Berhentilah Israel!

Ya Allah,Kau selamatkanlah umat-umat Islam di Gaza,
Juga negara-negara Islam yang lain.
Kau bantulah kami sepertimana Kau membantu menghancurkan tentera Abrahah dengan menghantar burung Ababil,
Kau kuatkanlah hati umat-umat Islam di dunia ini,
Kau hapuskanlah airmata yang mengalir pada pipi-pipi sang pejuang yang bakal menjadi para syuhada'.
Kau sedarkanlah umat Islam yang masih leka dengan dunia semata-mata,
Semoga kami dapat menjadi para syuhada' juga suatu hari kelak.
SEDIH,
Mendengar berita tentang umat Islam yg berada di sana saya terasa sedih. Mana tidaknya,mereka diuji dengan tempoh masa yang panjang. Memperjuangkan hak agama kita Islam bukan untuk diri mereka sahaja,malah untuk umat Islam di seluruh dunia. Lihat,betapa besarnya pengorbanan mereka.
70 tahun Palestine tetap bertahan walaupun di attack Israel sedasyat mungkin.Mengapa mereka masih bertahan walaupun darah yang mengalir itu bukan setitis,tapi lebih dari itu.
"Because this land is ours!"
Kita harus pertahankan.
Mungkin kita tak mampu nak pergi berperang,tapi doa itu kan senjata bagi orang mukmin.Jadi,perbanyakkanlah doa kita untuk mereka.
McD
Israel melancarkan serangan secara ideology. Diorang tawarkan Egg McMuffin. Strategi tu,,keuntungan diorang yang dapat untuk hancurkan lagi Islam. Sebenarnya Restoran McD menyumbang 5% dari evenue mereka.Nampak sikit kan??tak,sebenarnya ia mencecah ratusan juta USD. McD Malaysia membayar franchisee fees kepada McD USA. Dengan ratusan juta itu juga pihak Israel dapat membeli jentera perang. See, membeli McD sama dengan membeli jentera bagi Israel membunuh saudara kita sendiri Islam. 
So,dengan BOIKOT kita mampu membantu saudara-saudara Islam kita tu. Apa motif sebenar notis kat atas tu dikeluarkan??
Inikah yang kita mahu? Tepuk-tepuk dada

Nukilan Anak Kecil


Erm,,da lama tak berentry.
SKPP.Sini lah tempat kanak-kanak aku. Korang nak tahu apa yang aku jumpa? Sebuah buku yang penuh dengan karya-karya korang tu. Comel oe. Tapi aku tak rasa buku tu boleh tahan sampai 20 tahun akan datang. So,aku abadikan dalam blog ni. Eceh, 'ABADI'

TARAAAAA!!!!! Jom tengok.
*sila pakai kanta pembesar.

yang ni Hajar punya. Sekarang seUSIM

Yang ni Suzey punya,dah lama tak jumpa

Yang ni Noni punya. Rindu kau.

yang ni Ecah Asnawi punya. Lama tak nampak dy

Yang ni Izzaneen Azween punya. Alr,yg tak wujud kt dunia tu.hehe

Yang ni Dayah Azman punya.

Yang ni Najla punya. Dah pandai girl's talk ea skarang..hehe

yang ni Ecah Ismail a.k.a Tuti. Kawan lukis2 dulu

Yang ni Zayani Abdullah punya

Yang ni Saniah punya. Yang suara pecah2 tu

Yang ni AZUWA punya. Jiran tetangga

Yang ni SYahrain punya. Yang banyak gelak tu

Yang ni Fateha basuki punya. Wujud lg ke no tu??haha

Yang ni Halimatussaadiah punya.. Cool

Yang ni pulak Ira punya. Kawan ngaji sama2

Hmm,lokman dah sibuk ajak buat reunion tu. Tula,orang buat tak nak datang,kan rugi. Ok,pape pun,aku ingat korang sampai bila-bila.

"KAWAN SELAMANYA"






Oh Study Week~


Dengan ketidaklaratan yang ada,aku mencapai laptop Fatin yg terkuak dari semalam. Lalu menekan button 'switch on', lalu mendownload sebuah lagu nasyid yang sering menyedarkan aku tatkala lupa. Sejurus itu,seperti biasa aku mencari twitter,twitter,twitter.

Arghh!!apakah ini? Bahasa melayu A+ kah??

STUDY WEEK

Memang, masa lecture class nak akhir-akhir tu,otak aku agak tepu,bukan tepu sangat pun. Cuma dah tak larat nak belajar. Aku gagahkan jugak nak masuk lecture class. Latihan dalam tutorial memang aku buat no 1,2,3 je lah. Yang lain tu buat masa Tutorial class. Begitu malasnya masa tu.

"Aku harapkan study week je ni."
ni lah apa yang aku cakap kat Aqilah, Hani & Najwa.
Diorang pun cakap benda yang sama.

Bila tiba study week :
"Weyh,aku dah tak taw nak study yang mana. Pening-pening!!! sape2 tolong la aku. Ajarkan aku. Seyez aku tak larat nak baca sendiri.

Memang masa ni lah aku nyesal tak sudah. Seminggu lecture tu pun sangat bermakna tahu tak.

AKTIVITI STUDY WEEK :

1. Jadual meja
*kononnya ada timetable la. Tapi hampeh! Hari 1st study week je aku guna. Yang lebih-lebih tu aku langgar. Hah,jangan kata aku tidur ea. TAkTAkTAk. Kadang-kadang je tertidur. Buat aktiviti dengan housemate la.


2. Pergi cafe or tasik
*bosan je pergi cafe,memang dah takde tempat lain dah kat KKNC (kolej Kediaman Nilam Court)

3. Ke hulu ke hilir cari cikgu
*Bukannya aku nak cari lecturer kat USIM tu. Maklumlah,jauh sangat. Aku ke sana pun sebab nak print slip peperiksaan.Ini pun satu kes :

#Tangan gatal sangat nak tukar password,last-last tak boleh bukak untuk print. Problem-problem. Tukar benda lain,tulis benda lain.

Najwa, Hani & Aqilah jadi lecturer sementara aku cuti ni. Housemate pun.Terima kasih korang. Fun with your lecture. Aina & Maryam. Munirah yang tolong-tolong aku bila aku tak tahu. Fatin yang menggembirakan hati bila aku bosan (online hehe). Fatimah yang menghiburkan jiwa. Ok tqz all.

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap. Lagi-lagi orang macam aku ni. Cakap main lepas je. Housemate, aku tau aku banyak sangat salah dengan korang. Aku minta maaf k. Semesta depan aku harap aku bole tutup sikit mulut ni dari bercakap

Board in final sem1


Kesimpulan :
1. Jangan suka menangguhkan sesuatu yang baik.
2.Jangan banyak sangat cakap.Nanti cepat lupa



 

Comment Yourself Sayangs


Jom main komen-komen.

Situasi 1:
"Buruk amat perangai dia. Asyik tanya soalan banyak-banyak je"
#Salah ke kalau kita tanya benda yang betul?? Erm,tapi jangan lah tanya benda-benda yang tak perlu ditanya ya SAYANGS.

Situasi 2:
"Asyik-asyik muka kau je yang tanya soalan,takde orang lain ke. Menyampah dah aku tengok"
#Awak tak nak tanya soalan ke??Awak dah pandai? SAYANGS,kita nak tuntut ilmu jangan asyik nak mengomen orang je.

Situasi3:
"Dia ni asyik pakai baju yang sama je. Takde baju lain ke. Mesti tak basuh baju ni."
#SAYANGS,,biarlah dia nak pakai baju apa pun.Dia nak basuh baju ke tidak. Awak punya baju banyak sangat letu :)

Situasi4:
"Kan best kalau tempat ni besar,luas dll. Boleh lah aku buat sesuka hati aku"
#SAYANGS,kalau nak tempat yang HIGH CLASS,buat lah sendiri. Jangan taw nak komen j

Konklusi:
SAYANGS,kita jangan suka komen orang lain. Kita ni perfect sangat ke?? Manusia kan sebaik-baik kejadian,,kenapa kita tak berusaha memuliakan diri sendiri.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Saya komen diri saya sendiri

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''



All in love~




NURUL ATIKAH MOHD RAFI
NURUL HANNAN MOHD SAFARI

This post is belong to both of u. Friendship will never die sayangs!!!

TEMAN MARILAH BERJUANG!

Duhai teman sejatiku...
Allah mencipta manusia sama 
Dengan sebaik-baik kejadian :

"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian."
(surah at-tin : 4)

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan, Ada yang tekun berusaha,
Tentu nabsib mereka berlainan kerana Allah Maha Adil sifat-Nya.
Kelalaian dibalas kegagalan
Kerajinan dibalas kejayaan & pahala
Kau diberi peluang membuat pilihan,kau jua yang tanggung natijahnya..
SEDARKAN AKU KALIAN!

SAHABAT ABADI

Teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia :
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Kuharap mekar di hati agar persahabatan suci ini terus mantap menjadi syafaat, terukir indah di pintu JANNAH!!

credit : Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin


Raya 2012 (eps.2)



Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Raya tahun lagi best dari tahun lepas. Sebab,sebab,sebab. urmmmm,,

1. tak ada nak baca buku macam 2011 (trial SPM)
2. Jalan-jalan lagi jauh dari sebelum ni..hehe
3. Dapat jumpa balik kawan-kawan bising tu..

Raya ke-4 : Jalan Insan Sepi,


inilah mereka. CREDIT : Ahmad Hanafi

Lepas saja rombongan pelajar putera,
Sempat beraya dengan Nurul Ain & Nurul Husna m.Ali. Naik motor lagi,,hehe

ni j yg dpt, Nurul Ain

Raya ke-5 : Jalan Insan Sepi,

Pagi-pagi dah keluar rumah,bertemu dengan rakan-rakan termacho dan termurai. Haha awesome,korang memang best. Jangan lupakan persahabatan kita. Tahun depan buat lagi. Dua hari pun boleh. Kekecohan yang membuatkan mak aku takut nak tegur korang semua. Pape pun korang best.

rumah ejat kudori-->rumah nabila-->rumah wani-->rumah huda mohd-->rumah aida salleh-->rumah zaty idris-->rumah kalam-->rumah lily-->rumah arina-->rumah dayana-->rumah merah-->rumah aula-->rumah aisyah nabila-->rumah athirah-->rumah nadhirah-->bliikkk~

ejat kudo punya rumah. CREDIT : Aisyah nabilah
CREDIT : Aisyah Nabilah


Rumahku Syurgaku
Aida Sarwani yang nak sangat naik motor tu..haha


rumah Aida Salleh


parking terawesome dari kami..haha location : depan rumah Noorul Aula
Nurul Ain & Nor Haslina
Pemilik MIVY : Nurul Husna Husin

Sahabat,kau sesungguhnya temanku dikala suka dan lara..


Raya 2012 (eps.1)


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Raya tahun lagi best dari tahun lepas. Sebab,sebab,sebab. urmmmm,,

1. tak ada nak baca buku macam 2011 (trial SPM)
2. Jalan-jalan lagi jauh dari sebelum ni..hehe
3. Dapat jumpa balik kawan-kawan bising tu..

Raya 1st : Jalan Insan Sepi,
Memang sepi betul. Nenek tak ada,atok tak ada,raya kat tempat lain. Tak rasa macam raya je. petang pulak balik ke Tapah Road. Ok,ni je gambar yang tak sensored,,hehe

budak2 nakal,,adrin n irfan

Raya ke-2 : Tapah Road,

Ok,yang ni best sikit dari raya 1st. Jalan-jalan dengan sepupu-sepapat (betul ke word ni?) & pakcik makcik. Rumah orang pun dah macam rumah kami. Jom tengok gambar ni :

3 dara pingitan

sebahagian cucu tok abu

kacak ke???haha

macho2

realiti bukan lakonan 

yg lagi nakal

Raya ke-3 : 

Tapah Road--> Sekinchan ---> Banting ---> Petaling Jaya ---> Sekinchan.

Perjalanan yang cukup memenatkan. Gambar pun takde,

BERSAMBUNG~~~~~~~



Bersyukur Adalah Kejayaan Paling Manis Bagi Kita




Nikmat datang dan pergi. Setiap sesuatu yang kita miliki di dunia ini mesti kita syukuri. Bagaimana cara untuk mensyukuri nikmat tersebut?? Terpulang kepada kita. Akal yang dikurniakan pada kita seharusnya digunakan sebaiknya.

Setiap orang mempunyai POSITIVE & NEGATIVE yang tersendiri. Kita sebenarnya patut mencorakkan ia dengan sebaik mungkin. Macam BATIK,terpulang pada kita bagaimana cara untuk mencoraknya. Kalau cantik,cantik lah. Kalau buruk,buruklah. Tak semestinya yang buruk itu terus buruk. Kita sebagai pencantingnya harus mencorakkan ia semula menjadi yang lebih cantik.

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Sebenarnya kegagalan itu yang membawa kita kepada kejayaan. Tanpa kegagalan kita mudah lupa diri. Dengan kegagalan kita sedar dimana aras pemikiran kita berada.
 
Usah risau jika kita jatuh kerana kita mampu berdiri semula. 
Usah risau jika kita hanya mampu merangkak kerana kita mampu untuk bertatih dan terus berjalan.
Usah risau jika kita mundur kerana kita mampu maju ke hadapan.
Usah risau jika kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan sebaiknya kerana kita mampu melakukan apa sahaja.

Perjalanan hidup ini lebih indah apabila kita diuji dengan pelbagai ujian namun kita mampu untuk lebih maju ke hadapan.