Sabar (Make up Remover)



Aku rasa aku perlu tulis berjuta-juta-juta-juta-juta-juta-juta entry pasal sabar. Sebab kadang-kadang aku ni kurang sikit sabarnya. Lagi-lagi bila tengah stress. Tiba-tiba je nak menangis, nak marah orang. Kurang baca al-Quran letuuuu.. hehe Sedarrrr. Dulu masa umur aku dalam 8-12 tahun macam tu, ustazah tempat mengaji aku ada suruh amalkan satu ayat al-Quran daripada surah Ali Imran ayat yang terakhir supaya bila besar nanti aku jadi seorang yang penyabar. Mulai hari tu aku mula amalkan ayat tu setiap hari dan setiap kali baca al-Quran. Alhamdulillah berkesan waktu tu. Tu pun teramalkan sampai sebelum masuk U. Masuk U je kelaut semuanya. Apa nak jadi pun tak tahu.


Ayat tu bunyi dia macam ni :


"Hai orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya" 
 Surah Al-Imran,3 : 200

Ayat ni sebenarnya bukan sahaja mendidik kesabaran kita, tapi juga mampu melembutkan hati dan perasaan manusia. Tak percaya? Cuba amalkan. 


Ceitanya macam ni, semalam aku rasa macam kena tipu, tapi tak sure la kena tipu ke apa kan. Yang penting aku rasa tertipu dan kecewa. Sumpah kecewa. Yang tu rahsia lah kan kenapa sampai kecewa. Mana tak nya, minggu sebelum midsem break macam-macam jadi. Dengan assignment yang berlonggok, presentation, discussion yang sentiasa clash lagi. Lepas tu dalam masa yang sama bateri kereta aku habis. Huarghhhhh nangis kot. Acah-acah volunteer nak masak malam-malam kat rumah even hari tu penat gila dengan class and club.Tapi sebab nak buang stress tu aku gigih jugak nak masak. Nak mengadu dengan mak nanti mak bising lagi la aku nangis. Dekat abah?? hmmm aku call mengadu pasal bateri kereta tu je la, kalau cerita semua benda yang jadi mesti dia gelakkan je aku. Habis je masak memang menangis la kan. HAHA ciwek (kuat nangis) orang jawa kata. Housemate aku semua tanya kenapa kenapa kenapa dengan aku. Last-last aku benamkan je kepala kat puluh-puluh bantal yang aku ada. Sumpah la kalau orang tanya aku masa tu aku tak tahu nak cerita yang mana satu. Belum lagi part duit aku yang baru je repair bumper kena langgar, lampu belakang kereta yang rosak minggu sebelum tu. huaaaaaa !!! Dah la kurus kering, poket pun kering. Haha padan muka. Tapi takpe, selagi kita usaha, rezeki tu mesti ada, insyaAllah.

Aku decide nak balik lambat cuti midsem ni sebab nak settlekan assignment sikit-sikit. Mak pun macam pelik je bila kata aku nak balik lambat. Sumpah tak de mood lansung nak balik. Kebetulan ada lagi tiga ketul housemate yang nak balik lambat jugak bila aku ajak. Maka bertebarlah sayap-sayap kami menyiapkan assignment yang mem'Broga' (membukit). Biasalah student memang la macam tu. Nanti kerja lain pulak cabarannya. Ye dok?


Kenapa tajuk entry ni terselit (Make up Remover)? Ceritanya semalam aku jalan-jalan kat mall. Lepas tu tak bawa telekung. Yelah kan mall, seboleh-bolehnya kau rasa tak nak bawa apa-apa kat tangan. Masuk je waktu solat aku terus pergi surau sebab takut terlupa bila ditangguh-tangguh. Masa solat tu agak tak khusyuk la sebab kat telekung tu banyak sangat kesan make up macam foundation, lipstick, apa ntah lagi nama-nama make up aku tak tahu. Setiap kali nak rukuk je nampaklah warna-warni kat bahagian dada telekung tu. Maybe muka orang yang pakai telekung tu gatal lepas tu dia terus je garu, maka melekatlah segala jenis make up dia yang tak bersih masih ambil wudhu' tu. Aku tak salahkan sesiapa la dalam hal ni sebab kadang-kadang tak perasan kan? Aku pun selalu je alami benda ni setiap kali bangun tidur solat subuh. Mamai-mamai bangun tidur basuh muka tak berapa bersih sebab tidur pakai bedak sejuk. Kejap lagi solat menggaru melekatlah bedak tu dekat telekung. Lepas tu habiskan solat, pegi toilet cuci muka semula ambil wudhu then solat semula.
Ingat tau, tak sah solat kita kalau wudhu kita tak sempurna.

Kalau nak cerita pasal make up sorry la aku fail habis. HAHA Tapi basic setakat foundation dengan lip ice tu kena jugak la pakai. Sebab rasa muka kusam sangat. Aku ada la jugak tanya kawan-kawan macam mana nak hilangkan make up tu betul-betul. Untuk orang yang macam aku setakat guna pencuci muka je insyaAllah boleh hilang semua. Bagi yang pakai tebal sikit dari aku macam pakai BB Cream tu boleh la guna wet tissue. Ni je lah yang aku tahu. Plus, tadi aku tanya diorang betul tak fakta ni. Diorang kata betul. Untuk yang memang make up betul-betul tu kena la guna make up remover yang memang ada jual kat pasaran tu. Supaya tak ragu-ragu dalam solat.

Sekian terima kasih.