nak itu, nak ini!!


Erm, nak cerita pasal apa ye?? Ok,jom cerita pasal impian atau apa saja lah yg kita impikan..hehe sama la tu kan. Kalau kita buat interview sorang-sorang,ada saja benda or something yg dia nak. Tua atau muda, semua ada keinginan masing-masing. Sejak baby lagi.. tak percaya?? Jom tengok..

“uwek!!uwek!!”tangisan seorang baby.
Maksodnya apa?? Mesti ramai yg boleh jawab kan? Selalunya mestilah baby tu nak susu. Atau dia suruh tukar lampin dia. Impian kan? Betul tak??

Bila umur dah naik 3,4,5 tahun pulak,lagi la banyak ragamnya.
“papa,adik nak sangat Transformers macam dia tu. Hebat lah. Bila tembak je keluar api.”
Padahal lampu je. Tu bagi budak-budak lelaki.
“daddy,kakak nak sgt patung Barbie yang pakai baju kembang-kembang yg cantik tu. Best la,sebab kita boleh sikat-sikat kan rambut dia. Pastu daddy belikan lah baju dia. Boleh tukar-tukar. Tak pun daddy belikan kakak Baby Alive. Alr,yg boleh makan tu………….blablablabla”.
Uh,yg ni lagi panjang. Keletah benar.

Bila naik tadika semua sibuk nak belajar ABC. Bagus-bagus. Tapi~
“mama, kita nak beg,pencil case,pemadam, semuanya Angry Bird. Yg warna merah taw. Kalau yang biru tu tak cantik.”
Hamboih2. Impian anak kecil ni!!

Bila naik sekolah rendah pulak lain ceritanya. Masing-masing sibuk main dengan kawan-kawan. Lompat tikus, kejar-kejar.tapi tu mainan dulu-dulu la. Kalau mainan sekarang tak taw la pulak sama ke tak. Lagi satu,masa saya sekolah rendah dulu,sibuk sgt nak masok sekolah menengah. Tak sabar-sabar nak habis UPSR. Nak sangat jd orang besar. Takde la orang marah-marah sangat. Hehe memang macam budak-budak. Pape ntah. Dah darjah enam, masing-masing belagak besar. Impian tu kononnya dah tercapailah. Haha.macam ape sj.

Naik sekolah menengah lagi lah banyak benda yang dia nak.
 Contohnya,kalau kita pergi sekolah,tanyalah mana-mana budak,nakal ke,tak nakal ke, sama je. Apa yang budak sekolah menengah nak??
1.       Kan best kalau ada robot yg tolong buatkan kerja sekolah. Tak pun tak ada kerja sekolah.
2.       Kan best kalau aku dah tak sekolah. Boleh buat apa yg aku suka
3.       Kan best kalau hari-hari ckgu mesyuarat,takde la aku tido dalam kelas macam ni
4.       Kan best kalau tangga kat sekolah ni tukar jd escalator. Takde lah aku penat-penat nak berjalan
5.       Kan best kalau sekolah kat Malaysia ni dah guna iPad mcm sekolah kt luar Negara tu. Takde lah susah-susah nak bawak beg pergi sekolah. Ringan sikit beg aku
6.       Kan best kalau kita belajar jarak jauh. Contohnya, kita dalam kelas,cikgu bercakap kat mana-mana,kita just tengok muka dia kt screen. Boleh la aku lari-lari kalau ngantok.
7.       Kan best kalau pergi sekolah bebas pakai baju hape2 je. Boring la asik baju yg sama
8.       Kan best kalau koperasi sekolah ni macam pusat beli belah. Semua benda ada.
9.       Kan best , kan best, kan best, kan best, kan best, kan, best n kan best……..
Kan best dank an best. Tu lah harapan budak sekolah menengah. Banyak lagi tu tak tertulis.

Bila habis sekolah.
“boringnya wey!!kan best kalau sekolah hari ni. At least ade la ilmu yang masuk tiap hari. Boleh jumpa kawan. Kalau nak pergi mana-mana tak payah susah-susah fikir nak pakai baju apa. Baju sekolah kan banyak. Hehe”.
“ tu la pasal, dulu masa sekolah hari-hari sebut,bila lah nak habis sekolah. Banyak betul kerja yang cikgu bagi.”

Haha conclusionnya. Setiap impian tu tak semestinya bagus kan. Bila fikir balik, apa yang kita buat tu Allah dah rancang untuk kita. Semuanya ada hikmah. So, jangan kecewa sangat kalau apa yang kita nak tak dapat.. hahah,nape aku macam lari topic ni. Tak kesah lah. Lagi satu, jangan impikan something yang kita susah nk dapat lah. Alr,mcm budak-budak sekolah menengah tu. Ok. Sampai sini je entry kali ni.


memandu??


Firts of all, alhamdulillah sebab baru hari ni lesen L saya keluar. Bersama 2 orang lagi sahabat saya hidayah na'aim dan Anis Syahirah..
Sebelum tu byk jugak cabarannya..(cewah,tade la mencabar sangat). apa yg paling mencabar ialah mengharungi kelas amali 6 jam.
FUHLAMAK!!
Masa tu lah teringat zaman sekolah. Cikgu ajar kt depan,aku tidur kat belakang. Hailah,rindu kot nak dengar teriakan guru-guru cemerlang tu. Setiap hari mesti dengar:
"Hazwanie! open your eyes!!"hehe tersengguk-sengguk masa bio.
Tiba masa chemistry pulak aku tak tidur. tapi kawan sebalah aku yang tidur. Macam biasa, tcer Jammy salah nama..
"ha!tu lah kerja Hazwanie,asal saya cakap, mulalah dia. Tersengguk-sengguk"
"eh tcer, dia XXXXXX lah. Hazwanie tu saya."
tergelak terus tcer. Pape pun rindu saat-saat tu.
Ok sambung. alhamdulillah gk sebab computer test aku lulus dengan cemerlang. Terkejut pun ada gk sebab buat latihan semedang je failed..hehe nah tengok




..uh2,besar tu ..hehe
Dan inilah hasilnya :




hahah,,cun kan aku!!
hari ni baru boleh belajar memandu. Kereta? oh,itu esok hari. Jejak kasih la pulak. Berunion disana. Excited teramat lah sangat. 
* Nor Diyana
* Intan Syahirah
*Nurul Huda M
*Suzianti
*Najla
*Siti Aisyah
dan ramai lagilah..haha kecoh van abang Lan dibuatnya. Hem,berani mereka-mereka yg lain tu gelakkan aku lambai-lambai. Hailah,demi P aku sanggop buat pape.. Harap-harap lulus terus lah sekali test. Anda yang belum, Bila lagi???

cot cet cot cet lah kita!

Assalamualaikum.
Entry kali ini, aku rase nk ckp pasal…………


Situasi 1..
“hala dia tu,baru anaknya dapat 4A 1C dah nk bising. Anak aku dpt 4A la. Senget-senget mulut bercerita. Kecoh satu kampung. Beria bercerita kt orang. Padahal 1C”. kata Pn.dotdot.
BIARLAH ORANG NK CAKAP APE. YANG SIBUK JUAL CERITA KAT ORANG LAIN TU  APASAL!! TAK NAK PULAK TEGUR ORANG TU DEPAN-DEPAN.

Situasi 2..
“Semalamkan, aku jalan-jalan kat Bandar Tut. Tiba-tiba aku Nampak si E’eh berkepit ngan sorang mamat tu. Hensem kot. Menyampah betul aku tengok. Kalau boleh nak je ak tapak guna kasut aku masa tu. Nasib baik lah mamat tu kacak wey. So,aku bia je lah.”
SO WHAT?? APASAL TAK TAPAK JE. 2X5 JE WEY. YANG KO MENGUMPAT TU PULAK DAPAT PAHALA??TAPI SI E’EH NGN MAMAT TU PUN SALAH GAK. KAHWIN DULU LA WEY!!

Situasi 2..
“tak guna betul laki aku tu. Aku dotdot n dotdot pn tak boleh. Kalau dia tu boleh pulak. Nak je aku lari dari rumah tu. Macam neraka dah aku rasa.”rungut Pn.tet tet kat kawan dia apabila suaminya menegur kesalahannya.
AIYA, ISTERI SOLEHAH TAK CERITA KEAIBAN SUAMI LAH!! DAH PERNAH DUDUK NERAKA BETUL-BETUL??ATAU SEDANG MENEMPAH?

Situasi 3..
“Erm,ko nak taw?? Si Ehem tu semalam bagi aku kuih apa ntah. Aku pun tak pernah tengok. Tak pernah-pernah dia bagi aku makanan sedap macam tu. Yang tak sedap pun tak pernah aku rasa. Habis makan je,terus aku sakit perut. Aku rasa dia nak racun aku la.” Katanya dengan penuh semangat.
( padahal 6 jam sebelum tu dah makan nasi basi )
SUKA HATI JE CAKAP MACAM TU!! MENFITNAH TU LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH.

Situasi 4..
“bodoh la!! Babi betul!! Suka hati aku lah nk buat apa pun. Aku try pegang tangan sikit pun nak bising. Mula la ‘sepohon kayu’ dia tu. Dah mengalahkan ustaz Don dah lamanya. 35 minit kot! Tak guna betul!! Tambah pulak ‘nur kasih’ mak aku 25 minit”. Omel si gadis comel.
HAH!! KELUAR TAK BAGI TAHU MAK LAMA-LAMA BOLEH PULAK. KALAU BUAT BENDA BAIK TAKPE LAH JUGAK. DAH TU MENCARUT TAK SEDAR DIRI. KALAU DIA TU BABI KAU TU APA?? ELOK-ELOK COMEL JADI COMOT.

Situasi 5...
Kring, kring, (deringan telefon bimbit )
“Hello awak!!penat saya tunggu awak kol. Baru sekarang??nasib baik saya sayangkan awak. Kalau tak dah lama saya maki awak”.
Tiba-tiba mak datang.
“eh, Tot. kau Nampak tak baju kahwin mak yg mak simpan dalam almari tu? Mana perginya ha??”
“sibok lah mak ni. Aku tengah cakap ngan laki aku ni. Pergi lah cari sendiri!!”pertanyaan dibalas herdikan.
“sori ye sayang. Mak saya tu.”
HAISY,DENGAN ORANG LAIN BOLEH PULAK LEMBUT-LEMBUT. DENGAN MAK KANDUNG SENDIRI CAKAP BUKAN MAIN. MACAM SERIGALA!!PADAHAL BUKAN LAKI BETUL PUN. LELAKI JE OK!!

situasi 6...
"cantik lagi kalau kau pakai tudung yg haritu wey,,yg haritu. Takde la aku tengok macam kelambu. tengok ni, macam tudung saji pun ada."
ISYY2.SALAHKAH BERTUDUNG LABUH??

............................................................

The point is, setiap kata kita perlu jaga.tak kiralah dengan orang tua ke,orang muda kE. Kan  seronok bila semua orang cakap lemah lembut, sopan santun, berbuki pekerti. Cewah. Gaya macam aku ada je semua tu. Bukan apa, ini untuk peringatan bersama. Renung-renungkanlah.

‘ASIF JIKA ADA YANG TERGURIS

 .................................................................................................

solat kita

Sibuk sungguh dunia hari ini. Semuanya sibuk dengan tugas masing-masing. Dalam kesibukan itu jugalah kita sering leka dengan solat. Solat selalu lewat. Erm,solat tu kan tiang agama.
Kenapa kita nak remehkan??
Kadang-kadang saya pun musykil dengan semua ni. Sekarang ni pulak,makin ramai yang suka-suka tinggalkan solat. Sebenarnya disebalik solat tu banyak hikmahnya.
Saya tertarik dengan CATATAN SYABAB yg terkandung dalam majalah GenQ isu02.
Meremang jugak rasanya bila baca. Memanglah solat 5 waktu tu saya jaga. Tapi yakin ke Allah terima solat tu. Dalam catatan tersebut tertulis 15 seksaan bg orang yang meninggalkan solat.

6 SEKSAAN DITERIMA DI DUNIA

1.       Usianya tiada keberkatan
2.       Dihilangkan tanda-tanda org soleh drpd wajahnya
3.       Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan
4.       Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan Allah
5.       Semua makhluk di dunia membencinya
6.       Tidak menerima bahagian doa untuk orang-orang soleh

3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DIPENGHUJUNG

1.       Matinya dalah dalam kehinaan
2.       Matinya adalah dalam keadaan yg terlalu lapar
3.       Matinya dalah dalam keadaan yg sangat haus

3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR

1.       Kuburnya disempitkan
2.       Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yg dinyalakan
3.       Ular yg dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat

3 SEKSAAN DIHARI KIAMAT

1.       Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka
2.       Mendapat kemurkaan Allah yg amat amat hina
3.       Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yg terus dihumban ke neraka
Untuk mengelakkan drpd terabai, maka peliharalah solat kita melebihi drpd memelihara maruah kita sesame manusia di dunia ini. Jom lakukan sama-sama

Peringatan buat jemary ini juga.