~Tiramisu cup~


okey,bersama saya Chef Wanie dlm rancangan, 'kacau-kacau tepung!!yeah'..haha
hah,yang ni bukan 'membebellah'.
Jom cuba resepi tiramisu cup ni,bukan tiramisu cake taw. Bahannya dua-dua lain. Untuk Tiramisu cake saya cuba untuk belajar lepas ni & kongsi bersama anda resepinya.
"ilmu tanpa amal,ibarat pokok tidak berbuah"


yang dalam cup tu contohnya

Bahan-bahan

2 bungkus biskut tiramisu (sponge finger)
2 biji kuning telur
250 g mascarpone cheese (pastikan halal)
350 g whipping cream
100 g gula aising
Sedikit serbuk koko (hiasan)
1 sudu besar Nescafe
1 cawan air panas

Cara-cara membuat:

1.       Pukul whipping cream hingga gebu. Ketepikan
2.       Pukul kuning telur guna aising hingga pekat & gula hancur.
3.       Masukkan mascarpone cheese ke dalam adunan kuning telur yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
4.       Masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
5.       Susunkan biskut tiramisu yang telah dicelup dengan bancuhan nescafe ke dalam acuan.
6.       Kemudian letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.
7.       Ulang semula langkah 5 di atas hingga menjadi dua lapisan.
8.       Hiaskan dengan serbuk coklat di atas lapisan bancuhan terakhir.
9.       Sejukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 4-6jam.
10.   Sedia untuk dihidang.

biskut tiramisu hanya direndam sedikit sahaja dengan cara melintang atau berbaring.
patahkan 3


selapis2

Cadangan :
Bagi menghasilkan kek tiramisu cup yang lebih menarik, boleh juga dihiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Whipping cream yang okey pulak,boleh beli jenama MAURI


kek bersama


11/2/12

saya, dayah naim, huda muhd, izyan zahirah 
Muffin pisang, Fruit cup cake, & Tiramisu cup..
Seronok belajar bersama d Kolej Komuniti Sabak Bernam..
Jom tengok gambar sikit. Nak resepi,saya buat ni post entry yg lain..selamat mencuba!!

guru2 SK Seri Sekinchan yg 1 group dgn kami

pandai tak huda n dayah bwt kek??haha replika j la

kak yan yg rajin membasuh
replika kek yg sangat cantik!
menang bergambo le kome!!

~aku wanita, bukan sotong kurita.


Dengar lah sahabat!!
 Aku bukan sotong kurita yg lembut atau pun lembik.. 
Mahu pun bila dilihat aku seorang wanita yg mudah rapuh,
Tapi sebenarnya tidak. Aku bkn wanita seperti itu.
Usikan, ejekan, sindiran, acuhan & ntah la.
Biarkan saja.itu kisah keanak-anakkan,

................Jaga diri,akhlak kita baik-baik..............

"Ya Allah,berikanlah kecemerlangan serta kebaikan kepada hazwanie zul"
 Ameen~

~insan yg sepi tinggal d jalan insan sepi


ewah tajuk!! Ada chemistry tak?? Entry kali ni aku cuba nak merepek. 


dy Peng Arina..sape kenal SENYUM~


hahah. Senget la awak.. Tapi yg atas tu bukan gamba JALAN INSAN SEPI ok. Tu JALAN TITI SEMPIT. Lebih sikit penduduk nye. Sebab tu ada sorang je..hehe
Erm,memandangkan cuti sekolah & aku tak buat kerja sangat,tapi banyak lah jugak kerja sebab rumah aku baru je siap. Selaku satu-satunya anak perempuan RAJIN LA KONON yang sedang cuti di rumah,aku mesti tolong parents mengemas. Mulut aku pun makin sEPi sebab tak tahu nak sembang pasal apa. Bila pergi kelas memandu, time jalan kat jalan raya,ABG LAN yang bawak aku tu mesti tertidur. hehe, dengan penuh kejahatan,aku bawak kereta macam lipan mabuk..haha padan muka dia. Sebab apa dia ngantuk?? Sebab mulut aku sEPI macam JALAN INSAN SEPI. Jalan Insan Sepi lagi bising kot dari aku. haha biarkan saja.

Dulu masa sekolah, akulah heroin (bukan dadah tu) yang suka buat bising/kacau orang kat kelas. Hari-hari soalan sama aku ulang. cerita yang hape-hape,sampai KAMIL YAHYA ARIF,IZZAT ARIF & HARIZ FAIEZ bole dengar. Malu lah jugak sbenarnya. Tapi tape, cerita aku takdelah menarik sangat. Planning nak ternak daging@lemak kat rumah,tapi hampeh, apa yang aku ternak hanya EMAS semata. haha jangan nak beranganlah Wanie.


dua dlm satu..emas yang buntal..aku tak mcm ni tau!!
dahlah.no idea lah

Ya Allah,berikanlah kecemerlangan buat hazwanie zul.