RESEPI CHEESEKUT


RESEPI CHEESEKUT


Haaaa untuk penggemar makanan-makanan lembut macam wanie yang baby.
Kohkoh

Harini wanie nak share resepi cheesekut yang sumpah senang tak tipu.
Kalau tipu berdosa. Haha


BAHAN-BAHAN :

125gm cream crackers (ikut cheese banyak mana)
250gm cream cheese (wanie guna jenama Tatura. Pastikan halal tau)
1/2 tin susu pekat
Sedikit susu sejat/susu segar
Topping ikut kesukaan masing-masing (wanie guna milo je)

CARA-CARA :

1. Masukkan kesemua cream cheese & susu pekat ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati.
2. Sediakan satu bekas untuk letak semua bahan.
3. Masukkan bahan yang dah digaul sebati tadi ke dalam bekas tadi menjadi satu lapisan. (sampai tak nampak lantai bekas)
4. Celupkan cream crackers ke dalam susu cair/ susu segar & susun di atas lapisan pertama campuran cheese tadi.
5. Kemudian ulang cara ke 4 sehingga cream cheese tadi mencukupi untuk menutup lapisan terakhir.
6. Taburkan topping yang korang suka ke atas lapisan cheese yang terakhir.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
8. Potong dan sedia untuk di makannnn

SENANG KEN??? 
Boleh rujuk pada gambar untuk bahan & bekas yang wanie guna kalau nak agak besar cheesekut ni macam mana.




SELAMAT MENCUBA DAN MENGGEMUK DENGAN CHEESE. .HAHA




Resepi Spageti Carbonara


Dah lama menyepi kan?
So wanie nak tampal resepi ni supaya tak hilang dari ingatan.



RESEPI SPAGETI CARBONARA (edisi tanpa prego)
Hampir lupa nak share resepi spegeti carbonara ni. Haha 
Ok esok cuti kan? Boleh la cuba.

Selalu yang makan ni baby baby. Contohnya macam wanie. .kahkahkah
Credit : Aqilah Kamarudin & siblings sebab diorang yang ajar.
BAHAN-BAHAN :
🍝 1 bungkus pasta ikut minat (wanie guna angel hair sebab dia halus senang nak kunyah "pemalas")
🍝 1 tin susu cair/sejat
🍝 1 kiub pati ayam
🍝 1 biji bawang holland
🍝 1 tin cendawan butang (optional, kalau tak nak pun takpe, tapi kalau ada memang sedap)
🍝 1 bungkus sosej/daging cincang/ayam cincang (optional tapi ni yang buat spegeti lagi sedap)
🍝 1 biji telur
🍝 sedikit margerin/minyak (merjerin lagi sedap)
🍝 1/2 sudu tepung jagung (bancuh siap² dalam cawan)


CARA-CARA :

Pasta :
1. Rebus pasta korang sampai kembang.
2. Toskan.
Basuh sikit spageti tu supaya hilang rasa wax tu.
P/s : kalau nak bagi pasta tu nampak lawa tak melekat antara satu sama lain, masukkan sedikit minyak masa rebus tu supaya dia terlerai. (biasa la adik-beradik kan suka sama²)


Carbonara :
1. Potong dadu bawang holland dan sosej/daging cincang/ ayam
2. Panaskan margerin/minyak, kemudian tumis bawang holland sehingga naik bau.
3. Masukkan kesemua susu sejat.
4. Masukkan kiub pati ayam bila susu sejat dah mula mendidih.
5. Masukkan sosej/daging/ayam tadi.
6. Dah nampak panas mendidih macam nak meletus tu (over haha), masukkan telur dan gaul jangan bagi lepas.
7. Masukkan air bancuhan tepung jagung supaya kuah tu likat. (siapa yang nak rasa melayu sikit tak perlu pun tepung jagung ni sebab telur tadi pun dah bantu likatkan kuah)
8. Texture dah lawa, tutup api.
9. Hidang (letak la bunga-bunga sikit hahaha)


SELAMAT MENCUBA!!!!

Dusun Sukorambi, Jember Indonesia




Hari kedua di Indonesia. Dalam perancangan awal, sepatutnya hari kedua kami berada di panti asuhan dari pagi hingga ke petang. Disebabkan pihak panti asuhan meminta kami datang selepas tengahhari, maka kami dibawa oleh Pak Wahit & Pak Nasit (dua-dua tour guide yg baik hati) ke Dusun Sukorambi, Jember atau nama manja dia Taman Botani.

Apa yang uniknya tempat ni, dia betul-betul dalam kampung dan masa tu ada renovation but still kitorang boleh masuk. HAHA Dalam tu ada swimming pool, ada flying fox, ada taman yang sebenarnya macam kat kampung je..haha yang excited dia ada rumah pokok tu apa nama scientificnya entahlah. haha

Fee masuk tak ingat dah berapa tapi kami dapat fee untuk citizen. Dekat post ni kita nak share gambar je sebab time ni tak berapa nak aktif, banyak tangkap gambar je.

Pintu masuk

Sebelum masuk.
Dari kiri : Hanim, Wanie, Hani, Aslam

CONSTRUCTION!!!!

Flying fox. I tak involve sebab tengok tu dia ikat macam mana..haha

Swimming pool. Kitorang boleh tengok je. Sebab malas nak bayar. HAHA


Bersama Pak Wahit

Perangai tak senonoh je semua



Belakang tu ada sawah.
Dari kiri : Miyun, Farah, Amni, Ipah


Hani & Dr Athirah

belanja video sikit sebab masa ni semua dah tak tahu nak buat apa



ok dah sambung cerita nanti pula

Universitas Jember, Jember Indonesia

Antara yang terlibat

First of all nak cerita betapa syukurnya dapat experience buat program kat luar negara. Walaupun di Indonesia sahaja tapi tetap dapat experience yang baru. Bukan satu, tapi banyak. Tabik spring pada kawan-kawan yang berjaya harungi proses membuat kertas kerja. Lulus dalam masa satu sem je. Nak diceritakan sebenarnya sebelum diterima pergi ke Jember, banyak kertas kerja yang ditolak. Mula-mula plan Lawatan Antarabangsa ke Jepun bersama coursemate seramai lebih kurang 70 orang ditolak sebab masa tu currency wang sangat lah mengganggu proposal kami. Kemudian tukar rancangan ke negara China tapi tetap gagal dengan alasan yang sama. Akhirnya kami berpecah dan memilih untuk ke Indonesia iaitu ke Acheh. Malangnya masa tu proposal di tolak juga sebab ramai student fakulti kami yang buat pembentangan untuk ke Acheh juga. So lecturer menetapkan kami untuk pergi ke Jember. Mulanya rasa macam, "Tempat apa niiii??tak pernah dengar pun."
Tapi bila dah pergi rasa macam bestnyaaaa!!! Bayangkan la, masa tu ibu kat hotel tu kata musim kemarau, tapi kami tidur tanpa kipas dan aircond dalam keadaan menggigil. Sejukkk sangat. Apa lah perasaan diorang kalau datang ke Malaysia pada musim kemarau.


antara barang sumbangan yang dibawa
UNIVERSITAS JEMBER


tengok lecturer kita, macam kawan kan
Hari pertama kami ke Universitas Jember disambut dengan penuh meriah. Dapat 3 jambak bunga, sweet kennnn. haha . Banyak sangat perbezaan U ni dengan U di Malaysia. Rasa sangat bersyukur bila tengok keadaan mereka. Masa ni memang excited sangat, hari first kannn. Masing-masing bertukar cerita dan soalan. Tapi apa yang sedihnya masa tengah makan rawon (di Malaysia sama macam soto cuma tukar nasi impit jadi nasi biasa), kawan kita tersenggol rawon kita tu sampai pinggan tu jatuh terbalik atas peha kita. Menangis tak berhenti, haha ciwek kannn. Iya sedihhhh, emosi sangat sebab masa tu kita memang tengah emosi yang sedih-sedih tu. Rawon tumpah pun kita sedih sebab sehari tau program kat situ. Apa yang berbezanya budaya mereka pada waktu tu adalah makan sambil berdiri. Sedangkan Islam menganjurkan umatnya untuk makan sambil duduk bersila. Pada waktu itu terasa macam kekok sedikit tapi dengan perlahan sebahagian dari kami cuba untuk duduk di atas kerusi. Rasa macam tak menghormati mereka tapi seriusly tak selesa makan berdiri. Lastnya semua daripada mereka turut serta untuk duduk bersila dengan kami.
Muka sebelum nangis..haha

Selesai sahaja makan, kami dijemput ke surau untuk solat fardhu zohor. Usai solat kami dikumpulkan semula dan dibawa untuk melawat setiap makmal fizik mereka. Ini salah satu makmal yang kami pergi, nama makmal tak ingat, tapi kecil sangat nak banding dengan makmal kami. Hari pertama dah belajar erti syukur.

Muka lepas nangis

Start daripada haritu terus rasa berkobar-kobar nak buat FYP kat Malaysia. Tapi masa tu je la rasa kobar-kobar tu. Haha
Then kami dibawa melawat sekitar universitas tersebut. Boleh nak kata, infrastruktur mereka di sana lebih kurang infrastuktur di sekolah kerajaan Malaysia sahaja. Banyak bezanya dengan IPTA dan IPTS di Malaysia. Tapi I salute student di sana sebab nampak kesungguhan belajar mereka lebih daripada kesungguhan pelajar di Malaysia. Walaupun fasiliti mereka kurang sempurna, tapi mereka tetap bersungguh-sungguh.






Apa yang paling mereka teruja dengan kami hanyalah, kami boleh bertutur dalam banyak bahasa contohnya, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan yang penting kami cuba untuk berbahasa Indonesia di sana. Sampai ada satu pelajar bertanya kepada saya,

"Bagaimana kamu bisa belajar fisika dalam tiga bahasa (bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab) terutama dalam bahasa arab."

Lebih kurang macam tu la soalan dia walaupun bahasa penyampaian diorang tu sama dengan yang aku tulis kat atas tu. Haha tiba-tiba terasa bangga dengan diri sendiri masa tu, astaghfirullahhal adzim. Padahal yang bahasa arab tu belajar subjek-subjek agama sahaja. Tapi tetaplah rasa ohhhh pentingnya belajar banyak bahasa.
Nak dibandingkan dengan mereka, saya cuba bertutur dalam bahasa inggeris untuk mengajukan soalan tentang projek tahun akhir mereka selepas soalan saya dalam bahasa melayu dan bahasa indonesia yang saya nyatakan mereka tidak fahami. Tapi malangnya, persoalan saya dalam bahasa inggeris itu juga tidak mereka fahami. Jadi di situ timbul rasa ohhhh, sekarang baru tahu betapa pentingnya bahasa.

Seharian kami di situ mempelajari erti hidup. Acececeyyyyy ayat macam apa je kan. Selesai sahaja jelajah seluruh universitas, kami bergegas ke satu tempat untuk sesi fotografi walaupun dalam keadaan hujan. Haha gigih sangat kan.


Bersama Lydia pelajar Fisika UNEJ

ni lah gambar tengah hujan


Selepas acara selesai



Okey dah tamat dah cerita hari pertama di Jawa Timur.