Emosi Menipu





Manusia tak boleh lari dari emosi. Tapi emosi tu masih mampu dikawal.
Aku tulis entry ni dengan penuh emosi. Ya aku mengaku, kalau tak tulis entry ni pun aku seorang yang emosi.  Orang kata perempuan ni selalu emosi, tak tahu lah betul ke tidak.

 Cara untuk aku luahkan emosi tu bukanlah dengan bercerita pada orang lain tentang emosi aku walaupun pada zahir memang nampak aku sedang berperang dengan emosi tu. Tapi kadang-kadang terlepas juga. Benda pertama yang aku buat adalah untuk tidak bersemuka dengan mereka yang membuat emosi aku terganggu tu. Cuba tahan sorang-sorang dan sebolehnya aku takkan lepaskan apa yang aku rasa pada orang tu sebab selalunya bila luahkan aku sendiri yang lagi sakit hati even aku kata "Dah, puas dapat cakap Berhenti kat sini je." NO!! BENDA TU TAKKAN BERAKHIR DENGAN BEGITU MUDAH. PERASAAN TU LAGI MEMBUAK. Lagi pun emosi ni selalu menipu. Bila bangun tidur everything is ok not ok tapi yang lagi ok. Kadang-kadang aku baring sekatil dengan roommate aku dan peluk dia kuat-kuat sambil menangis. Selalu tu diorang pelik sebab aku menangis bersungguh tapi tak cerita pun kenapa, sebenarnya apa yang terjadi dekat aku.

Lepas tu kalau rasa nak lepaskan lagi, ambil drawing block (benda wajib ada) dan pensel atau crayon atau yg seangkatan dengannya untuk aku luahkan. In other words, benda-benda art ni mampu menstabilkan sedikit emosi aku. Dan kadang-kadang aku akan keluar sorang-sorang pergi tempat yang boleh gembirakan aku contohnya parit depan rumah atau pun pasaraya dan ambil semua barang yang aku rasa menarik. Ya tahu je membazir. Tapi bagi aku tak membazir pun sebab aku akan beli makanan sebanyak yang mungkin untuk dimakan oleh seorang perut yang selalu lapar ni. Kadang-kadang masa tu lah teringin nak masak itu ini, so beli bahan untuk memasak. Memasak pun satu treatment hebat yang mampu kawal perasaan aku. Dan yang terakhir adalah dengan menulis entry dekat blog ni. Kadang-kadang aku rasa tak berfaedah sangat bila luah perasaan kat sini. Tapi kadang-kadang tu seronok dapat meroyan sorang-sorang. Kalau tak suka baca boleh berhenti lah baca entry ni sekarang.

Setiap kali akhir sem mesti perasaan semua orang terganggu tidak terkecuali aku. and yes, before exam ni aku dah buat semua tu dan aku harap harini mampu ubah semua perasaan tu. 
13/6/2015
Bangun pagi dengan penuh emosi yang masih mampu dikawal tapi susah untuk diluah. Mujurlah group family dalam Whatsapp dapat menghiburkan aku seketika. Masing-masing berselfie dengan durian. Hmmmmm, rasa nak nangis je tengok. Haaaaaa, emosi kan?? Cadangnya minggu ni nak balik ke rumah atok naik ETS (Electric Train Service) sebab ada kenduri. Tapi tak yakin nak balik dalam keadaan tak bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang 15/6/2015 ni. Jadi aku gagahkan diri bertahan dekat U tercinta sangat ni.

Ah dah, aku rindu nak tunjuk situasi-situasi macam dulu.

SITUASI 1:

"Woiiiiiii!!!! Seronok sangat suami aku belikan rantai emas 5kg siap dengan gelang berjurai-jurai. Tak terbalas terima kasih aku kat dia."
*heboh satu kampung sedangkan ada yang sedang berusaha keras mengumpul duit untuk perbelanjaan anak-anak yang sedang belajar jauh di kota.
SITUASI 2:
"Weyh, pakwe aku ni setan betul. Tadi kata nak makan sama, lepas tu itu lah, ini lah, gitu lah, gini lah blablablablablabla (sampai tak sudah)"

*kau cerita masalah kau dengan pakwe kau macam mampu je aku nak tolong. Masalah aku sendiri tak reti nak settle.

SITUASI 3 :

"Iyyyyy, benci la subjek ni. Tak pernah nak faham dari awal belajar sampai sekarang. Cuba bagi bahasa mudah sikit."

*padan muka. Siapa suruh tak study betul-betul dari awal.

SITUASI 4 :

IDEA AKU DAH HILANG LEPAS MASUK TOILET WOI!!!!!!!!! BENCI NYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.

*maaf emosi sekejap. Lain kali tulis lagi.

Nah awak, saya bagi lagu ni untuk awak. I wanna tell you that i can control my emotion. So, don't ask me to tell you all the problem kalau i tak nak. Sebab dia boleh buat saya bertambah stress. Sorry for everything (cliche).



Semoga peperiksaan akhir semester 4 ini baik-baik saja.



2 comments:

Munira Rainul said...

"When Allah puts you in a difficult situation, He will surely help you through it. Not because you're strong, but because He's your strength."

#TabahkanHatiWanie
#SisSayangWanie
#NakOfferBahuUntukNangisTapiBilikKitaJauh
#MuniraMengarut

Munira Rainul said...

"When Allah puts you in a difficult situation, surely He will help you through it. Not because you're strong, but because He's your strength."

Titipan khas untuk Wanie.

:)