Oh Study Week~


Dengan ketidaklaratan yang ada,aku mencapai laptop Fatin yg terkuak dari semalam. Lalu menekan button 'switch on', lalu mendownload sebuah lagu nasyid yang sering menyedarkan aku tatkala lupa. Sejurus itu,seperti biasa aku mencari twitter,twitter,twitter.

Arghh!!apakah ini? Bahasa melayu A+ kah??

STUDY WEEK

Memang, masa lecture class nak akhir-akhir tu,otak aku agak tepu,bukan tepu sangat pun. Cuma dah tak larat nak belajar. Aku gagahkan jugak nak masuk lecture class. Latihan dalam tutorial memang aku buat no 1,2,3 je lah. Yang lain tu buat masa Tutorial class. Begitu malasnya masa tu.

"Aku harapkan study week je ni."
ni lah apa yang aku cakap kat Aqilah, Hani & Najwa.
Diorang pun cakap benda yang sama.

Bila tiba study week :
"Weyh,aku dah tak taw nak study yang mana. Pening-pening!!! sape2 tolong la aku. Ajarkan aku. Seyez aku tak larat nak baca sendiri.

Memang masa ni lah aku nyesal tak sudah. Seminggu lecture tu pun sangat bermakna tahu tak.

AKTIVITI STUDY WEEK :

1. Jadual meja
*kononnya ada timetable la. Tapi hampeh! Hari 1st study week je aku guna. Yang lebih-lebih tu aku langgar. Hah,jangan kata aku tidur ea. TAkTAkTAk. Kadang-kadang je tertidur. Buat aktiviti dengan housemate la.


2. Pergi cafe or tasik
*bosan je pergi cafe,memang dah takde tempat lain dah kat KKNC (kolej Kediaman Nilam Court)

3. Ke hulu ke hilir cari cikgu
*Bukannya aku nak cari lecturer kat USIM tu. Maklumlah,jauh sangat. Aku ke sana pun sebab nak print slip peperiksaan.Ini pun satu kes :

#Tangan gatal sangat nak tukar password,last-last tak boleh bukak untuk print. Problem-problem. Tukar benda lain,tulis benda lain.

Najwa, Hani & Aqilah jadi lecturer sementara aku cuti ni. Housemate pun.Terima kasih korang. Fun with your lecture. Aina & Maryam. Munirah yang tolong-tolong aku bila aku tak tahu. Fatin yang menggembirakan hati bila aku bosan (online hehe). Fatimah yang menghiburkan jiwa. Ok tqz all.

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap. Lagi-lagi orang macam aku ni. Cakap main lepas je. Housemate, aku tau aku banyak sangat salah dengan korang. Aku minta maaf k. Semesta depan aku harap aku bole tutup sikit mulut ni dari bercakap

Board in final sem1


Kesimpulan :
1. Jangan suka menangguhkan sesuatu yang baik.
2.Jangan banyak sangat cakap.Nanti cepat lupa



 

Comment Yourself Sayangs


Jom main komen-komen.

Situasi 1:
"Buruk amat perangai dia. Asyik tanya soalan banyak-banyak je"
#Salah ke kalau kita tanya benda yang betul?? Erm,tapi jangan lah tanya benda-benda yang tak perlu ditanya ya SAYANGS.

Situasi 2:
"Asyik-asyik muka kau je yang tanya soalan,takde orang lain ke. Menyampah dah aku tengok"
#Awak tak nak tanya soalan ke??Awak dah pandai? SAYANGS,kita nak tuntut ilmu jangan asyik nak mengomen orang je.

Situasi3:
"Dia ni asyik pakai baju yang sama je. Takde baju lain ke. Mesti tak basuh baju ni."
#SAYANGS,,biarlah dia nak pakai baju apa pun.Dia nak basuh baju ke tidak. Awak punya baju banyak sangat letu :)

Situasi4:
"Kan best kalau tempat ni besar,luas dll. Boleh lah aku buat sesuka hati aku"
#SAYANGS,kalau nak tempat yang HIGH CLASS,buat lah sendiri. Jangan taw nak komen j

Konklusi:
SAYANGS,kita jangan suka komen orang lain. Kita ni perfect sangat ke?? Manusia kan sebaik-baik kejadian,,kenapa kita tak berusaha memuliakan diri sendiri.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Saya komen diri saya sendiri

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''



All in love~




NURUL ATIKAH MOHD RAFI
NURUL HANNAN MOHD SAFARI

This post is belong to both of u. Friendship will never die sayangs!!!

TEMAN MARILAH BERJUANG!

Duhai teman sejatiku...
Allah mencipta manusia sama 
Dengan sebaik-baik kejadian :

"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian."
(surah at-tin : 4)

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan, Ada yang tekun berusaha,
Tentu nabsib mereka berlainan kerana Allah Maha Adil sifat-Nya.
Kelalaian dibalas kegagalan
Kerajinan dibalas kejayaan & pahala
Kau diberi peluang membuat pilihan,kau jua yang tanggung natijahnya..
SEDARKAN AKU KALIAN!

SAHABAT ABADI

Teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia :
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Kuharap mekar di hati agar persahabatan suci ini terus mantap menjadi syafaat, terukir indah di pintu JANNAH!!

credit : Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin