COMMIT. KTS2.

Mood : Gembira tak habis lagi.
Rimba Kalong Eco Resort, Ulu Yam
Serously seronok sangat-sangat. Plan buat kem 2 hari,tapi terbantut jadi sehari sebab pihak TAMHIDI tak benarkan student TAMHIDI keluar buat aktiviti lebih dari satu hari. Okey tak penting. Yang penting ukhuwah kami ternyata 4flat. Walaupun sehari,program tu tetap best.
Perjalanan bermula dari KKNC. Naik RightVision baru plak. Duduk sebelah CikMyMy dalam bus.
7.30am
gambar cilok twitter cikmymy..nampak tak caption tu??

Sampai-sampai terus river trekking.Awesome,first time rasa yg ni..biasa jungle trekking je.
Alamak,gambar masa tu takde. Tapi gambar sebelum tu ada la. Nah.

belakang dari kiri : zaty halim,manal,norly,emon
depan dari kiri : fatin,me

Proceed.....ok dah sampai kat kem. Sampai-sampai,rehat sekejap. Makan nasi before jungle trekking. Eh lupa,sebelum tu muslimin buat solat dhuha. Yang muslimat bukan tak nak buat,tapi disebabkan masa yang agak terhad,susah sikit la nak berwudhu' & sebagainya. Jom tengok muka-muka soleh ni.


hah,yang ni org solat,snap gambar pulak

Then,lepas tu baru start jungle trekking. Serious yang ni paling advanture yg pernah aku ikut. Bukit-bukau,hutan-piutan, sungai-sungai,semua kene redah. Tak tipu,best sangat!!Berbaloi RM35 untuk semua aktiviti yang dianjurkan. Tengahhari kami sampai kat checkpoint yang pertama. Staff suruh rehat-rehat,jumpa sungai ,apa lagi,MANDI!!!
Masuk waktu solat zohor. Biasalah dalam hutan. Wudhu' air sungai. Pakaian,pandai-pandailah.Dah besar kan?hehe

menyempat je bergambar masa tunggu orang naik

ok,sengetkan kepala..hehe

dari kiri : Jie, Wahida, Asma'
yg kt atas tu : Aisyah,Masrurah,Suliha

Selesai solat zohor berjemaah,Staff bagi TASK. Task ni mengutuhkan lagi ukhuwah kami. 
Pilih seorang model & cipta sesuatu berdasarkan alam semulajadi. Masa ni semua tunjukkan bakat masing-masing.Nampaklah kesungguhan. Jom tengok.


Ni hasil group kami : Mas Amira

yang ni Hasangggggg

budak comel : Huda Aqila

Dato' Irfan Wafiuddin

Hafi Huzaifah. Budak paling gojes..haha

ok,ni group kami
Maisarah, me, Fatin, Mas, Hafifah, Bell, Ainur, Alya

Habis je presentation,sambung berjalan lagi pergi mandi air terjun yang betul-betul terjun. Sejuk benarrrrr. Yang ni letak satu gambar jelah.


Then terus balik. Buat sedikit kesimpulan. Oleh Syahir & Hafi


Rehat-rehat sekejap.Jom barbeque.


Ni antara feedback-feedback tentang kem,




SEMOGA UKHUWAH KITA LEBIH MANTOOPPP LEPAS NI. AMEEN..





Berani Gagal :)

Meringanan jari untuk menaip entry baru..Tiba-tiba rasa macam nak tarbiah diri sendiri harini. (Pernah ke aku tarbiah orang?hehe)
Jom cerita pasal exam.Mesti ada orang kata :
"Arghhhhhh,aku benci word tu.Murka tahap GIGA!!"
atau
"Wey,janganlah sebut lagi.Aku tak ready lagi".
Bila dapat result pulak :
"Wey,kau markah kau mesti tinggi kan?Aku punya sikit gila!"
(padahal dia lah yang the best.Ingat senang ke nak dapat satu markah tu pun.)
Nak tengok tak result seorang makcik bising yang tahu membebel,berkomen dan blablablabla??

Pointer ni amat menyeramkan bagi student TAMHIDI macam 'dia'.Alhamdulillah masih lulus.Tapi Second Semester 'dia' kena fight habis-habisan.'Dia' tu siapa?Faham-faham je lah.
Tak sedih ke?Tipu la kalau kata tak sedih.Tapi ini lah padah orang yang suka sangat main bila-bila masa. 
"Dah nak buang air besar,baru nak korek lubang" <-----orang ada="" ke="" korek="" lagi="" lubang="" p="" sekarang="">

FAILED

Maksud failed dalam 'Oxford Advance Learner's Dictionary International Student's Edition' adalah 'not successful'
Hoiyaaaa,bahasa melayu maksudnya gagal lah kan?Percaya tak kalau saya kata kita semua BERANI GAGAL? Tolong lah percaya sebab saya juga antara manusia yang BERANI GAGAL. Kenapa berani gagal? Sebab kita sanggup buat apa yang kita nak walaupun kita tahu benda tu sangat extreme untuk kita. Contoh macam saya,saya rasa saya tak mampu nak belajar subjek-subjek sains lagi lepas habis sekolah.Tapi saya sendiri yang menempah kegagalan bila masuk TAMHIDI dengan tak belajar sungguh-sungguh. Bukan ke tu berani gagal namanya.
Ok see. Jujur saya tak malu nak tunjuk ni sebab ini saya :


 Anggap je lah nombor tu comel. Then dalam hati cakap macam ni :
"Allah tak kan uji hanbaNya kalau dia tak mampu."

Tiba-tiba teringat pulak yang ini :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Ok then??Maksudnya,bila kita dah dapat kegagalan tu,kita sebenarnya boleh ubahnya sendiri jadi kejayaan.
Tapi tak bererti bila kita gagal dalam exam,kita gagal dalam hidup.Apa-apa pun,hidup mesti diteruskan. Allah tu penyayang,dia bagi lagi kita peluang untuk berjaya. Kalau tak dalam exam,maybe dalam hal yang lain. 

PERHAPS ALLAH, SAYANGSSSSS.
Kita insan terpilih,renung-renungkan :)



Gadis bertudung Labuh & Jubah


Terasa belog ini sangat bersawang. 
PERHATIAN NUR NABILAH MARUZIKI !!!!
Saya jelesss dengan belog awak yg warna pink dan simple itu. Saya bakal memandi serta menyarung kan belog saya yang dah lama tak mandi ni tak lama lagi. HEHE tapi bila??Bila-bila je lah. Cerita pasal baju belog pulak,,

Okey,Now,jom cerita pasal JUBAH dan TUDUNG LABUH.


Siapa suka tengok orang pakai tudung labuh?? Angkat tangan!!!
SAYA!!!!!!!
Ada lah sorang kawan saya pernah tanya, 
"Macam mana nak tukar tudung saya yang kecik ni jadi labuh?"
Saya boleh jawabkan tapi saya sendiri kadang-kadang sengaja tak pakai tudung labuh. Malu dengan sendiri.  Tapi ustaz saya pernah cakap, 
"Kalau tak pakai tudung labuh pun takpe,asal kan awak tak mendedahkan apa yang Islam larang."
Oh yeah,saya mengaku,saya suka usya anda-anda yang bertudung labuh. Tapi sometimes saya termengata sikit la. Sorry,bukan mengata apa. Tak tahu la awak-awak perasan atau tidak. Bukan sekali saya nampak,tapi berkali-kali. Tak semestinya bila kita dah memakai tudung bidang 60' tu kita dah betul-betul tutup aurat. Nak berkongsi sedikit la. Ada sesetengah tudung labuh tu,dia nipis sampai nampak bentuk leher dan tutttttttt. (sori kalau menyentuh sensitiviti kalian) . Saya lagi teruk dari kalian. Tapi seyezly,saya sayang awak-awak lebih. (^*^). Doakan perubahan saya terus berjalan.

Okey then,jubah?Siapa suka pakai jubah senyum sepisang-pisangnya!!! (^________________^).
SAYA??? (v o v) *masam.
Saya tak suka pakai jubah,tapi saya suka sangat tengok orang pakai jubah. Mesti pelik kan kenapa. Sebab selalu saya pakai mesti kawan-kawan saya tegur. Sebab tu saya tak suka pakai. Terima kasih awak-awak yang tegur. Tapi kalau dah MENGIDAM sangat nak pakai jubah tu,saya pakai la.
Sebenarnya kes jubah ni berkait rapat dengan kes tudung tadi. Ada sesetengah orang pakai jubah tu menampakkan tubuh badan. So, BEWARE!!! Kalau kita nak pakai jubah tu,first-first kita check,jubah tu OK tak sebab sekarang banyak sangat jubah yang ketat, nipis, jarang. Kadang-kadang tu nampak macam membalut je. Tapi yang jubah yang besar-besar tu ok la.  

Saya nasihat diri saya sendiri jugak. 
SAYA!!!dengar sini wahai SAYA!!!

PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA.
doakan saya kawan-kawan