Semester 6




Selalunya aku nak tulis-tulis entry dalam blog ni awal sem je. Semester 6 dah masuk minggu ke 5 perkuliahan dan wanie masih lemau macam biasa. Dan sem6 ni kuliah dah tak sama macam sem-sem sebelum ni. Dalam satu kuliah ada 24-27 sahaja nak banding dengan sem-sem lepas satu kuliah dalam 80 orang. Sebabnya sem ni masing-masing dah pilih jalan masing-masing antara 3 elektif (microelectronic, photonic & material science). Aku pilih microelectronic sebab aku boleh nampak benda ni je selama 5 sem belajar macam-macam tentang fizik. Yang ni pun samar-samar tapi tak sesamar lagi dua elektif tu. 

Classmates baru, dan geng-geng aku semua pilih photonic. Hidup perlu diteruskan kan? So aku hidup tanpa banyak bantuan orang lain mulai sem ni. Semua benda aku kena fokus sendiri & kalau ada samar-samar tu aku kena tanya orang selain aku through whatsapp or what so ever. Tak macam sebelum ni, kalau aku tak fokus, ada kawan-kawan baik aku yang akan ingatkan. Pergi kelas sorang-sorang, belajar sorang-sorang, buat assignment sorang-sorang. Kena gigih lebih macam masa sekolah. Sampai ramai yang tanya, " Mana Hani? Mana Qila? Mana Hafi?". Really I hate this question. Yaaaa, memang nanti kerja aku kena bawa diorang ke hulu ke hilir. Haha diorang pun ada life diorang. Korang pun kena terima hakikat nanti kawan-kawan korang tu tak selalu boleh tolong korang.

First-first masuk kelas rasa awkward juga la sebab aku masuk antara yang terlewat tapi lecturer tak masuk lagi. Masa tu kelas tu subhanAllah senyap nya tuhan saja yang tahu. Aku tak biasa dengan keadaan tu even kelas sebelum ni tak ada la bising sangat. Rasa macam masuk sekolah baru. HAHAHA. Masa tu semua orang dah duduk dengan partner masing-masing, so aku duduk lah sorang-sorang, dan tempat tu kat depan. Macam biasalah, bila dah duduk depan kita dah jadi fous utama lecturer. Lagi-lagi bila dia tanya, aku memang jenis jawab je even tak betul dan selalunya memang jawapan aku tak kena. HAHAHA. Konsep keyakinan tu penting supaya cikgu kita tu tak rasa dia mengajar anak patung. Kesian dia cakap sorang-sorang kan. Minggu demi minggu kelas tu dah start bersuara,so jadi makin selesa.

Sem ni dah start buat thesis sampai sem depan. First-first aku ingat sem ni dah boleh rehat-rehat sikit cuma kena banyak fikir pasal thesis je sebab kredit hour 19 je. Masuk minggu kedua =


25 credit hour terus weyyyy!!! aku ni kira ok tak ok lagi la 25 tu. Ada kawan-kawan lain yang kena repeat lagi calculus or statistic jadi 28 jam kredit. Diorang je tahu peritnya sem ni. Kira rasa tak menyesal ambil philosophy sem lepas.

After all yang tak all lagi minggu second dah start busy dengan belajar, assignment, test and thesis yang juga mempengaruhi emosi orang luar. Kadang orang tak bersalah dengan kita, dia rasa dia buat salah kat kita. Aku pun macam tu. HAha Ni baru awal sem. Tak dapat bayangkan akhir sem nanti macam mana.
Tercabar juga lah dengan thesis ni. Tajuk, "Characterization of thermoelectric power generator materials." Kau berniat masuk microelectronic ni sebab suka main wayar-wayar. Sekali tu kau kena bermain dengan material. Wekkkk padan muka.

Semoga Hazwanie dan rakan-rakan berjaya menyiapkan thesis dengan baiknya


Sincerely,
Waniepaed yg berblogging ketika berthesis proposal



1 comment:

cik karmila said...

gudluck wanie.....^^