Smile
Senyum
ابتسم
Three different words with the same meaning.
Senyum dulu lebar-lebar baru boleh baca entry ni.
Berdebar pula nak tulis . Maklumlah, dah dekat sebulan tak jumpa.
Jom cakap pasal senyum.
Fakta,orang yang suka senyum tu nampak lagi lawa, lagi kacak. Serius, tak tipu. Cuba selfie sikit sekarang. Mula-mula shoot gambar masam, lepas tu shoot gambar senyum. Maka terlihatlah kita lagi lawa, lagi kacak bila senyum. Tak tipu,cuba lah sekarang! Haha
Tiba-tiba teringin pula nak cakap pasal senyum sebab malam tadi aku senyum kat jiran searas dengan bilik aku ni, boleh pula dia buat bodoh siap jeling lagi. Okey, dia tak bodoh sebab dia masuk U. haha Tapi serius sakit hati. Dekat setahun juga aku duduk satu aras dengan dia, berapa ribu kali aku senyum pun dia tak pernah senyum balik. Aku terus konklusikan dia tak lawa. HAHAHAHAHA *gelak penuh kealiman.
Memang ada pun jenis orang yang tak mahu senyum, tapi melampau kot kalau orang senyum kat kita, lepas tu kita tak balas balik dengan senyuman, tapi campak kemasaman semasam-masamnya. Pernah tak kita fikir, kita jeling-jeling orang tu, tiba-tiba satu hari dia je yang ada masa kita betul-betul perlukan orang untuk tolong kita. Tak kan kita nak minta tolong dari dia, mestilah malu yang amat sangat kan? Habis tu?? Tak kan kita nak buat benda sorang-sorang,sedangkan kita tak mampu.
MAKA, KALAU TAK MAMPU NAK SENYUM SELALU, BALAS LAH SENYUM KALAU ORANG SENYUM PADA KITA.
Mat Senyum/ Minah Senyum
Biasa dengar kan word atas ni?
Kenapa bagi gelaran tu?? Sebab dia suka senyum.
HAHA tapi betullah, fakta. Kat mana-mana je nampak Mat/Minah ni mesti senyum. Dia kene marah ke, dia tengah seronok ke, dia tengah sedih ke; memang tak ada beza. Kadang-kadang tu pelik jugak, macam mana dia mampu senyum macam tu. Tapi honestly la, aku kagum sangat-sangat pada orang macam tu. Dia selalu buat orang tenang.
Moral :
RAJIN-RAJIN SENYUM
^____________^