USIMmianns



 
 
Alhamdullilah. Hari ni hari ke 6 aku kat USIM. Tapi pening jugak sebab ta'aruf week takde siapa pun nak tunjukkan jalan. 
*dapat kawan baru.
housemate best la jugak,tapi yang dpt satu kelas sorang je. Wan Asma'.
Sebel!!!! tak boleh bukak facebook kat sini.. siapa-siapa yang rindu-rindu aku tu roger2 la.. Maxis ada,celcom pn ada.
:(

MHP dekat di hati


15 May 2012

Tamatnya perkhidmatan aku sebagai pengemop,penyapu,eh penyapu??maksud aku tukang sapu, pemaking, pemakan,pembebel dan yang paling penting pekerja MHP Enterprise. yang sekejap pemalu,sekejap tak tahu malu. Sebelum kenangan luput ditelan zaman,ayuh usya sedikit gambar,

credit to : 
NURUL HIDAYAH NA'AIM

sempat bergambar





drumstik yg hebat

tahniah k.bella


pape pun MHP best..
Klik untuk sebarang pesanan di SINI




reunion batch20th 5 mei 2012


Sebelum kenangan ni luput dari minda aku,aku nak post link reunion BATCH20th yang aku sayang sangat-sangat. Terima kasih SLISS sebab temukan aku dengan diorang-diorang ni.

Sila klik untuk ke THE WALL of BATCH 20th SLiSS.. Sila kan.

Yang ni pulak video rasmi reunion tersebut,,ewah bahasa.

reunion batch 20 2012

Maaf sebab kene klik juga link ni. Masalah teknikal.. Selamat menonton..

Sambil-sambil tu ada jugak sikit gamba,sikit j,,
perjalan pergi

indahnya ciptaan Allah.. :)

sempat bergamba walaupn basah


banana boat terhebat..mesti try!




siram masin untuk team warior,permainan yang sangat masyuk!!


"sahabat,kau sesungguhnya temanku dikala suka dan lara. Ukhuwah fillah abadan abada"

......................................................................................

Hati ini telah bersatu,bersatu diperut bumiMu,
Hati ini telah berpadu,berpadu memikul beban dakwahMu,
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk menyokong,
SyariatMu di alam maya,
Maka ya Allah,eratkanlah ikatan yang ada.

Kekalkan kemesraan yang ada,tunjukkanlah jalan yg benar,
Tunjukkanlah dengan cahayaMu,tiada malam terangi alamMU,
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai suhada',
Dalam perjuangan menegakkan,agama yang mulia

..........................................................................

apam polkadot


Sebelum resepi ini hilang dari inbox.



Bahan-bahannya:

-3 biji telur
-275 gm tepung gandum
-220 gm gula halus
-150 ml susu segar
-3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalatte
-1 sudu kecil esen vanilla
*inti mengikut cita rasa

Cara membuatnya :

1. Pukul telur hingga kembang kemuadian campur esen vanilla.
2. Masukkan gula dan ovallate dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung dan susu berselang seli.
4. Pukul semua bahan hingga kembang (6-8 minit)
5. Bahagikan adunan kepada beberapa warna dan masukkan ke dalam piping bag.
6. Picit hingga 3/4 penuh.
7.Kukuskan





awak nampak comel bila pakai tudung labuh


Apa khabar semua. Erm,hati ni terdetik nak berentry pasal tudung labuh sebab semenjak dua menjak ni Allah dah buka mata saya luas-luas tentang indahnya bertudung labuh. Sebenarnya dah lama sedarkan perkara ni. Tapi mungkin kali ni ia lebih EXTREME.

MASA KECIK_KECIK
Dulu sekolah rendah,mak dah buatkan tudung bulat untuk aku. Darjah 5 dah START pakai tudung besar. Masa tu tak ada FEELING lagi,labuh ke tak labuh sama saja.

MENJANGKAU REMAJA
Alhamdulillah aku tercampak dekat satu sekolah agama. Maka tudung pun labuh la. Tapi tu dekat sekolah je. Kat luar ON OFF je..eheh,bukan ON OFF BERTUDUNG, tp ON OFF BERTUDUNG LABUH. Kadang-kadang hati tu memang betul-betul terdetik nak teruskan perubahan,tapi tu la kan,senang-senang je hidayah Allah tu nak ditolak. Rugi,memang rugi.

LEPAS SPM
Boleh tengok dunia luar seluas-luasnya. Macam-macam jenis pakaian ada di luar kawasan sekolah. Macam-macam gaya. Kadang-kadang tengok rasa macam nak sekolah balik je. Satu benda je yang aku tak laksanakan lagi, SEMPURNA CIRI-CIRI TUDUNG. Stokin dah mula pakai sejak form2,sampai sekarang kalau keluar tak pakai stokin sangat malu. Handsock pula mula pakai sejak form3,alhamdulillah diperlihatkan sahabat-sahabat yang mampu membuka hati untuk pakai handsock tu. Sekarang cuba untuk perbaiki tudung.

SITUASI 1:
Sedang sibuk mencari keperluan rumah bersama mak tersayang di sebuah pasaraya besar.
Nampak satu keluarga yang memakai jubah berwarna hitam,bertudung labuh serta berpurdah sedang mencari keperluan masing-masing. Indah je kalau tengok keluarga tu.
#masih tak sedarkan diri

SITUASI 2:
"Mak lapar lah. Jom kita makan kat XXX"
Kebetulan,duduk bersebelahan keluarga yang berpakaian sama seperti SITUASI 1.
#ya Allah,mungkinkah ini teguran MU terhadapku

SITUASI 3:
Messages received:
Akak: Awak nampak comel kalau pakai tudung labuh bulat..hihi

SITUASI 4:
Sedang sibuk ber FACEBOOK. Saye Syahirah and Ain Aisyah like this tertulis di bawah link yang ini 
---->  Dulu aku biasa-biasa daripada 'Diari Muhsin & Mira'.
Silakan klik untuk dibaca.
#makin terbuka luas minda ni.Kalau dia boleh,kenapa aku tak?Aku mesti cuba.

SITUASI 5:
Pada Blogger : dashboard. Reading list, Item. Terdetik nak mengklik blog Fatimah Syarha yang bertajuk ' Kenapa bagi saya, 'ia' special? '
Tajuk dia memang menarik hati. Bila klik ak pun terus baca.
#ya Allah,Kau memang benar-benar menginginkannya dari ku.

Subhanallah,kelima-lima situasi ini terjadi dalam masa dua hari. Ini hanya sebahagian,belum lagi yang lain. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik. Doakan saya.

.................................................................
ya Allah,semoga yang terbaik Kau iringkan buat kami semua. Ya Allah,sentuhlah hati-hati kami tatkala kami leka dengan dunia.ameen~
.......................................................................................

Pelajar U?


alhamdulillah

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
Q0800 - TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI
USIM - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
ya Allah,permudahkanlah kami dalam segala urusan.. ameen

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''