SIBUK




Sibuk dengan dunia,
Sibuk dengan urusan yang sebenarnya boleh untuk kau tinggalkan,
Sibuk dengan perkara yang mampu mengisi masa kau yang selalu terlolong kebosanan bila terlopong,
Sibuk berkata yang kau memang sibuk,
Sibuk menjaga hati manusia yang satu hingga tergadainya nilai indahnya hati satu yang lain,
Sibuk dengan macam-macam lagi di dunia ni hingga kau lupa akhirat itu natijahnya,
Sibuk hingga kau tinggalkan tanggungjawab kau sebagai seorang anak, seorang keluarga, seorang insan istimewa, seorang sahabat dan seorang yang mungkin kau rasa tak penting dalam hidup dia,
Sibuk lah kau dengan segala jenis sibuk sehingga tergadainya sikap perhatian yang patut kau beri pada semua yang layaknya.
Sesibuk mananya kau, jangan pernah kata sibuk pada Allah!!! kat situ nampak kau sombong dengan Dia then effect to others.
Yes!! Itu pointnya!
INGAT ALLAH! PASTI MUDAH SEGALA URUSAN!


Padan muka kau wanie, tak professional menyelesaikan masalah.
WANIE MINTA MAAF PADA SEMUA YANG DAH TERGURIS :(




Belum Patah Lagi





Anyeong Haseyooo. Buang tebiat jap cakap Korea. Kita orang koryah (kampung) je.
Belum patah apa? Belum patah hati la. Belum patah hati nak belajar tapi rasa lagi semangat even pointer tak lawa mana. Sebab apa? Sebab kita dah lepas kalkulus. *nangiiiissssssssss.

Satu keajaiban yang tak ada la keajaiban mana pun setakat lepas kalkulus tu. Tapi bagi aku keajaiban yang tersangatlah ajaib. Nak tahu kenapa tanyalah dekat sebahagian orang yang ambil kalkulus kat U aku ni.
Benda first yang aku tengok kalkulus sebab sebelum tu ada orang yang cekkan. Dia kata kalau dia marah maksudnya aku fail lagi. Masa tu macam confuse sikit lulus ke gagal sebab dia suruh cek macam biasa je. Tapi lepas tu dia kata kalkulus kena repeat lagi. Ok,tak nak percaya,pergi cek dulu. And benda first yang aku tengok kalkulus la sebab, tolong lah faham aku tak nak repeat banyak kali. Masa tu seronoknya macam seronok dapat result A subjek Sejarah PMR & SPM dulu-dulu je. haha Padahal tak A pun kalkulus. Kalau ada suami masa tu dah kena peluk dah. Tak apa,yang penting aku TAK NAK repeat lagi subjek tu.



Subjek semester 4 dan yang pasti jadual makin pack. Mula-mula jadual keluar macam "wahhhh relaxnya sem ni". Sekali ni tadi baru cek, "Mak aiiiii, padat nauuuu." Mahu nanti malam aku tidur awal dari biasa.
Terima kasih untuk semua yang dah selalu tolong sama ada nampak atau pun tak.
Terima kasih pada semua yang bagi semangat setiap kali rasa down sangat-sangat.
Terima kasih sudi doakan mana yang dah doakan tu.
And the Most terima kasih to Allah because He give me the chance to know what the special about this program.
Dan satu pernyataan yang aku harap sangat dari dulu aku akan sebut suatu hari, dan sekarang aku dah mampu nak sebut :

"I'm fall for u,Physics"

Yup, ilmu Allah itu luas dan aku perlu banyak tahu tentang ilmu ni.
Semoga wanie terus semangat.





Exam Fever



Exam fever, sejenis penyakit yang aku sendiri tak boleh nak elak sejak zaman sekolah rendah lagi.

23 Disember 2014
6.30 p.m
Capai telefon dan membuka aplikasi Whatsapp. (amboi sangat aplikasi)
Conversation yang personal aku akan buka dulu.
Mama
Mak : Sihat tak? Tiba-tiba rasa nak tanya.
Aku : Sihat je. Cuma sejuk sangat la tempat ni. macam kat luar negara pakai stokin baju sejuk bagai. Haha
Mak : Takpe, dulu nak belajar luar negara tak dapat kan. Minum air banyak-banyak.

Padahal masa tu kepala dah berat selesema batuk semua ada. Kalau tak jaga dah demam agaknya. Sengaja je tak bagitahu sebab mesti word "mengade" mak akan cakap.

27 Disember 2014
10.00 a.m
Capai telefon terus buka contact list search "Mama".
Mak angkat call lepas tu tak sempat cakap pape lagi aku dah terbatuk.
Mak : Dah agak dah, tiap kali nak periksa je mula dia tu batuk lah, selesema lah, demam lah, migran lah.
Aku : Haha orang bukan nak bagi tahu orang tak sihat pun. Saje je nak call.
Mak : Mengada betul, cuba kalau sekali periksa tu tak sakit dot dot dot dot dot dot dot dot

Yup, typical mom, she is really understand me walaupun tak bagi tahu tapi dia dah dapat rasa. Aku harap aku pun ada instinct yang kuat bila dah ada anak nanti. Harrrr.

Mak pernah cerita dari tadika aku memang sokmo je demam atau sakit perut masa nak exam. Masa sekolah rendah yang selalunya aku akan sakit perut . Bangun awal pagi dalam pukul 4 atau 5 tu kejutkan mak atau abah ajak teman pergi toilet nak buang air. Ingat lagi masa nak ambil result UPSR tidur berdua kat rumah nenek, aku buat benda yang sama, kejut nenek ajak pergi bilik air, tapi nenek tidur mati. HAHA padan muka. Lepas tu sanggup keluar rumah nenek lari lintang pukang balik rumah nak suruh mak teman pergi tandas. Bila fikir balik kenapa aku pandai sangat haaaa?? Tandas kat dalam rumah tu aku takut, tapi nak balik rumah masa gelap gelita berani pulak. Tak lawak sangat. 

Dah masuk sekolah menengah dah takde dah sakit perut, tapi batuk selesa tu mesti ada. Demam tu almost je la,takde pun setiap kali exam. Yang aku ingat masa PMR aku takde suara lansung, mungkin sebab batuk over sangat kot. HAhA tanda ngade-ngadenya seorang Hazwanie. Masa SPM pula aku demam mengejut menggigil satu katil. Mak pun takut nak tidur dengan aku masa tu. Toto dua tiga lapis takde effect, sama je rasa sejuk dia. Boleh baca kot post lama ni ---> extreme shivering . Tapi jangan gelak laaa sebab ntah apa-apa ntah ceritanya.

Dah masuk U memang tiap kali akhir semester aku punya migran tu datang. Syukur sem ni tak rasa pening-pening kepala. 

Ok dah nak sambung study. Doakan saya ya awak-awak. Doakan terus kuat!!