Sem 5 !!!!



Hari berganti hari aku semakin menginjak dewasa. Rasa macam baru semalam habis SPM. Over je kan? Haha 
Ya!!!
Masa berlalu dengan begitu pantas. Hari ini dah minggu ke 5 untuk semester 5 pengajian Sarjana Muda aku dalam bidang Sains Fizik. At least ada la improvement sikit dah boleh terima kenyataan as a physics student. Hahaha tak boleh nak move on la mention pasal budak fizik ni. It such a very yuckssss moment for me masa mula-mula. Sapa yang selalu baca blog ni faham la kot. Haha tak baik gelakkan diri sendiri.
Setiap sem tu ada je la cobaan mambang tanah mambang air mambang api segala mambang yang menyelit. Sem 4 berlalu sangat pantas and pointer semakin sem semakin meningkat walaupun tak hebat macam kawan-kawan aku yang lain. Betul la, kita kena belajar dengan cara kita sendiri, tak boleh ikut orang. Sebenarnya  ada satu masalah besar untuk aku kembali pada diri aku yang asal sejak dari sem 2 dulu. Aku boleh je nak laksanakannya, tapi demi menjaga hati masyarakat sekeliling aku merubahnya dengan cara yang tak begitu drastik. But really, aku perlukannya. Hari demi hari aku doa untuk benda tu termakbul dan hari demi hari jugaklah Dia tolong aku realisasikan impian aku. Memang perlukan banyak sangat kesabaran.
Tapi, terima kasih Allah sebab kau yang selalu bantu aku. Nikmat tu tak terhingga walaupun kau titipkan tidak sekali gus. Tapi aku nampak aturannya.

Sem 5 ni aku tak dapat kolej dengan alasan tak tahu lah kenapa management tolak lamaran aku masuk kolej. Haha Ada yang kata mungkin sebab ada kenderaan. Hmmmmm tak patut. Kelam kabut juga lah masa akhir sem 4 tu aku dok cari rumah sewa yang best untuk aku dengan kawan aku si Qila ni. Masing-masing mencari, at last jumpa lah sebuah rumah dua tingkat yang disewa dengan harga RM1400 sebulan. Dengar macam mahal kan? Tapi as student, kitorang decide nak duduk 14 orang satu rumah so hanya perlu bayar RM100 per person siap dengan barang dalam rumah.
Alhamdulillah, masuk-masuk rumah, ahli rumah ni welcoming sangat-sangat. Rajin pun rajin. Overall suka la even yang aku kenal Qila sorang je. Perangai diorang almost sama macam kawan-kawan sekolah menengah dulu walaupun umur tak sebaya. Banyak benda boleh belajar dah duduk rumah sewa ni,siap pakej ilmu perkahwinan. Haha Dua orang ahli rumah ni dah kahwin.

meja yang seciputtt hehe

By the way, roommate aku something sikit la, aku tak boleh nak in. Mula-mula macam terfikir la juga, mungkin aku kot yang tak boleh duduk dua orang sebilik. Ada je benda yang aku tak puas hati. Tapi rupanya tak, memang budak-budak lain pun merasakan benda yang aku rasa. Mula-mula macam pelik la juga kenapa diorang berkawan tapi tak nak duduk sebilik. Aku pulak jenis yang tak kisah kena campak ke mana-mana.  Dah dua minggu duduk sama tu, ada lah salah sorang yang tanya aku,
"Kak Wanie ok tak duduk sebilik dengan dotttttt."
Mula-mula aku meng ok kan je sebab kita tak kenal betul-betul lagi kan semua orang. takut la juga yang tanya tu perisik roommate aku tu. Haha masa tu juga la aku soal selidik perangai sebenar roommate aku tu macam mana. No, dia ok je, cuma ada beberapa perangai dia tu yang membuatkan ramai yang puas hati. Ok then I noted. So lepas tu aku pun behave tak behave juga lah dengan dia. Sebab aku pun bukan perfect pun nak hukum orang sesuka hati. Day by day dia selalu mendiamkan diri dan aku pun ignore kan je perangai dia as kawan dia sendiri yang request aku supaya jangan layankan sangat perangai dia. Haha 3 sem lagi weyh nak duduk sebilik. Harap aku tabah kuat dan cekal!!!

Ok back to cerita sem 5. Sem ni jadual mantop dan saya suka!!!! masa yang lebih teratur dan tidak terlalu tepu untuk belajar setiap hari. Cuma banyak sangat assignment. Tak berhenti. Baru lah rasa student kan. Tapi serius, aku suka sangat sem ni. Harap-harap suka tu sampai akhir sem dan habis belajar.

Untuk semua, 
JANGAN MUDAH PUTUS ASA!

Pagi-pagi lagi lecturer dan hantar quote. Sweet kan.






2 comments:

Munira Rainul said...

Salam.

Wanie dear, you should write more often, as I really do enjoy reading your posts!

Hope to read from you again soon :)

wanie paed~ said...

Haha kite tulis benda ngarut je mun. .tak banyak idea mcm mun