~Muffin Pisang~



gebu kn..tapi tade la sgt..hehe



Bahan-bahan

230 g mentega
230 g gula kastor
265 g tepung gandum
3 g serbuk penaik
2 g garam
6 biji pisang emas (dilenyek)
5 biji telur
5 g esen vanilla

Kaedah

1.       Ayak tepung bersama penaik.
2.       Putar mentega & gula kastor sehingga kembang.
3.       Masukkan telur,pisang yang dilenyek,esen vanilla & kacau sehingga sebati.
4.       Kemudian masukkan tepung & kacau hingga rata.
5.       Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas (paper cup) memenuhi ¾ cawan.
6.       Bakar muffin di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 30 minit.

pukul kak sampai kembang!!


eh,akak ni masukkan adunan guna spatula!haha guna sudu kan comel
lenyek2 pisang


Sedikit input : boleh juga menggunakan pisang berangan.
Siapa yg rasa tak nak manis sangat,boleh kurangkan gula sedikit

~Tiramisu cup~


okey,bersama saya Chef Wanie dlm rancangan, 'kacau-kacau tepung!!yeah'..haha
hah,yang ni bukan 'membebellah'.
Jom cuba resepi tiramisu cup ni,bukan tiramisu cake taw. Bahannya dua-dua lain. Untuk Tiramisu cake saya cuba untuk belajar lepas ni & kongsi bersama anda resepinya.
"ilmu tanpa amal,ibarat pokok tidak berbuah"


yang dalam cup tu contohnya

Bahan-bahan

2 bungkus biskut tiramisu (sponge finger)
2 biji kuning telur
250 g mascarpone cheese (pastikan halal)
350 g whipping cream
100 g gula aising
Sedikit serbuk koko (hiasan)
1 sudu besar Nescafe
1 cawan air panas

Cara-cara membuat:

1.       Pukul whipping cream hingga gebu. Ketepikan
2.       Pukul kuning telur guna aising hingga pekat & gula hancur.
3.       Masukkan mascarpone cheese ke dalam adunan kuning telur yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
4.       Masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
5.       Susunkan biskut tiramisu yang telah dicelup dengan bancuhan nescafe ke dalam acuan.
6.       Kemudian letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.
7.       Ulang semula langkah 5 di atas hingga menjadi dua lapisan.
8.       Hiaskan dengan serbuk coklat di atas lapisan bancuhan terakhir.
9.       Sejukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 4-6jam.
10.   Sedia untuk dihidang.

biskut tiramisu hanya direndam sedikit sahaja dengan cara melintang atau berbaring.
patahkan 3


selapis2

Cadangan :
Bagi menghasilkan kek tiramisu cup yang lebih menarik, boleh juga dihiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Whipping cream yang okey pulak,boleh beli jenama MAURI


kek bersama


11/2/12

saya, dayah naim, huda muhd, izyan zahirah 
Muffin pisang, Fruit cup cake, & Tiramisu cup..
Seronok belajar bersama d Kolej Komuniti Sabak Bernam..
Jom tengok gambar sikit. Nak resepi,saya buat ni post entry yg lain..selamat mencuba!!

guru2 SK Seri Sekinchan yg 1 group dgn kami

pandai tak huda n dayah bwt kek??haha replika j la

kak yan yg rajin membasuh
replika kek yg sangat cantik!
menang bergambo le kome!!

~aku wanita, bukan sotong kurita.


Dengar lah sahabat!!
 Aku bukan sotong kurita yg lembut atau pun lembik.. 
Mahu pun bila dilihat aku seorang wanita yg mudah rapuh,
Tapi sebenarnya tidak. Aku bkn wanita seperti itu.
Usikan, ejekan, sindiran, acuhan & ntah la.
Biarkan saja.itu kisah keanak-anakkan,

................Jaga diri,akhlak kita baik-baik..............

"Ya Allah,berikanlah kecemerlangan serta kebaikan kepada hazwanie zul"
 Ameen~