|
Antara yang terlibat |
First of all nak cerita betapa syukurnya dapat experience buat program kat luar negara. Walaupun di Indonesia sahaja tapi tetap dapat experience yang baru. Bukan satu, tapi banyak. Tabik spring pada kawan-kawan yang berjaya harungi proses membuat kertas kerja. Lulus dalam masa satu sem je. Nak diceritakan sebenarnya sebelum diterima pergi ke Jember, banyak kertas kerja yang ditolak. Mula-mula plan Lawatan Antarabangsa ke Jepun bersama coursemate seramai lebih kurang 70 orang ditolak sebab masa tu currency wang sangat lah mengganggu proposal kami. Kemudian tukar rancangan ke negara China tapi tetap gagal dengan alasan yang sama. Akhirnya kami berpecah dan memilih untuk ke Indonesia iaitu ke Acheh. Malangnya masa tu proposal di tolak juga sebab ramai student fakulti kami yang buat pembentangan untuk ke Acheh juga. So lecturer menetapkan kami untuk pergi ke Jember. Mulanya rasa macam, "Tempat apa niiii??tak pernah dengar pun."
Tapi bila dah pergi rasa macam bestnyaaaa!!! Bayangkan la, masa tu ibu kat hotel tu kata musim kemarau, tapi kami tidur tanpa kipas dan aircond dalam keadaan menggigil. Sejukkk sangat. Apa lah perasaan diorang kalau datang ke Malaysia pada musim kemarau.
|
antara barang sumbangan yang dibawa |
UNIVERSITAS JEMBER
|
tengok lecturer kita, macam kawan kan |
Hari pertama kami ke Universitas Jember disambut dengan penuh meriah. Dapat 3 jambak bunga, sweet kennnn. haha . Banyak sangat perbezaan U ni dengan U di Malaysia. Rasa sangat bersyukur bila tengok keadaan mereka. Masa ni memang excited sangat, hari first kannn. Masing-masing bertukar cerita dan soalan. Tapi apa yang sedihnya masa tengah makan rawon (di Malaysia sama macam soto cuma tukar nasi impit jadi nasi biasa), kawan kita tersenggol rawon kita tu sampai pinggan tu jatuh terbalik atas peha kita. Menangis tak berhenti, haha ciwek kannn. Iya sedihhhh, emosi sangat sebab masa tu kita memang tengah emosi yang sedih-sedih tu. Rawon tumpah pun kita sedih sebab sehari tau program kat situ. Apa yang berbezanya budaya mereka pada waktu tu adalah makan sambil berdiri. Sedangkan Islam menganjurkan umatnya untuk makan sambil duduk bersila. Pada waktu itu terasa macam kekok sedikit tapi dengan perlahan sebahagian dari kami cuba untuk duduk di atas kerusi. Rasa macam tak menghormati mereka tapi seriusly tak selesa makan berdiri. Lastnya semua daripada mereka turut serta untuk duduk bersila dengan kami.
|
Muka sebelum nangis..haha |
Selesai sahaja makan, kami dijemput ke surau untuk solat fardhu zohor. Usai solat kami dikumpulkan semula dan dibawa untuk melawat setiap makmal fizik mereka. Ini salah satu makmal yang kami pergi, nama makmal tak ingat, tapi kecil sangat nak banding dengan makmal kami. Hari pertama dah belajar erti syukur.
|
Muka lepas nangis |
Start daripada haritu terus rasa berkobar-kobar nak buat FYP kat Malaysia. Tapi masa tu je la rasa kobar-kobar tu. Haha
Then kami dibawa melawat sekitar universitas tersebut. Boleh nak kata, infrastruktur mereka di sana lebih kurang infrastuktur di sekolah kerajaan Malaysia sahaja. Banyak bezanya dengan IPTA dan IPTS di Malaysia. Tapi I salute student di sana sebab nampak kesungguhan belajar mereka lebih daripada kesungguhan pelajar di Malaysia. Walaupun fasiliti mereka kurang sempurna, tapi mereka tetap bersungguh-sungguh.
Apa yang paling mereka teruja dengan kami hanyalah, kami boleh bertutur dalam banyak bahasa contohnya, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan yang penting kami cuba untuk berbahasa Indonesia di sana. Sampai ada satu pelajar bertanya kepada saya,
"Bagaimana kamu bisa belajar fisika dalam tiga bahasa (bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab) terutama dalam bahasa arab."
Lebih kurang macam tu la soalan dia walaupun bahasa penyampaian diorang tu sama dengan yang aku tulis kat atas tu. Haha tiba-tiba terasa bangga dengan diri sendiri masa tu, astaghfirullahhal adzim. Padahal yang bahasa arab tu belajar subjek-subjek agama sahaja. Tapi tetaplah rasa ohhhh pentingnya belajar banyak bahasa.
Nak dibandingkan dengan mereka, saya cuba bertutur dalam bahasa inggeris untuk mengajukan soalan tentang projek tahun akhir mereka selepas soalan saya dalam bahasa melayu dan bahasa indonesia yang saya nyatakan mereka tidak fahami. Tapi malangnya, persoalan saya dalam bahasa inggeris itu juga tidak mereka fahami. Jadi di situ timbul rasa ohhhh, sekarang baru tahu betapa pentingnya bahasa.
Seharian kami di situ mempelajari erti hidup. Acececeyyyyy ayat macam apa je kan. Selesai sahaja jelajah seluruh universitas, kami bergegas ke satu tempat untuk sesi fotografi walaupun dalam keadaan hujan. Haha gigih sangat kan.
|
Bersama Lydia pelajar Fisika UNEJ |
|
ni lah gambar tengah hujan |
|
Selepas acara selesai |
Okey dah tamat dah cerita hari pertama di Jawa Timur.
1 comment:
mana ole ole 😠hehe
Post a Comment