Not Accomplished


Makin besar makin suka menyusahkan diri sendiri. Boooo untuk diri sendiri sebab misi dan visi 2013 masih tak tercapai. Ya,aku kena ada satu planner sebab tak pandai lansung jaga masa kat U ni haaa. Tak, bukan planner yang salah,tapi diri sendiri yang tak pandai alert dengan masa.

Apa misi dan visi 2013? Menjadi anak emak yang manja. hahaha takde lah. Aku pun tak sure sebenarnya. Yang pasti dulu masa TAMHIDI semester2 aku pernah simpan cita-cita nak belajar rajin-rajin. Okey,misi & visi tu tercapai masa sem2 tamhidi je lah kan. Habis tamhidi duduk rumah sambil-sambil kerja kat MHP dalam 5 bulan macam tu la. Masuk je bulan 9 dah tukar title budak asasi jadi budak degree. Semangat nak belajar tu tak tahu lah macam mana kan. Tapi alhamdulillah sekarang makin boleh sesuaikan diri dengan subjek ni. 

Terima kasih USIM sebab suruh student belajar bahasa lagi banyak dari subjek core masa semester 1 ni ha. Kalau tak,aku tak tahu apa yang minda aku akan cerap dalam masa aku tengah terima kenyataan bahawa 
"AKU BUDAK FIZIK"

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Semoga 2014 lebih baik daripada 2013.
Misi 2014?
KAHWINNNNNNN!!!
hahahaha
Misi saya akan saya bentangkan 2015 nanti. InsyaAllah


Sibuk? Apa tu??




Dulu orang kata budak DEGREE ni banyak waktu free. Memang, kalau tengok jadual kelas memang rasa lagi free dari ASASI.
In fact, degree ni terasa lagi busy dari TAMHIDI dulu.
 Ok before that, TAMHIDI tu ASASI kat USIM. Bahasa Arab bagi asasi adalah tamhidi.

Ok sambung.
Macam aku cakap tadi, degree ni lagi sibuk dari tamhidi. Masa tamhidi busy tu memang lah busy. Tapi busy tu stick kt satu benda iaitu STUDY. Takde benda lain. Study, study, dan study. Busy dengan soalan tutorial, busy dengan quiz & test, busy nak rebut bas untuk balik hostel yang jarak dia 30 minit dari U. Semuanya busy sebab belajar lah.

Masa tamhidi dulu selalu juga terfikir, seronok betul jadi budak degree ni,kelas macam "nak tak nak" je.
Sekarang ni dah rasa sendiri,haiyooo. Busy dia tak busy sangat. Tapi bila dah dapat kerja tu, memang kene buat sungguh-sungguh. Takde dah main-main.
Aktiviti apak banyak. Cara belajar?? Tak payah cakap la. kalau dapat lecturer yang alert dengan masa ok la. Dapat pula doktor yang huarggghhhhhh. Tengah siap-siap nak pergi kelas dah ni,tinggal nak sarung kasut, tetiba dapat mesej, "kelas harini dibatalkan".

Ok, mungkin seronok untuk subjek yang kita anggap remeh je. Tapi kalau subjek core dalam course tu,memang la lagi "seronok" kan. Bila masa dia mengajar kat depan, kita mula la terkebil-kebil. Laju sangat-sangat smpai susah nak catch up.Nota suka hatilah korang nak pakai nota apa. Dia tak nak ambil tahu pun semua tu. Yang penting bila dia nak buat test, tetiba dia bawak sebundle kertas dan suruh tutup semua buku. Tak inform pun yang minggu tu ada test. harghhhhhh. Itu lah degree.

 Lagi satu group discussion. Banyak sangat group sampai kadang-kadang tu aku confuse aku satu group dengan siapa. HAHAHA. Lecturer main tukar-tukar je group tu. kadang-kadang waktu discuss tu bertindih. Masa tu lah nak fikir lab report dengan orang lain. Masa tu lah nak fikir assignment dengan group itu group ini.

Itu baru kat dalam kelas. Yang ni koko pula. memandangkan aku tak boleh nak main banyak benda atas faktor fizikal aku ni,aku pilih SENI SUARA ISLAM. Dengan niat nak belajar balik taranum-taranum tu. Tapi hampeh,tetiba lecturer tu tukar jadi nasyid.
Baru-baru ni ada buat kelas ganti hari rabu. Beliau bagi satu lagi lagu tambahan untuk dihafal. Lepas tu nak tasmi' hari sabtu minggu yang sama. Haaaaaa,memang otak keretaapi aku ni. Nak pulak aku antara AJK tertinggi untuk Projek Akhir subjek ni. Nak kene settle benda tu cepat-cepat diorang kata. Lagu dia memang klasik sangat-sangat lah. Tak pernah dengar. Tapi bila dengar balik not bad la. Sedap juga.

Nak cakap satu je, kalau macam tetiba aku tak terreply text, whatsapp, wechat segala bagai tu sori la. Bukan tak nak reply. Sebab kadang-kadang tu aku tak terperasan pun benda tu aku tak reply lagi. 


MAY ALLAH EASE EVERYTHING 


Stalker make Laugh



Bersawang kau blog ni. Dah tak tahu nak tulis apa. Semua dah cerita kat twitter. Nak cerita pasal I-Inova'13?? Cerita tu dah basi sekarang ni. Nak cerita pasal apa? Ok lah,nak cerita,ada orang suruh update blog ni. Tapi tak kenal siapa. Stalker ken?? hahahaha *perasan jap.


Ok cerita pasal STALKER lah. Mesti korang yang baca post ni pernah ken stalk someone. 
Apa beza STALK dengan STALKER?
Jap jom usya contoh tweet-tweet yg selalu buat aku gelak:



HAHAHAHAHAHA

Tahu tak STALKER tu bukan perbuatan. Betulkan dulu ayat tu dik.

nah kamus :


Dengan kata mudahnya,stalker ni adalah orang yg melakukan perbuatan stalk tu.

Aku tak ada lah pandai BI sangat. UPSR B, PMR pn B, SPM pun B+. Takpe,kita belajar sama-sama. Ingat, jangan buat aku gelak tergolek lagi baca tweet-tweet korg 

(^_____^)










Terima



Terima?
hah,terima apa ni??
Terima yang kau dalam dunia fizik wanie. Erm,bosan lah asyik post pasal fizik je kat blog ni. Kfine.

Terima kasih ya Allah kau beri aku sahabat yang sebising mereka. Makin semangat nak belajar. Walaupun sebenarnya ilmu fizik tu tak nak lekat2 lagi dalam otak ni. 

Saat kasih mula berputik. Eceyh.

BSE1






Degree here I come



2 september 2013

Bermulalah langkah kaki masuk ke alam yg lebih tua dari dulu. Dengan azam dan tekad baru, kecekalan, ketabahan. Lontarkan semangat yang kau ada Wanie.

Fizik Gunaan,bukan penghalang untuk kau berjaya. Okey,kawan-kawan bila jumpa semua bagi semangat. 
"Kau istikharah Wanie"
"Allah dah aturkan,kau minta lagi kt Dia"

Ya,betul tu apa diorang cakap. Dan abah :
"Masa ni la nak cabar diri kau. Asyik mintak apa yg kau nak je."

Hmmm,abah jarang la nak cakap kat aku macam ni,biasa dia diam je,ikut je apa yg anak-anak dia nak. Then  aku rasa macam aku perlu teruskan.
Bila orang tanya nanti kerja apa,aku jawab je.. 
"ntah"
Sebab??
Seriously,aku memang tak pernah ambil tahu apa ke bendanya Fizik Gunaan ni. Ada yang kata kerja ala-ala engineer. Haaaaa,amek kau. Tak pernah pun ada cita-cita tu. 

Apa-apa pun,harap semua doakan saya rajin belajar. Tak malas macam masa TAMHIDI dulu.

Sekian.

*harap-harap lecturemate aktif bertanya macam masa kat KTS2 dulu. Tak ada la rasa macam batu masa belajar. :)

all i love


Just Follow the Flow


THIS!!!
Sampai sekarang macam
 "erm,aku boleh bawak ke?serious ke aku dpt ni??course ni macam mana?"

11 July 2013
Login etasjil nak cek benda alah ni.. choi,apa semua ni. Amek kau!menangis tak henti aku dr tengahhari sampai malam.
FIZIK GUNAAN atau boleh jugak kalau nak panggil dia FIZIK BOMOH2.
Otak dah kering dengan FIZIK since habis je final exam kat TAMHIDI haritu. Kalau biology & chemistry tu ada lah jugak lagi yang tak kering terpaku terkunci terpagar dalam otak ni. Nak-nak pulak aku dah berhasrat tak nak ingat pun pasal fizik dan dengan yakin,
"Yes!!!lepas ni aku tak nak belajar fizik dah."
FIZIK??
Satu-satunya subjek C aku masa SPM.
Satu-satunya subjek yang memang kalau dihitung berapa banyak kali pun aku tak taw bila masa je aku tak tidur. Almost tidur je dari f4,f5,sem1 mahupun sem2.
*pernah satu masa kat sekolah dulu makan choki-choki dalam lab fizik dengan harapan tak nak tidur.tapi malang,tidur juga. Cikgu tu pn perasan habit aku yg satu tu.Buat malu je.
Satu-satunya subjek yg arghhhhhhhhh,paling malas aku nak study dulu,kini, & selamanya.
*jangan wanie,jangan.

Bukan aku sorang je bernasib macam ni. Tapi ramai lagi. Dapat course yg memang tak ada dalam list yang diminta pun. Yang ini tak cukup TRAGIS lagi. Super tragis kat budak-budak yang dulunya TAMHIDI SAINS & TEKNOLOGI lalu tercampak ke fakulti yang bukan sains. Syarat kelayakan memang dah terlebih layak daripada aku. So,bersyukurlah dengan result course aku ni.
Macam mana pun,istikharah tetap istikharah. Mungkin ini yang betul atau mungkin Allah nak uji sejauh mana aku berusaha untuk hidup aku.

Tapi kalau memang rezeki aku kat sini nak buat macam mana kan?
JUST FOLLOW THE FLOW

Semoga Allah bagi keputusan terbaik. Ameen. 
:)




Post Tanpa Konklusi


Ok,meyh sini baca sedikit cerita. Pengalaman membuatkan kita mampu berfikir.
Kisah 1 

Kak R , 35 tahun.

Mempunyai 3 orang anak. Yang sulung umur 16 tahun,lelaki. Yang kedua umur 14 tahun , perempuan. Dan yang bongsu 11 tahun. Suami tak nak bekerja. Kesian kat akak ni. Terpaksa bagi abang dia jaga anak dia start tahun lepas. Gara-gara tak cukup duit nak sekolahkan anak. Anak tak ramai pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Dah itu rezkinya kan.
"Mestilah akak sayang anak-anak akak. Kalau tak,akak takkan suruh diorang balik tiap minggu. Tengok,diorang balik pun ikut akak kerja. Boleh la buat tampung makan diorang sikit-sikit kat sana masa sekolah."


Kisah 2

Acik E ,lingkungan 40 tahun.

Anak dia tak tahu lah berapa.Tapi macam ramai juga. Ada yang besar,ada yang kecil lagi. Yang ni lagi kesian. Kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Duit gaji dapat sebulan dua kali. Kalau nak dikira-kira balik,gaji acik ni lebih kurang RM500++ je sebulan. So kalau setengah bulan dalam RM250++ je la.
Pernah suatu hari waktu dia mula-mula kerja kat situ,gaji pertama dia dapat,dia terus bawa sorang anak dia pergi beli beras & ikan sardin beberapa tin. Muka dia bukan main seronok lagi masa tu. Rasa nak nangis tengok dia pun ada. Rupanya ada lagi orang susah macam ni. Cuma kita je yang tak nampak.
Kalau buat kuih mazola tu kan kita kene sapu kuning telur atas kuih tu. Telur putih pulak terbiar tak tahu nak buat apa.Buat makan-makan hari-hari pun dah bosan. Astaghfirullah untuk kami. Tapi Alhamdulillah bagi Acik E. Dia selalu kata:

"Kalau ada makanan yang lebih macam telur ni,bagi je kat saya. Anak saya suka sangat."

Pernah jugak saya terdetik nak tanya dia walaupun saya dapat agak jawapan yang dia akan bagi pasti perit.

Saya : Suami acik sihat?
Acik E : Sihat je. Ada kat rumah tu. Terbongkang je.
Saya : Dia tak kerja ke cik?
Acik : Nak kerja apa. Kerja,berhenti,kerja berhenti.Macam-macam kerja dah,semua dia taknak.
Saya : Lah,selama ni acik je la yang sara anak-anak?
Acik E : Yela. Sewa rumah lagi acik nak bayar. Boleh pulak dia tuduh acik curang dengan dia. Pergi kerja bukan bagi acik bawak motor dia tu. Tu pun acik yang bayar. Acik ni naik basikal je la.
Saya : Iya makcik?Biar betul? ? Habis tu,cukup ke duit tu nak bayar motorsikal tu?
Acik E : Dah 3 bulan tak bayar dik.
Kesian kan dengan acik ni.

Kisah 3

Kak M , 29 tahun

Mempunyai 2 orang anak . Yang sulung 6 tahun. Yang bongsu 2 tahun. Dah bercerai dalam 1 tahun macam tu kot. Akak ni baik,cantik,lembut, sopan. Tapi satu je problem dia. Dia suka sangat bercerita dengan orang tak kira waktu. Dari sekeping biskut dia boleh keluarkan soalan bagaimana, mengapa, apakah, bilakah, apa dan mesti ada cerita tambahan kat belakangnya even orang buat tak layan je apa yang dia cakap. Kadang-kadang tu kesian tengok dia. Muda-muda dah kena cerai. Orang pun macam selalu marah dia dengan perangai dia tu. Mana taknya. Mulut bercakap,kerja tak jalan. Mestilah orang marah kan?
Sampai suatu petang masa dia masuk kerja petang bos panggil dia dan saya terdengar sedikit perbualan mereka. Eh sibuk pulak aku ni kan.

Boss : M,kenapa kerja awak sekarang makin teruk ya?
Kak M : Teruk macam mana bos?
Boss : Yela,tiap pagi orang datang pukul8 awak datang pukul 9.30.
Kak M : Entah lah. Saya tak boleh nak bangun kalau anak saya tak bangun lagi.
(geram jugak dengar ayat ni..hehe)
Boss : Mana boleh macam tu. Selama ni macam mana awak boleh je datang awal setiap hari,tapi baru-baru ni asyik lambat je. Dah lambat lepastu nak keluar awal. Kita bayar gaji taw.
*Kak M masih membisu
Boss : Tengok Cik E tu, even dia ada ramai anak,ada suami lagi tu,macam mana dia boleh kerja dengan elok. Kalau ikutkan,dia lagi susah dari awak taw. Malu dengan dia. Dah tua lagi tu dari awak.
Perbualan berikutnya tak dapat di ikuti.
Sekadar perkongsian. Kita boleh fikir sendiri kan?baik lelaki,atau pun perempuan..konklusikan ia sendiri.

hijabista


Yaa,,i luv cara mereka sampaikan.
Vlogger-vlogger ni sebaya saya je.
THISSSS!!!

MrTheAllshared

click yg atas tu.
Ok,meyh tengok tutorial tudung paling latest


Selamat mencuba!


ALHAMDULILLAH


Tak sia-sia usaha selama ni. Tolong ajar orang,bangkit dengan semangat wajar.
Hari ni result temuduga untuk MEDICINE, DENTISTRY & ARCHITECTURE keluar. Alhamdulillah DENTISTRY.
Jom tengok :)


Ok semua jangan salah faham. Beliau merupakan nama di atas, bukan saya.
Saya tak mohon pun 3 course kat atas tu sebab gerak hati saya mengatakan saya tak mampu. 
Even saya pernah bedah tikus,tak semestinya saya suka nak jadi doktor or yg ada kaitan dengan nya.
Even saya pandai melukis,tak semestinya saya boleh terminat nak jd arkitek.

By the way, Nurul Najwa Md Yusuf, congratulation sayangs.
Buat yg terbaik interview ni. Kau boleh Najwa :)



Heay Hari MAMA


Hari mama?
Hehe saje mengada nak panggil mama. Padahal MAK saja.
Kisah lepas maghrib. Sementara tunggu Isya',saja menjahit brooch buat main jual-jual. Sambil tu tengok berita. Maka berlakulah perbualan.

Mak : Atok tu rindu kat opah tu. Tu yang dia nak sangat balik tu
Aku : erm,
Sambil pandang yang tengah khusyuk menjahit tu.
Aku : Selamat Hari Emak!!!!!! (menjerit)
Mak buat muka terkejut. HAHA sorry to say. Saya memang nakal. Suka hati saya je nak buat apa-apa.
Mak : Hmm,dah lambat dah.Tak payah.
Aku : Mak ni tak hargai lansung.
Mak : HEHEHE ok.terima kasih.

gambar 4 tahun lepas

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA.
I LOVE YOU MAK!!!
SITI FUZIAH RAMBZAN

Cikgu Chaplin


Hoyeah,hari ni jadi macam Charlie Chaplin. Gelabah.
Produk terlalu banyak sampai tak menang tangan. Senior-senior termartabat semua kene buat kerja kat tempat proses. Tinggal aku sorang jah..Kelas gitu. Dapat pulak budak-budak baru yang datang macam,,,,,
 BOOOOOOOOOM.
Amek kau,sekali ramai. Aku kene ajar budak-budak ni. 5 orang sekali gus. Kalau majoriti perempuan tak apa lah jugak. Yang ni??sorang je perempuan. Yang  lain tu lelaki. Dah la yang sorang tu hensem. HAHAHA  menyempat. Aku lah paling sibuk KONONnya. (-,-") 
Sampai bebudak ni salah pack. Padan lah muka aku. Malu sendiri.

Live chat dengan Dayah Na'aim pun tertangguh-tangguh tadi..
Hopefully budak ni masuk balik kerja sini. Please la ha~



Jerlus Outstation

Habis TAMHIDI aku dok kerja kat tempat lama je. Bukan tak nak kerja kat tempat lain. Cuma fikir solat,cuti, transport & macam-macam lagi. Itu je lah tempat yang paling sesuai aku nak kerja.
MHP Enterprise.
Tapi kali ni kerja aku tak berapa nak berat macam dulu,sebab experience aku lama dari yang lain. Lately selalu je OUTSTATION.huahuahua outstation mende. Tanjung Karang je pun. Boss ajak teman pergi terapi pastu hantar barang yang berlambak kat rumah orang. Tak muat satu kereta,so petang kene hantar lagi satu trip pulak. 
Adoi,kebetulan pulak pihak SIRIM datang nak cek tempat proses macam mana. Memandangkan aku sorang je yang tahu tempat tu selain boss,aku kene temankan si Alif pergi hantar. Nak suruh lori hantar memang tak la.Jalan senpit tahap railway kereta api je aku tengok. So,pasrah.
Ini dia :
dalam gambar jalan nampak besar..hakikatnya...
Gerak pukul 3.30 camtu. Patutnya sampai Sekinchan dalam pukul 4.15,tapi jadi 5.30. HAHA tayar sebelah masuk sawah. Dalam pulak terjerlus.Terpaksa singgah rumah beliau basuh tayar kereta tu. Nak pergi carwash macam lama sangat je. Takut kantoi pulak kat boss. Lagi pun duit Alif tinggal RM7 je sebab RM20 dah bayar kat pakcik bawak bajak yang dah selamatkan kereta tu.Yang aku pulak tertinggal purse kat kilang. Hah,bapak risau masa tu. Sempat pulak makcik kat rumah tu ajak minum-minum,makan-makan. Dia kata umur kitorang 16 tahun. Tak percaya pulak orang cakap umur sebenar. Apa lagi,BAJET MUDA la. Ayat paling tak boleh bla "MACAM PINANG LA,BELAH-BELAH DUA".
Rasa macam nak belasah je Alif masa tu pergi ngaku yang bukan-bukan.
Harap-harap kerja lepas ni jalan macam biasa je.

3 soalan bertubi


Duduk kat USIM,,3 soalan ni memang orang tak tanya. Alhamdulillah semua tahu.
Tapi bila kat luar,soalan ni selalu je orang tanya.
jom senyum panjang2.
(^_________________^)

SOALAN 1 :
Kenapa kau suka pakai tudung dua lapis ha??panas kan?
Jawapan : sebab jarang. Aurat kan~. Leher tu aurat kan?

SOALAN 2 :
Kenapa kau pakai kain dalam. Kain kau tu bukan nya jarang pun
Jawapan : Tak jarang,tapi boleh menampakkan bentuk tubuh la,,

SOALAN 3 :
Kenapa orang-orang alim suka sangat pakai stokin ha? I mean sarung kaki. Kaki bukan aurat kan?
Jawapan : Kaki tu aurat la sayang. Bukan orang alim je kene pakai,tapi semua orang





TAMHIDI 2012/2013

HOUSEMATE 
E1-4,KOLEJ KEDIAMAN NILAM COURT,NILAI3

KULIAH 2
TAMHIDI SAINS & TEKNOLOGI

with madam Faaizatul Ahya





TUTORIAL 5
TAMHIDI SAINS & TEKNOLOGI










TAMATNYA TAMHIDI
12oo ,18 APRIL 2013






Rezeki Milik Siapa? ?




Rezeki semua milik Allah.
Kita berhak memilih,tapi semua tu Allah yang tentukan.
Baru-baru ni,ramai yang tanya aku nak pilih course apa degree nanti. Aku pun tak tahu sebenarnya. Yang aku tahu,fizik keluar list. Tak boleh bawak makkkkkkkkkk!!!
Final belum habis,tapi dah kene pilih course. Buntu,buntu,buntu.
Akhirnya :


Yang lagi 4 kosongkan.

Dialog-dialog umum :

A : Aku risau lah kalau tak dapat apa yang aku nak.

B : Aku risau kalau aku dapat course yang aku tak minat

C : Kau yakin ke nak pilih course tu?

D : Kau ingat senang ke belajar benda alah tu

E : Aku tak nak nanti belajar penat-penat,dapat kerja yang biasa-biasa je

Dalam masa yang sama teringat salah sorang cikgu kat sekolah dulu punya lesson :

Cikgu : Okey,sekarang beritahu saya cita-cita awak masing-masing.

Macam-macam cita-cita disebut. Sampai kat sorang student,

Student : Saya tak tahu nak jadi apa cikgu. Saya harap saya jadi orang yang berguna.

Cikgu : Mana boleh macam tu. Tak kan awak nak jadi nelayan kat laut tu je.

Berasap masa tu Allah saja yang tahu.
Rezeki orang kan lain-lain. Tak kisah la beliau seorang NELAYAN, DOKTOR, LAWYER, PILOT, PETANI, KERANI & apa-apa jelah profession kita, semua tu Allah yang tentu kan. Kadang-kadang kita dah usaha sekeras mungkin,tapi tetap tak dapat apa yang kita nak.
Yang tu maknanya Allah dah aturkan yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang. Cuma kita teruskan usaha dan tak cepat mengalah. Yang paling penting DOA. Itu senjata terbaik. Mintak saja pada Allah diberi yang terbaik.

Ingat!!
Jangan cepat mengalah sebab suatu masa dulu kita MEMANG pernah menang. 
Kita yang terpilih untuk hidup.

Ya Allah,berkanlah yang terbaik untuk Hazwanie Zul
ameen




A Day To Remember ~ TTS5

23/3/2013
Superbbb Tutorial 5 Tamhidi Sains & Teknologi.
Kali ni berpicnic dengan budak tutor pulak.
Location : Batu 4 Port Dicson.


awesome guys

baby boy

baby girl

Suka duka TAMHIDI banyak dihabiskan dengan korang budak2 TTS5. Berbekalkan 5 kereta,berhijrahlah kami sekejap kat PD tu. Alhamdulillah semua selamat. 
Actually pagi tu agak serabut la jugak sebab Jumaat petang tu ada PHYSICS Workshop oleh lecturer-lecturer fizik. Habis je workshop aku, Najwa & Hani ikut Aqilah balik rumah dia kat Kajang tu untuk amek kereta, sediakan sarapan & beli barang sikit untuk baby-baby gorgous ni.
Sorry korang sebab kitorang TERLAMBAT. hehe Maafkan tak??
WRC

Driver terhormat : Shibli, Amir, Aqilah, Fatin, Jie Gojes.
As AJK aktiviti masa hari tu,rasa macam berdebar pulak,over je.haha Ya la,Tak pernah ah jadi AJK2 macam ni. Dalam 1 jam perjalanan tu asyik fikir je,

“betul ke aku nak buat game tu?”
“macam mana aku nak mulakan dulu ni?”

Haha gelabah pulak. Pelik-pelik je. Rasa tu datang sebab macam tak prepare pape pun. Suruh Dell je yang buat itu ini. Thanks Dell :).. Daryl pun :)


Main je lah apa pun. Putus idea seminggu,tak taw nak bagi korang main apa. Last-last teringat game yang batch20th SLISS buat masa Reunion kat Teluk Batik dulu. Main je lah,Alhamdulillah jadi. Buat suka-suka kan.
promote batch : BATCH20th SLISSIAN


dua gambar ni jelah yg dapatnya. Yang lain tak sempat




Penat main masing-masing terjun laut. Seronok bah.Padahal tiap kali balik main air laut kat belakang rumah tu. Tapi yang ni plus BANANA BOAT. Sebab tu rasa macam over excited. Dah lama tak naik kan.


aizat dibuli lalu dicampak ke dalam laut

conteng tangan

bangga dapat selesaikan masalah..haha

comel la tu??haha

Naik atas, main game Daryl pulak. Seronok-seronok kat pantai pun boleh main kira-kira lagi. Nasib lah.Memandangkan yang dah kalah tu tak berapa nak puas main, bola jadi mangsa keadaan. Main bola beracun. Time ni lah keluar semua perangai-perangai yang masing-masing sorokkan tu.haha Yang pendiam jadi bising semua.


macam-macam action ha

daryl & amir

amir menerangkan cara bermain
Dah habis kat PD, sambung pulak kat AEON Seremban. Plan nak main bowling gagal sebab crowded terlampau. Batalkan niat & cari tempat nak tukar-tukar hadiah. Mula-mula duduk kat tingkat atassssss sekali. Pelik pun ada.haha


aksi mariam yg tak pupus2 lg

terbahak
Tiba-tiba pakguard datang suruh kitorang beredar. Rasa nak gelak satu mall je. Korang memang best lah.
At last tukar hadiah kat luar JUSCO je. Semua yang ada keliling tu pandang kekecohan yang ada.


daryl & wani baik

suli & hani

Abdullah (bukan nama sebenar) & Najwa

Amir dapat kasut perempuan..haha

hak bermain hak kami

Then masing-masing balik KKNC.

SUPER GORGOUS!!!

TTS 5 MUAHHHH

related link : Syazwani Khalid