekolah rendah pulak lain ceritanya. Masing-masing sibuk main dengan kawan-kawan. Lompat tikus, kejar-kejar.tapi tu mainan dulu-dulu la. Kalau mainan sekarang tak taw la pulak sama ke tak. Lagi satu,masa saya sekolah rendah dulu,sibuk sgt nak masok sekolah menengah. Tak sabar-sabar nak habis UPSR. Nak sangat jd orang besar. Takde la orang marah-marah sangat. Hehe memang macam budak-budak. Pape ntah. Dah darjah enam, masing-masing belagak besar. Impian tu kononnya dah tercapailah. Haha.macam ape sj.

Naik sekolah menengah lagi lah banyak benda yang dia nak.
 Contohnya,kalau kita pergi sekolah,tanyalah mana-mana budak,nakal ke,tak nakal ke, sama je. Apa yang budak sekolah menengah nak??
1.       Kan best kalau ada robot yg tolong buatkan kerja sekolah. Tak pun tak ada kerja sekolah.
2.       Kan best kalau aku dah tak sekolah. Boleh buat apa yg aku suka
3.       Kan best kalau hari-hari ckgu mesyuarat,takde la aku tido dalam kelas macam ni
4.       Kan best kalau tangga kat sekolah ni tukar jd escalator. Takde lah aku penat-penat nak berjalan
5.       Kan best kalau sekolah kat Malaysia ni dah guna iPad mcm sekolah kt luar Negara tu. Takde lah susah-susah nak bawak beg pergi sekolah. Ringan sikit beg aku
6.       Kan best kalau kita belajar jarak jauh. Contohnya, kita dalam kelas,cikgu bercakap kat mana-mana,kita just tengok muka dia kt screen. Boleh la aku lari-lari kalau ngantok.
7.       Kan best kalau pergi sekolah bebas pakai baju hape2 je. Boring la asik baju yg sama
8.       Kan best kalau koperasi sekolah ni macam pusat beli belah. Semua benda ada.
9.       Kan best , kan best, kan best, kan best, kan best, kan, best n kan best……..
Kan best dank an best. Tu lah harapan budak sekolah menengah. Banyak lagi tu tak tertulis.

Bila habis sekolah.
“boringnya wey!!kan best kalau sekolah hari ni. At least ade la ilmu yang masuk tiap hari. Boleh jumpa kawan. Kalau nak pergi mana-mana tak payah susah-susah fikir nak pakai baju apa. Baju sekolah kan banyak. Hehe”.
“ tu la pasal, dulu masa sekolah hari-hari sebut,bila lah nak habis sekolah. Banyak betul kerja yang cikgu bagi.”

Haha conclusionnya. Setiap impian tu tak semestinya bagus kan. Bila fikir balik, apa yang kita buat tu Allah dah rancang untuk kita. Semuanya ada hikmah. So, jangan kecewa sangat kalau apa yang kita nak tak dapat.. hahah,nape aku macam lari topic ni. Tak kesah lah. Lagi satu, jangan impikan something yang kita susah nk dapat lah. Alr,mcm budak-budak sekolah menengah tu. Ok. Sampai sini je entry kali ni.


1 comment:

cAhayA Le$tArY said...

hahaha .. aku suka entry ni .. thumbs up