.dulu, kini, selamanya. kita kawan kan??




K . A . W . A . N
...............

"Untungla!! Orang tu dah ada kawan baru. Kawan lama ni tinggalkan je"

TIADA ISTILAH KAWAN BARU ATAU KAWAN LAMA OK!!!

Apa pendapat anda tentang kawan?? Orang selalu susah-susah nak membezakan kawan , sahabat & sebagainya. Erm,rasanya ok2 je kot nak sebut apa-apa pun. Asalkan namanya TEMAN. Kadang-kadang bila dah rapat sangat pun susah. Mesti ada ujian punya. InsyaAllah. Kenapa? Sebab Allah nak uji persahabatan yang kita miliki. Berkata berdasarkan pengalaman diri,kawan & masyarakat sekeliling.

Kadang-kadang ada yang tak bertegur sampai 3 hari & lebih. Apa kata kalau kita saja yang selalu beralah. Tahukah anda hukumnya? baik jom!!
Klik di SINI

Kes seterusnya,
KAWAN MAKAN KAWAN.

Aum!macam sedap kan?? oh no. Tak sedap lansung. Ini lagi satu. Jika anda diberi pilihan antara DUIT dengan KAWAN,nak pilih yang mana? Kalau saya pilih saja duit.Kenapa?

1. Dengan duit kita boleh buat apa saja yang kita nak.
2. Dengan duit kita boleh cari kawan
3. Dengan duit boleh lah saya beli apa yang saya impikan selama ini.

Alahai!!Apalah yang sibuk sangat dengan duit tu. Baik pilih KAWAN.Kenapa?

1. Dengan kawan pun kita boleh buat apa saja yang kita nak.
2. Dengan kawan kita boleh kongsi cerita & dengar cerita dia. Dengan duit boleh?
3. Dengan kawan pun kita boleh mintak duit kan?

Kawan lah segalanya selepas Allah, nabi & rasul, Ibu bapa.

............................................................................................................................

ya Allah,jika kau pertemukan aku dengan sahabat, eratkanlah ukhuwah kami seadanya.  

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Husna Husin


I love your entry much-much-much. Terima kasih sebab sayangkan persahabatan kita, Walau dimana kita berada,jangan pernah kau lupa kat aku. Aku pun. Erm,by the way, I really appriciate you..muah2


<3 this ==> Hazwanie Zul

"macam mana nak tegur kawan saya yang bercouple"


ok,selalukan kita dengar soalan ni? ? Tapi ramai yang hanya mampu ternganga termasuklah pemilik jari ni. Subscribe Hilal Asyraf di facebook menarik minat saya nak baca pasal couple2 ni. Erm,, bukan gatal nak kahwin yAa..hehe

klik saja link ni
Kehidupan : Kenapa Bukan Kamu Yang Bercouple Dengan Dia

rehat mind!



Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia "


.............................

i need energy bag!!


Oh energy!


ok,aku selalu menyengkangkan mata hanya untuk ini??oh my

berbaik hatilah kepadaku energy bag


Tetris cash ada 2 sahaja

.............................................................






wanita



credit to : devotees

 "Lebih tertutup, lebih indah."


Saya setuju ayat ini untuk penutupan aurat. Tetapi hendak membesar-besarkan ayat ini terhadap purdah, cadar, atau apa sahaja yang kita panggil kain penutup wajah wanita itu, saya rasa tidak sesuai. Sekarang, saya sampai nampak apabila majlis perkahwinan pun, orang puja wanita berpurdah sebagai terbaik kerana menutup wajahnya, kononnya menjaga keindahannya dari dipandang ramai orang. Itu belum ditambah lagi dengan 1001 jenis ayat yang mengangkat-angkat perkara ini.

Pertamanya, jika diberikan kepada saya, saya melihat purdah tidak lebih dari satu pakaian. Ini masalah khilafiah. Jadi, saya memilih pendapat bahawa ianya adalah pakaian, dan bukan dari sunnah di dalam Islam. Kerana jelas, ada hadith-hadith yang menunjukkan betapa wanita di zaman kehidupan Rasulullah SAW juga tidak berpurdah.

Keduanya, bila ianya masalah khilafiah, tidak perlulah terlalu mengangkatkan salah satu daripada pilihan yang ada. Tidak perlu ayat-ayat seperti: "Berpurdah lebih baik", "Berpurdah lebih mulia, kerana mujahadanya lebih tinggi" dan sebagainya. Tidak perlu. Kerana asasnya, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali muka dan telapak tangan.

Dan tidak perlu pula orang yang tidak favour kepada purdah, untuk merendah-rendahkan pemakainya, sebagaimana pemakai purdah tidak boleh merendah-rendahkan mereka yang tidak memakainya. Walau dengan cara memulia-muliakan diri mereka(atau purdah yang mereka pakai).

Sedikit pendapat berkenaan berpurdah semasa majlis perkahwinan,
saya kira majlis perkahwinan ini adalah untuk isytiharkan fulanah binti fulan adalah isteri fulan bin fulan. Jadi, bagaimanakah orang ingin tahu siapakah fulanah binti fulan itu, jika wajahnya tertutup begitu?

Kita buat majlis perkahwinan, asasnya bukan untuk menunjuk-nunjuk keindahan isteri kita. Kita hendak perkenalkan siapa isteri kita. Kita hendak cakap pada masyarakat, bahawa kita dan si fulanah, sudah berkahwin. Agar tidak timbul fitnah saat kita keluar dengannya. Jadi, mengapa tutup wajahnya hingga orang sendiri tidak tahu siapakah isteri kita?

Itu sekadar pendapat saya. Boleh sahaja ditolak. Sebab pendapat berkenaan purdah semasa majlis perkahwinan itu datang dari pertimbangan akal saya sahaja.

Tetapi serius, saya merasakan kita tidak perlu memuja-muja purdah hingga seakan-akan ia adalah satu perkara qat'ie di dalam Islam. Sehingga seakan-akan tidak memakai purdah, menjadi 'satu kekurangan'. Perkara ini(memuja-muja, meninggi-ninggi) akan memberikan kesan yang tidak baik buat pemakai purdah, dan yang tidak memakai purdah.

---------------------------------
Bersederhana.
Itu adalah sebaik-baik perkara.