"Budak zaman sekarang ni tak sama dengan zaman kita dulu-dulu."
"Manja sangat lah diorang ni. Dulu aku salah sikit je dah kena rotan dengan bapak aku."
"Mak dulu, pagi-pagi dah bangun dulu. Kalau bangun lewat sikit, dah kena dah dengan atok kamu tu."
Mak-mak, abah-abah, atok-atok, nenek-nenek, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang, sedara-mara sekalian.
Den nak koba sikek ni. Minda kita dah parah. Yang tua menyalahkan yang muda, yang muda menyalahkan yang tua. Tak, sebenarnya semua orang tak salah dan semua orang salah. Urmmmm, ayat sawang lebih. Ok jom kita tengok situasi ni.
Situasi 1.1:
(2008)
Seorang pakcik berusia 40 tahun duduk di hadapan televisen bersama seorang anak buahnya yang berusia 8 tahun.
Pakcik : Kakak, dah periksa akhir tahun belum?
Kakak : Dah. Kakak periksa dapat nombor satu lagiiiiii. Best, lepas tu cikgu bagi hadiah.
Pakcik : Fuyyooooooo, tahniah. Nanti pakcik belikan hadiah jugak. Kakak kena rajin. Jangan malas. Tengok macam Kak Mimi dengan Kak Husna tu, dapat belajar jauh-jauh. Dapat masuk U. Kakak nak masuk U?
Kakak : Taknak. Kakak nak masuk B.
*ok, sangat innocent.
Situasi 1.2:
(2014)
Seorang pakcik berusia 41 tahun duduk di hadapan televisen bersama seorang anak buahnya yang berusia 7 tahun.
Pakcik : Kakak, best tak sekolah?
Kakak : Best, ada cikgu baik. Dia selalu bagi kakak coklat kalau dapat jawab.
Pakcik : Betul ke seronok sebab cikgu? Ke dah ada pakwe kat dalam kelas?
Kakak : Betul laaaaa, kita suka belajar la acik ni.
Pakcik : Tipu. Betul kan ada pakwe?
*ya Rabbi pakcik ni. Aku sekeh kang. Haaaaa,ni lah puncanya. Ni haaaa puncanya.
Situasi 2.1 :
(2011)
Seorang abang lepak bersama sepupunya di kedai mamak seberang pintu pagar rumahnya.
Abang : Nas, abang rasa nak sambung study la. Nak ambil bidang yang macam si Samad tu ambil. Rasa macam best je. Tapi dia kata susah. Kau rasa macam mana?
Nas : Aku? Aku ok je kalau kau ok. Lagi semangat kau nak belajar. Yang penting kita punya effort. Effort Bang, effort! Apa kesudahannya tu belakang cerita la kan.
Abang : Aku suka lah dengan kau Nas. HAHAHAHAHA lepas ni kalau apa-apa aku nak tanya kau je lah. Baru naik sikit semangat aku.
*Yes! Effort tu yang penting.
Situasi 2.2 :
(2011)
Seorang abang ipar lepak bersama adik iparnya di kedai mamak seberang pintu pagar rumahnya.
Faisal : Bang, semalamkan, aku apply UPU. Aku mintak course engineering. Kau rasa aku boleh bawa tak haaa? Sebab orang kata susah sikit course tu. Aku minat, tapi aku takut la tak boleh nak bawa.
Abang : Hahaha tak payah la wey. Setakat kau yang malas belajar ni nak ambil engineering tu. Kau ingat senang? Kalau malas memang susah la nak cakap. Baik kau kumpul duit beli moto besar tu. Berbaloi sikit daripada kau belajar, tiba-tiba tak lepas.
Faisal : Iyyyy, betul ke ni? Habis tu result SPM aku yang menggunung A nya tu aku nak pasrah macam tu je? Down la tiba-tiba.
Abang : Tak, aku bagi nasihat je.
*banyak la kau punya nasihat.
Situasi 3.1 :
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Hmmm,tiba-tiba teringat puisi komsas masa Form4 dulu. Cuba faham betul-betul.
Bagi aku la, emak si Randang ni baik orangnya. Tapi tu la,sanggup bergolok-gadai semua tapi anak sendiri balik rumah kelaparan. Tapi sekarang susah sikit lah kot nak jumpa anak-anak yg lapar macam si randang ni. Cuma yang banyak sekarang ni, yang cari duit katanya nak beri nafkah. Memang, memang nafkah zahir tu diberi. Contoh macam makanan minuman semua cukup, baju semua lebih. Tapi terlupa satu nafkah, nafkah zahir yang sebenarnya lagi penting daripada yang batin tu. Bila anak-anak sibuk dengan gadjet, nanti mulalah nak salahkan, "orang muda sekarang ni tahu garu-garu phone je". Sedangkan kalau fikir semula, dari mana datangnya phone tu? Erm, tapi sekarang memang ramai pun yg guna duit pinjaman, biasiswa dan sebagainya. Ok lah,kali ni tak salah. Yang salahnya kenapa perlu phone? Kurang interaksi mungkin,rasa tak dihargai mungkin, putus asa mungkin. Mungkin je lah. Fikirlah kenapa,fikir
*HAHA Sebenarnya tak rasa pun nak tulis pasal emak si Randang ni. Idea dah hilang macam tu je. Rugi laaaaaa. Masalah betul.
Kesimpulannya apa yang aku nak sampaikan pada akhir entry ni dah lesap macam tu je. Malas nak fikir. Haaaaaaa,ni pun masalah mental juga. MALAS NAK FIKIR. Mohon jangan jadi insan pemalas seperti ini.
"Kita takkan ada masalah dengan kawan-kawan kalau kita ikhlas berkawan."