~haila,aku cikgu!!~


Taman Bimbingan Kanak-kanak tu memang seronok. Majority pernah belajar kat situkan?? Sekarang ni macam-macam jenis ada. Contohnya, Tadika Kemas, TASKI, Prasekolah, Smart Reader Kids & banyak lagi.

Pengalaman mendewasakan diri. Special dedicate to ANIS SYAHIRAH yang sudi ajak aku temankan dia jadi cikgu. Walaupun sekejap,tapi best. Urm,hopefully satu hari nanti aku jadi owner atau pemilik sebuah pusat bimbingan kanak-kanak.
Orang selalu kata,”baik tak payah belajar pandai-pandai kalau nak jadi cikgu prasekolah.” Prepare for the worst okay. Sekarang tak macam dulu-dulu. Nak jadi cikgu prasekolah pergi kursus je. Sekarang ni kita perlukan sijil yang laku. Jadi,sesiapa yang pernah fikir macam tu sebelum ni, ubah fikiran anda kepada yang lebih positif.
Ramai yang pelik,kenapa aku jadi pelajar kelas sains sedangkan cita-cita aku itu je. Baiklah,aku boleh terangkan. Macam tadi aku cakap. “prepare for the worst”. Siapa tahu kan rezeki aku dalam bidang sains. Dengan sains aku boleh jadi cikgu, tak kira la subjek apa pun. Dengan sains juga aku dapat banyak ilmu tentang kehidupan. Ilmu tu kan wajib dituntut bagi setiap Muslim. Kita kan Muslim. Jadi apa salahnya kita tuntut je ilmu tu. Dengan sains juga aku boleh lari ke bidang yang lain-lain selain pendidikan. Erm, aku pun rasa yang aku hanya layak jadi pendidik. Tapi tak tahu lah hidup aku akan datang kan.
Sini aku jelaskan lagi apa advantage jadi guru prasekolah.
First sekali,buka minda anda. Pernah tak terfikir. Pahala cikgu ni memang banyak. Aim utama aku adalah nak ajar budak-budak lillahi ta’ala. Cuba bayangkan anda seorang guru prasekolah. Kita mengajar seorang budak yang mula-mula tak kenal langgsung huruf walaupun ABC. Bila kita ajar dalam masa setahun, dia terus ingat semua huruf & sedikit sebanyak dia pandai membaca.

A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Tengok. Besar kan advantage nya? Macam la jugak kalau kita baca al-Quran. Setiap satu daripada hurufnya apabila dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah.

Secondly,dengan mengajar budak-budak ni,sedikit sebanyak kita boleh didik diri kita menjadi seorang yang penyabar. Pengalaman selama 4 jam lebih bersama Anis pun banyak ajar aku jadi seorang yang penyabar. Biasalah anak-anak kecil. Macam-macam ragam dia. Ada yang malas belajar, ada yang suka main, ada yang suka menjerit.

Ini kisah kami. Aku ditugaskan mengajar pelajar-pelajar 4 & 5 tahun. Kecik-kecik lagi. Ada sorang tu 4 tahun,pandai, Husna Khaliqah nama dia. Sedap kan. Dia memang bising, tapi pintar. Duduk pulak sebelah Wafa,juga 4 tahun kalau tak silap. Dua-dua bising mulutnya. Disebabkan diorang ni pandai,aku ajar sekejap je & ajar budak-budak yang lambat tangkap sikit. Satu-satu tempat aku pergi. Si Husna & Wafa ni maybe jealous. So,diorang cari pasal ngan aku.
“assalamualaikum”.ungkapan yang wajib dijawab. Banyak kali. Sampai tak larat aku nak layan. Sabar je la. Lama-lama aku menjerit suruh diam. Haha nasib baik comel diorang tu. Kalau tak,memang aku marah lah masa tu. Macam-macam betul kerenah nya.

Yang sorang ni pulak, Haziq,6 tahun. Pandai tapi agak malas. Orang suruh mewarna, dia mengendeng dengan aku. Dahi dy macam gangster,parut berdarah. Hehe. Masa aku ajar sorang budak tu membaca,dia pun sibuk membaca. Elok. Bila orang suruh mewarna dia nak baca. Bila orang suruh mengeja dia nak mewarna. Sebab apa? Dia bosan dengan aku kot. Haha asyik suruh eja buku je. Memang la,dah panduannya macam tu. Boleh pulak dia cakap,
“asyik eja buku je!,bosan lah cikgu”. Haha actually aku pn bosan la dik. Demi tugas aku lakukan. Lastnya dia lari-lari satu kelas tu. Sabar je lah.

Ok, third advantage,aku dapat luangkan masa dengan keluarga. Betul tak? Cuba bayangkan kalau aku betul-betul jadi cikgu nanti. Orang cuti,aku cuti. Orang tak cuti pun aku kadang-kadang cuti. Seronok,takde lah menghadap kerja 24 jam satu hari. Lagi-lagi bila di alam perkahwinan. Eceh,haha. Yelahkan,prepare for the worst. Erm, takde lah susah-susah aku nak hantar anak aku suruh orang jaga. Usia dia 1-3 tahun macam tu aku hantar la.umur selebihnya dia akan ikut aku. Alr,berapa jam la sangat aku tinggalkan dia dalam masa sehari. Haha jauh tu fikir. Yelah,sibuk didik anak orang,anak sendiri tak terdidik. Oklah, advantage yang lain anda fikir sendiri,contohnya macam kasih sayang, dan lain-lain lah. Ok,akhir kalam,doakan aku Berjaya . insyaAllah.

:::……………:::

2 comments:

◕‿◕ nurul huda bt.mohamad @ miss kirana karmila said...

HEHE..kwn kite nie jd cg,,??!!nice story,,,peace yo,,!

...:ASMA NUR MARDHIAH:... said...

kak wanie ! kelakar ~
klakar ayt akk ,, ble akk ckp akk pn bosn sbnarnya nk ajar .. haha :D

lps spm ,, mcm nk jd ckgu tadika lah lps bce post ni ,, !hehe .

"ckgu ni ,, asyik eja jer !~"

mlatih sfat brsabar ,, assobaru minal iman ~ :)